AMNESIA 3

1K 53 0
                                    

Beberapa minit kemudian kelihatan pintu bilik wad kecemasan itu di buka orang dari dalam. Kelihatan doktor muda itu melangkah keluar dari dalam bilik wad kecemasan tersebut. wajahnya di basahi dengan peluh. rudy terus bangun dari tempat duduknya. "macamana dengan gadis itu, tuan doktor?", soal rudy ingin tahu. "keadaannya sudah stabil. dia perlu banyak berehat. sudahkah encik menghubungi keluarganya?", soal doktor muda tersebut. "belum...", jawap rudy dengan jujur. "encik perlu menghubungi mereka secepat mungkin. Anyway, macamana dia boleh kemalangan?", soal doktor itu ingin tahu. "dia di langgar lari oleh seorang pemandu kereta yang tidak bertanggungjawab...", jawap rudy selamba. "kalau macam tu encik kena buat laporan di balai polis kerana perkara ini sangat serius...", kata doktor itu. "baiklah... nanti saya akan pergi ke balai polis untuk melaporkan kes ini... bagaimana tuan doktor, boleh tak kalau saya pergi tengok dia sekejap?", soal rudy. "boleh... tapi jangan lama sangat, ok...", kata doktor itu. "ok...", jawap rudy sepatah. dia melangkah masuk ke dalam bilik wad kecemasan itu. Perlahan lahan dia duduk di atas kerusi yang ada di situ.

gadis tersebut masih belum sedarkan dirinya lagi. dahinya kelihatan berbalut dengan kain putih. tangan kirinya pun turut di balut dengan kain putih. rudy memerhatikan wajah gadis itu. "dia sungguh cantik... tapi nasibnya sungguh malang sekali...", desis hati kecil rudy. tiba tiba dia teringat akan bekas kekasihnya, shila. dia pun cantik tapi tidak lah secantik gadis tersebut. wajahnya tak selicin wajah gadis yang berkulit putih melepak itu. pendek kata kecantikan gadis tersebut memang tiada tolok bandingnya. dia teringat akan peristiwa yang berlaku di atas jambatan besar yang terletak tidak jauh dari rumah sewanya itu. kalau lah dia tidak tinggalkan gadis tersebut seorang diri kat situ tadi sudah tentu dia tidak akan jadi macam ni. ketika rudy sedang leka melayan lamunannya yang tak bertepi itu, tiba tiba...
"encik, masa melawat sudah habis... boleh tak encik keluar?... sebab kami nak check keadaan pesakit ni...", kata jururawat yang gemuk itu. "baiklah...", rudy pun bangun lalu beredar dari situ. dia melangkah keluar dari hospital tersebut dengan langkah kaki yang pantas. Sebaik saja dia berada di luar kawasan hospital itu dia pun terus menahan sebuah kereta teksi yang kebetulan lalu di atas jalanraya tersebut. "tolong bawa saya ke balai polis sri angsana...", katanya pada driver teksi itu. "baiklah", sahut si driver teksi tersebut. perlahan lahan kereta teksi itu meluncur pergi dari situ.

*** *** ***

pagi berikutnya, rudy bangun lebih awal dari yang biasa. dia bersiap hendak pergi kuliah dan bekerja. dia menyiapkan segala sesuatu sebelum dia bertolak dari rumah sewanya di pinggir bandar itu. ketika dia sedang sibuk memakai kasut 'reebok' di kakinya, kelihatan mak timah tuan punya rumah sewa itu sedang berdiri menyiram pokok bunga di halaman rumah tersebut. "nak pergi kuliah ke, rudy?", soal mak timah sambil tersenyum. "Ya mak cik... saya pergi dulu...", kata rudy perlahan lahan. "baik baik jalan, ya...", mak timah tersenyum pada anak muda itu sambil menyiram pokok bunganya itu.

Rudy sampai di dewan kuliah tepat pada waktunya. ketika rudy berada di dalam dewan kuliah itu, dia langsung tidak dapat menumpukan perhatiannya pada topik yang di bincangkan oleh pensyarah yang sedang bercakap di hadapan dewan kuliah tersebut. dia asyik teringatkan gadis yang di selamatkannya semalam. dia tidak tahu samada gadis itu sudah sedarkan dirinya atau pun tidak. dia rasa macam tidak sabar lagi hendak pergi melawat gadis tersebut di hospital besar sri angsana.

selepas habis waktu kuliah dia pun terus pergi ke tempat kerjanya di one stop cafe yang terletak tidak jauh dari universiti tempat dia belajar. dia bekerja di situ sebagai waiter secara part time. Selepas habis waktu bekerja dia segera melangkah keluar dari dalam cafe tersebut. sebuah teksi di tahannya. dia ingin pergi ke hospital sri angsana saat itu juga. Sebaik saja dia sampai di hospital tersebut dia pun terus melangkah masuk ke dalam bilik wad kecemasan tersebut tetapi gadis itu sudah tidak ada lagi di situ. katil pesakit yang ada di situ kosong tidak berpenghuni. dia merasa hairan. ke mana pula perginya gadis itu pun dia sendiri tidak tahu.

AMNESIA (U)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang