Malam itu gadis tersebut bermimpi. dia sedang melangkah di suatu tempat yang begitu asing bagi dirinya. suasana di situ begitu kelam dan sunyi. hanya dia seorang saja yang berada di tempat itu. tiba tiba dalam kelam kabut malam itu dia lihat seorang pemuda berpakaian segak sedang melangkah berduaan dengan seorang perempuan yang berpakaian seksi. "jeff... kita nak pergi ke mana ni?", soal perempuan yang berjalan di sebelahnya. "kita nak pergi ke suatu tempat yang tak pernah awak tengok sebelum ni... awak ikut saya ya... saya jamin awak pasti akan menyukai tempat tu", jawap pemuda tersebut pada perempuan itu. "ok...", balas perempuan tersebut dengan manja sekali. "jeff?...", nama tersebut secara automatic keluar dari bibir si gadis. dia pun terus berlari menuju ke arah pasangan tersebut sambil menjerit memanggil nama jeff. "jeff!...jeff!...jeff!...", jeritnya tapi pemuda itu langsung tidak menghiraukannya. malahan dia buat tak tahu saja apabila dia melihat gadis bernama misha itu berlari menghampiri mereka berdua. mereka segera berjalan pantas meninggalkan si gadis seorang diri di situ. Si gadis merasa sungguh sedih. dia terduduk di atas tanah sambil menangis. "jeff!... jangan tinggalkan saya... jeff!... jeff!.... jeff!...", jeritnya.
tiba tiba, "misha... misha... bangunlah... kenapa awak terjerit jerit di tengah malam buta ni?", soal suatu suara. Si gadis pun terus membuka matanya. kelihatan mak timah, rudy dan hadi sedang berdiri memerhatikannya di atas katil itu. cepat cepat dia bangun, "oh... saya bermimpi rupanya...", bisiknya perlahan lahan. "apa mimpi awak tu? sehinggakan awak terjerit jerit macam tu sekali?", soal rudy lalu duduk di birai katil gadis itu. "saya bermimpi melihat seorang pemuda berjalan dengan seorang perempuan yang berpakaian seksi. dalam mimpi itu saya seperti mengenali pemuda tersebut. kalau tidak salah namanya jeff... saya cuma mengenalinya dalam mimpi saja tapi sekarang saya tidak tahu siapa jeff tu yang sebenarnya... awak fikir jeff tu, siapa ar?", soal si gadis pada rudy. mereka berpandangan seketika.
"tak tahu... tapi pada malam sebelum awak di langgar motorsikal tu awak ada menyebut nama jeff... masa tu awak tengah marah dan awak nak bunuh diri sebab awak marah pada jeff... mungkin juga jeff itu bekas kekasih awak?...", kata rudy perlahan lahan. Si gadis hanya diam membisu. dia cuba mengingati siapa pemuda yang bernama jeff itu tetapi dia langsung tidak ingat apa apa tentang pemuda itu. Malah semuanya masih samar samar lagi. "saya tak dapat ingat siapa jeff tu...", balas si gadis dengan geram. dia merasa geram kerana tidak dapat ingat satu apa pun tentang sejarah hidupnya di masa lalu.
memorinya masih terasa kosong. "hm...bersabar sajalah misha... pasti di suatu hari nanti awak akan tahu juga siapa jeff tu...", pujuk rudy dengan suara yang lembut. "ya betul cakap rudy tu... pasti ingatan misha akan kembali pulih seperti biasa... misha jangan bimbang ye... abang hadi, rudy dan mak cik akan sentiasa menolong misha supaya cepat sembuh...", sampuk hadi pula. Si gadis hanya tersenyum pada pemuda itu. "terima kasih pada korang semua kerana sudi menolong saya yang dalam kesusahan ni... jasa baik korang amat saya hargai...", ucap si gadis dengan lembut.
"sudahlah tu. misha, awak tidurlah dulu... ni dah pukul 1 pagi dah ni... esok kita semua perlu bangun awal... so awak tidurlah dulu, ye...",kata rudy pada si gadis. "baiklah...selamat malam semua...", ucap si gadis dengan lembut. "selamat malam...", mereka pun mula melangkah keluar dari dalam bilik tidur gadis tersebut. pintu di tutup rapat. Si gadis kembali tertidur lena di atas katilnya.
*** *** ***
selepas habis waktu kuliah dan waktu bekerja rudy terus balik ke rumah sewanya itu. dia lihat si gadis sedang duduk membaca buku novel di tangannya. "um... misha, petang ni saya hendak bawa awak pergi ke jambatan besar, tempat di mana awak berkira kira nak bunuh diri tempohari...", kata rudy pada gadis itu. "ok... saya akan ikut awak...", balas si gadis dengan pantas. mereka pun terus melangkah keluar dari rumah tersebut. mereka berjalan kaki menuju ke arah jambatan besar yang terletak tidak jauh dari rumah sewa itu. sampai di situ rudy pun terus menunjukkan tempat di mana gadis tersebut pernah berdiri ketika dia hendak membunuh diri pada malam itu. dia menceritakan segala galanya pada gadis tersebut.
"so sekarang cuba awak bayangkan apa yang saya ceritakan ini dalam fikiran awak. Lepas tu cuba awak ingat apa yang telah terjadi... manalah tahu dengan cara ini ingatan awak akan pulih seperti sedia kala...", kata rudy. "baiklah... saya akan cuba seperti mana yang awak katakan tu... berikan saya masa untuk mengingatinya...", kata si gadis perlahan lahan. rudy pun menganggukkan kepalanya. Gadis tersebut mula berusaha untuk membayangkan dan mengingati apa yang telah terjadi pada malam kejadian ngeri itu berlaku tiba tiba kepalanya terasa sakit. dia memicit micit dahinya. "kenapa misha?...", soal rudy ingin tahu. "maaflah rudy... saya tak dapat ingat apa apa pun... kepala saya terasa sakit bila saya cuba membayangkan dan mengingati apa yang telah terjadi...", kata si gadis perlahan lahan. "hm... tak apalah... mungkin belum tiba masanya awak dapat mengingati semuanya tu... biarlah... lain kali saja kita datang ke sini dan cuba sekali lagi sehingga awak dapat mengingatinya semula. jom kita balik ke rumah...", kata rudy. Si gadis hanya menganggukkan kepalanya perlahan lahan. mereka pun beredar dari situ.
![](https://img.wattpad.com/cover/55891206-288-k834286.jpg)
YOU ARE READING
AMNESIA (U)
Fiksi RemajaSinopsis:- kisah seorang gadis yang hilang ingatan sebaik saja dia di langgar lari oleh sebuah kereta. seorang pemuda menemuinya dan berusaha untuk menolong memulihkan ingatannya. setelah ingatannya pulih si gadis....... wei kalau nak tahu apa jadi...