AMNESIA 5

913 42 0
                                    

Rudy kembali masuk ke dalam bilik wad pesakit itu. kelihatan gadis tersebut sedang berbaring di atas katil itu. dia melangkah menuju ke arah gadis tersebut lalu duduk di situ. "apa kata doktor?", soal si gadis sebaik saja dia duduk di situ. "dia tak kata apa apa pun...", dalih rudy. dia sengaja tidak mahu menceritakan apa yang doktor itu katakan padanya sebentar tadi. "bohong... tentu doktor tu ada cakap sesuatu dengan awak kan...", tutur gadis tersebut. "eh... tidak lah... dia cuma ajak saya keluar untuk berbual kosong aje...", bohong rudy. gadis itu pun diam membisu. "Jadi, sekarang awak dah tak ingat nama awak kan?... terpaksalah saya cari nama yang sesuai untuk awak... hm... apa nama yang sesuai untuk awak, ar?", soal rudy sambil berfikir.

Gadis tersebut memandang wajah rudy. "ahha!!... apa kata kalau saya panggil awak misha?... nama tu best juga kan?", soal rudy ingin tahu. "kira best jugak...", jawap si gadis sambil tersenyum. namun senyumannya itu hilang apabila dia terfikir akan sesuatu, "kalau saya di benarkan keluar dari hospital ni kelak... ke mana saya harus pergi? alamat rumah sendiri pun saya tidak ingat... macamana ni?", soal gadis itu mulai berasa bimbang. "bertenang ajelah, misha... saya akan bawa awak tinggal di rumah sewa saya...", ujar rudy perlahan lahan. "tapi tak baik juga kalau seorang perempuan tinggal serumah dengan seorang lelaki... nanti kita di tangkap berkhalwat dan di tuduh melakukan perkara yang tidak senonoh pula...", jawap gadis itu dengan pantas.

"sebenarnya saya bukan menyewa rumah tu seorang diri. saya menyewa rumah tu dengan seorang kawan saya yang lain. lagi pun mak timah pemilik rumah sewa tu ada tinggal bersama kami di dalam rumah tu. so, awak jangan bimbanglah kita tidak akan di tuduh berkhalwat jika ada orang lain tinggal dalam rumah tu...", kata rudy padanya. Gadis tersebut memandang wajah rudy. "betul ke awak nak menumpangkan saya kat rumah sewa awak tu? Tidakkah itu akan menyusahkan awak?", soal si gadis. "ya betul... kalau awak dah keluar dari sini nanti, saya akan bawa awak ke sana... anyway, awak berehatlah dulu. saya nak balik ke rumah ni... esok saya akan datang menjenguk awak kat sini lagi...", kata rudy pada gadis itu. Gadis tersebut menganggukkan kepalanya perlahan lahan. rudy pun bangun lalu beredar dari situ.

Sampai di rumah sewanya dia terus menghampiri mak timah yang sedang sibuk bekerja di dapur itu. "mak cik, boleh saya berbincang dengan mak cik sekejap, tak?...", soal rudy. "ya... apa dia?", soal mak timah sambil menggoreng ikan di dalam kuali itu. "er... saya ada seorang kawan perempuan... dia di timpa kemalangan di jalanraya dan dia hilang ingatan... sekarang dia berada di hospital... jadi...", kata rudy tapi dia berhenti dari bersuara. Dia teragak agak hendak meneruskan perbualannya dengan mak timah. "jadi apa?....", soal mak timah. dia memandang wajah rudy seketika.

"jadi, saya bercadang hendak membawa dia tinggal di dalam rumah ini sehingga ingatannya kembali pulih...", jawap rudy perlahan lahan. "oh...maksud awak ni awak nak dia tinggal dalam rumah ni untuk sementara waktu, begitu?", kata mak timah. "ya begitulah mak cik... mak cik setuju tak dengan cadangan saya ni?", soal rudy dengan penuh pengharapan. mak timah diam membisu. dia memandang wajah rudy. "macamana dia boleh hilang ingatan pula? awak jumpa dia di mana? sebenarnya apa yang telah terjadi pada gadis itu?", soal mak timah bertalu talu.

rudy pun terpaksa menceritakan bagaimana dia bertemu dengan gadis tersebut shingga gadis itu di langgar oleh sebuah kereta dan terlantar di hospital. "oooh... baru mak cik faham kenapa dia jadi macam tu... kasihan gadis tu... kalau awak nak bawa gadis tersebut tinggal di sini mak cik tak ada halangan... sebab mak cik pun suka menolong orang yang dalam kesusahan macam tu...", kata mak timah. rudy merasa sungguh gembira apabila dia mendengar perkataan mak timah itu.

kalau ikutkan hati mahu saja dia memeluk orang tua tersebut sebagai tanda terima kasihnya yang tak terhingga di atas kesudian mak timah menumpangkan gadis malang itu di rumah tersebut. namun dia menahan dirinya dari berbuat demikian. dia tidak mahu mak timah merasa tidak selesa bila di peluk secara tiba tiba. "oh... terima kasih mak cik... mak cik seorang yang baik hati...", ucap rudy dengan gembira. "hm... yelah tu... awak pergi lah mandi dulu... badan awak tu dah berbau busuk dah...", kata mak timah. "baiklah mak cik... saya pergi mandi dulu...", kata rudy sambil tersenyum gembira. dia terus beredar dari situ.

AMNESIA (U)Where stories live. Discover now