Seorang jururawat yang berjalan di koridor itu di gamitnya dengan pantas sekali, "nurse, boleh tumpang tanya?...", soal rudy. "ya...ada apa encik?", soal jururawat yang bertubuh kurus itu. "mana perginya pesakit yang terlantar dalam bilik wad kecemasan ni?... dia dah keluar dari hospital ni ke?", soal rudy ingin tahu. "oh... dia di pindahkan ke wad pesakit kat sana tu... biliknya nombor 8...", jawap jururawat itu sambil tersenyum.
"Oh... terima kasih nurse...", ucap rudy. "sama sama...", balas jururawat itu dengan ramah. rudy segera mengorak langkah menuju ke bilik wad pesakit bernombor 8 itu. pintu bilik wad tersebut di bukanya perlahan lahan. Kelihatan gadis itu sedang berbaring di atas katil pesakit tidak jauh dari situ. rudy melangkah menghampiri gadis tersebut. ketika dia sedang duduk di atas kerusi yang ada di situ, dia lihat jari jemari gadis itu bergerak perlahan lahan. dia tahu gadis tersebut mulai sedarkan dirinya. Gadis itu membuka matanya perlahan lahan. dia lihat yang dia sedang berbaring di atas katil dalam sebuah bilik yang tidak pernah di lihatnya sebelum ini. dia berpaling ke sebelahnya.
kelihatan seorang pemuda berkulit sawo matang sedang duduk di sebelah katilnya sambil tersenyum manis padanya. "syukurlah... awak dah sedar...", kata pemuda itu sambil tersenyum. "saya berada di mana ni?", soal si gadis ingin tahu. "awak sekarang berada di dalam wad hospital... awak masih ingat tak apa yang telah terjadi pada diri awak semalam?", soal pemuda tersebut ingin tahu. Gadis itu cuba mengingatinya tetapi dia langsung tidak dapat ingat satu apa pun. "saya tak ingat apa apa pun. apa yang telah terjadi semalam?... encik ni siapa?", soal si gadis ingin tahu.
Rudy terdiam sebaik saja dia mendengar pertanyaan gadis itu. dia memandang gadis tersebut. "nama saya rudy hamizan... saya lah yang telah membawa cik ke hospital ni setelah cik di langgar kereta semalam... cik tak ingat apa apa ke?", soal rudy. "tak ingat...", jawap si gadis. "siapa nama cik?... boleh tak cik bagi tahu alamat dan nombor telefon ahli keluarga cik supaya saya dapat menghubungi mereka...", kata rudy. Gadis itu terdiam seketika. dia cuba untuk mengingati siapa namanya dan juga ahli keluarganya namun dia langsung tidak ingat apa apa saat itu. memorinya terasa kosong.
"maaf... saya tidak tahu siapa nama saya dan saya tidak tahu apa apa pun tentang ahli keluarga saya...", jawapnya dengan jujur. rudy terkejut apabila mendengar perkataan gadis tersebut. "apa?... satu apa pun awak tak ingat?", soal rudy terkejut. "ya... saya sudah cuba untuk mengingati siapa nama saya dan siapa ahli keluarga saya tapi satu apa pun saya tak dapat ingat...", balas gadis tersebut dengan jujur. belum pun sempat dia bersuara datang beberapa orang anggota polis di situ dengan di temani oleh doktor yang merawatnya. mereka ingin menyoal siasat kejadian yang telah terjadi semalam. ketika mereka menyoal siasat gadis itu, dia mengaku tidak ingat apa apa. mereka menyuruhnya cuba untuk mengingati kembali apa yang sebenarnya telah terjadi tetapi jawapannya tetap sama. dia langsung tak ingat apa apa. akhirnya pihak polis keluar dari situ dengan hampa. "encik, boleh tak encik ikut saya keluar sekejap?", kata doktor muda itu. "baiklah...", rudy bersuara sambil menganggukkan kepalanya.
mereka melangkah keluar dari dalam bilik wad pesakit itu. Sebaik saja mereka berada di luar bilik wad pesakit tersebut, doktor itu pun bersuara, "saya fikir tentu teman wanita encik ni hilang ingatan atau dalam erti kata yang lain dia sebenarnya mengalami amnesia. mungkin kepalanya mengalami gegaran yang sangat kuat ketika insiden tu berlaku atau dalam erti kata yang lain kepalanya terhantuk dengan kuat di atas jalanraya ketika kejadian ngeri itu berlaku sebab itulah dia langsung tak ingat apa apa lagi... sebaiknya selepas dia sembuh nanti encik harus membawanya balik ke rumah. berusahalah untuk mengingatkan dia tentang apa yang telah terjadi pada dirinya. contohnya encik bawa dia jalan jalan ke tempat di mana dia biasa keluar, biarkan dia tengok photo album keluarganya atau apa apa saja.... yang penting ianya dapat membantu dalam proses mengembalikan ingatannya yang hilang tu... mungkin ianya akan mengambil masa yang lama atau pun sekejap untuk pulih tapi itu tidak mengapa. encik harus bersabar... saya yakin ingatannya akan kembali pulih semula...", jelas doktor muda itu perlahan lahan. rudy hanya diam mendengarnya.
"tapi bagaimana jika ingatannya langsung tak pulih tuan doktor?", soal rudy sdikit bimbang. "encik jangan bimbang. biasanya pesakit amnesia ni akan sembuh sekiranya dia dapat ingat kembali apa yang telah terjadi pada dirinya. dia cuma perlukan masa untuk sembuh. Harap encik dapat bersabar dengannya...", jawap doktor muda itu. rudy terdiam seketika. "baiklah tuan doktor saya akan cuba membantunya memulihkan kembali ingatannya tu...", balas rudy setelah dia lama berdiam diri. doktor muda itu tersenyum padanya. dia memegang bahu rudy. "encik bertuah kerana mendapat girlfriend yang cantik macam dia... semoga perhubungan kalian akan berkekalan buat selama lamanya...", ucap doktor itu. rudy tersenyum kambing sebaik saja dia mendengar perkataan doktor itu. belum pun sempat dia bersuara untuk menerangkan bahawa dia bukanlah boyfriend gadis itu, tiba tiba, "tuan doktor, ada pesakit baru perlukan rawatan dengan segera...", kata salah seorang jururawat di situ. "er... maaflah... saya terpaksa pergi dulu...", kata doktor itu. "baiklah...", jawap rudy selamba. doktor muda itu pun terus beredar dari situ. tinggallah rudy seorang diri di situ. sekarang dia di dalam dilema. bagaimana caranya untuk memulihkan kembali ingatan gadis tersebut sedangkan dia tidak berapa kenal siapa gadis itu sebenarnya. "hm... macamana ni?...hish...", bisik hati kecilnya tak keruan.
YOU ARE READING
AMNESIA (U)
Teen FictionSinopsis:- kisah seorang gadis yang hilang ingatan sebaik saja dia di langgar lari oleh sebuah kereta. seorang pemuda menemuinya dan berusaha untuk menolong memulihkan ingatannya. setelah ingatannya pulih si gadis....... wei kalau nak tahu apa jadi...