Malam itu kelihatan rudy sedang duduk menonton TV di ruang tamu itu, tiba tiba, "saya dengar awak nak bawa seorang gadis tinggal di sini. siapa gadis tu, rudy?", soal satu suara. rudy menoleh ke arah datangnya suara itu. kelihatan hadi sedang melangkah lalu duduk di sebelah kerusinya. "oh... dia kawan saya... anyway, macamana awak tau berita ni?", soal rudy.
"saya terdengar perbualan awak dengan mak cik timah di dapur tadi... siapa gadis tu rudy?", soal hadi ingin tahu. rudy pun terpaksa menceritakan segalanya pada rakan serumahnya itu. hadi tersenyum sebaik saja rudy habis bercrita. "kenapa awak senyum senyum pula?...", soal rudy kehairanan. "dia cantik ke rudy?... kalau cantik bolehlah saya tackle dia...", ujar hadi sambil tersenyum nakal. "hm...awak ni memang playboylah... kalau awak tackle dia macamana pula dengan murni?... takkanlah awak sanggup bermain kayu 3 di belakangnya...", tutur rudy. "wei...pandainya mulut awak bercakap... awak tu lagilah teruk... awak kan ada shila... sekarang awak nak bercinta dengan gadis tu pula...", tempelak hadi. "correction mr. hadi... saya dah putus cinta dengan cik shila tu... saya tak ada niat hendak bercinta dengan gadis malang tu... saya cuma nak tolong dia... itu saja...", balas rudy separuh geram. hadi merenung wajahnya. "apa?... awak dah putus cinta dengan shila? kenapa korang putus cinta pula?", soal hadi ingin tahu.
"saya terserempak dia tengah berasmara dana dengan seorang lelaki di belakang kafetaria kat universiti tempat aku belajar tu. Saya terus sergah diorang berdua dan tampar pipi shila. selepas itu saya pun beri kata putus padanya dan tidak mau lagi berhubungan dengannya...", jawap rudy selamba. "oh... macam tu... hm... shila tu memang tak guna... eh, rudy bila masa pula awak nak bawa gadis tu tinggal kat sini?", soal hadi ingin tahu. "Tidak tahu lagilah... kenapa?", soal rudy pada rakan serumahnya itu. "saya dah tak sabar nak tengok wajah gadis tu... tentu dia cantik kan rudy? kalau dia tak cantik, masakan awak nak tolong dia pula...", ujar hadi sambil tersenyum penuh bererti. "cantik ke... tak cantik... itu bukan persoalannya. yang penting kita harus menolong orang yang dalam kesusahan,walaupun kita tidak mengenalinya...", balas rudy. "yelah tu... saya nak pergi tidur dulu... esok saya kena bangun awal untuk pergi kerja...", hadi bersuara sambil melangkah pergi dari situ. "ok, good night hadi...", ucap rudy. "yeah, good night", balas hadi. tinggallah rudy seorang diri di situ.
*** *** ***
seminggu kemudian gadis itu pun di benarkan keluar dari hospital tersebut. rudy pun terus datang menjemputnya. dia membawa gadis tersebut pulang ke rumah sewanya. sebaik saja mereka sampai di rumah sewa rudy, mereka pun segera melangkah keluar dari dalam kereta teksi itu. Gadis tersebut berdiri memerhatikan keadaan di sekeliling rumah yang sederhana besar itu.
"eh... masuklah misha... kenapa awak tercegat kat situ pula?", soal rudy pada gadis tersebut. Gadis itu tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. kelihatan mak timah dan hadi sedang duduk menonton tv di ruang tamu itu. "mak cik... hadi... inilah kawan saya yang saya ceritakan pada korang tempohari... urm... namanya misha...", tutur rudy perlahan lahan. mak timah bangun dari kerusi. begitu juga dengan hadi. Mulut hadi terlopong sebaik saja dia melihat kecantikan rupa paras gadis tersebut. dia macam pernah tengok wajah gadis itu sebelum ini tapi dia tidak berapa ingat di mana dia pernah melihat wajah gadis tersebut. "misha... ini mak cik timah dan ini pula rakan srumah saya, hadi izzudin...", kata rudy sambil memperkenalkan dua insan itu pada si gadis yang berdiri di sebelahnya. "apa khabar mak cik... encik hadi...", amanda bersuara sambil bersalaman dengan dua orang insan tersebut.
"oh... tolong jangan panggil saya encik... just call me abang hadi... dah cukup...", tutur hadi sambil mengenyitkan matanya pada gadis itu. Si gadis hanya tersenyum padanya. "baiklah, abang hadi...", balas gadis tersebut perlahan lahan. "mari ikut mak cik... mak cik nak tunjukkan awak di mana bilik tidur awak...", kata mak timah sambil menarik tangan gadis itu.
Gadis tersebut pun melangkah mengekorinya dari belakang. "wow... dia sungguh cantiklah rudy... anyway, saya macam pernah tengok wajah dia tu... tapi saya tak ingatlah di mana...", bisik hadi di telinga rudy. "ye lah tu... saya malas nak layan celoteh awak ni. Saya nak pergi berehat di bilik saya dulu", kata rudy lalu beredar dari situ.

ANDA SEDANG MEMBACA
AMNESIA (U)
Novela JuvenilSinopsis:- kisah seorang gadis yang hilang ingatan sebaik saja dia di langgar lari oleh sebuah kereta. seorang pemuda menemuinya dan berusaha untuk menolong memulihkan ingatannya. setelah ingatannya pulih si gadis....... wei kalau nak tahu apa jadi...