Ketika rudy melangkah masuk ke ruang tamu itu kelihatan hadi sedang duduk di ruang tamu sambil mendengar lagu di radio. "eh... rudy, awak dah balik?... guess what?... amanda imran ada datang ke sini tadi... dia ada tinggalkan hadiah istimewa untuk awak...", kata hadi dengan riang. dia bangun lalu berdiri di depan wajah rakannya itu. "hadiah?... hadiah apa tu?", soal rudy ingin tahu. hadi mengeluarkan anak kunci kereta dari dalam poket seluarnya. "dia hadiahkan awak kereta myvi warna hitam kat luar sana tu...", jawap hadi sambil tersenyum riang. "apa?... buat apa pula dia hadiahkan saya kereta myvi tu?", soal rudy terkejut. "katanya untuk mrmbalas jasa baik awak kerana awak telah menolong dia dalam kesusahan tempohari...", jawap hadi dengan pantas. "tak cukup dengan itu dia bagi awak tiket VIP untuk menghadiri konsertnya di auditorium mega hall angsana pada 05 april 2011 ni... saya pun turut di berikannya tiket. Saya rasa happy sebab saya dapat tengok konsert amanda imran secara live dan percuma...", terang hadi dengan gembira. "hm... saya tak nak terima semua pemberiannya tu...", kata rudy dengan wajah yang masam mencuka. "kenapa pula?", soal hadi ingin tahu. Riak wajahnya yang riang tadi bertukar menjadi hairan.
"saya tak minta sebarang balasan pun dari dia... buat apa pula dia bersusah payah membalas jasa baik saya tu?...", kata rudy keberatan. "tapi tak baik juga kalau orang memberi kita menolak pemberian orang tu... itu maknanya kita tolak rezeki...", kata hadi cuba menyedarkan rakannya itu. "Ahh!... saya tak peduli... saya bukannya minat sangat dengan kereta myvi nya tu dan saya tak minat dengar lagu amanda imran... jadi tak guna rasanya jika saya pergi ke konsertnya...", kata rudy dengan wajah yang tegang. dia duduk di kerusi sofa yang ada di situ. "jangan macam tu... tak baik kalau awak terus berdendam pada amanda. sedangkan dia tidak tahu apa apa pun tentang perasaan awak padanya... lebih baik awak bersahabat dulu dengannya... manalah tahu di suatu hari nanti dia akan memilih awak sebagai teman lelakinya...", kata hadi sambil tersenyum nakal. "ahh... saya tak nak jadi boyfriend dia lagi... saya sudah lama kuburkan rasa cinta saya terhadapnya... dia dah tak wujud lagi dalam hidup ini... anyway, ada masanya saya akan serahkan kereta myvi tu padanya...", kata rudy lalu bangun dari atas kerusinya. anak kunci kereta di tangan hadi di capainya lalu dia melangkah pergi dari situ.
*** *** ***
(05 april 2011 - 8 pagi)
auditorium mega hall angsana begitu sesak sekali dengan para peminat amanda imran. semuanya sudah lama berdiri menunggu kedatangan penyanyi kesayangan mereka itu. masing masing membawa sepanduk yang ada gambar wajah penyanyi tersebut. ada juga yang membawa poster penyanyi top itu. mereka kelihatan tidak sabar sabar lagi hendak bertemu dengan penyanyi pujaan mereka itu.
"Fuyooo!.... banyak betul orang datang ke konsert amanda ni... kita nak parking kat mana ni? semua parking lot dah penuh dah...", kata hadi pada rudy di sebelahnya. rudy hanya diam membisu. dia berpeluk tubuh dan duduk diam di tempat duduknya. Dia tak ubah seperti patung cendana pula. wajahnya kelihatan masam mencuka. sebenarnya dia langsung tidak ada hati hendak pergi ke konsert gadis itu tapi hadi yang memaksa dia supaya dia datang ke konsert tersebut. "hey... rudy, apasal awak diam aje ni?... saya tanya, di mana nak parking kereta ni?... awak diam macam orang bisu pula...", kata hadi dengan nada suara yang geram.
rudy menjeling marah pada rakannya itu. "awak sendiri yang beriya iya sangat nak bawa saya ke sini tadi, kan... so, awak sendirilah yang cari parking lot tu... saya tak ada mood nak tunjukkan parking lot yang sesuai untuk kereta ni...", balas rudy dengan nada suara yang geram. mahu tak mahu hadi pun terpaksa mencari parking lot yang sesuai. Tidak lama kemudian, dia pun berjaya mencari parking lot di kawasan auditorium yang sesak itu. selepas siap parking kereta hadi pun mula melangkah keluar dari dalam kereta tersebut.
Namun langkahnya terhenti apa bila dia lihat rudy masih duduk diam di dalam kereta itu. "Eh... kenapa awak masih duduk dalam kereta tu?... cepatlah kita masuk ke dalam auditorium...", gesa hadi. "Saya tak nak masuk...", balas rudy. "Alah... come onlah rudy... awak harus masuk ke auditorium tu dengan saya sekarang juga sebab amanda tengah tunggu kita tu...", kata hadi penuh harapan. "Tak nak...", jawap rudy ringkas. "Ok... fine... saya akan tarik tangan awak sehingga awak ikut saya ke sana...", hadi bersuara sambil menarik keluar rakannya itu dari dalam kereta tersebut.
"Eh... tunggu sekejap. Awak tak boleh tarik tangan saya macam ni... nanti orang fikir kita ni gay couple pula...", marah rudy. "Kalau saya tak tarik tangan awak tentu awak takkan pergi ke sana... lebih baik saja saya tarik tangan awak macam ni...", kata hadi pula. "Ok... ok... fine... saya akan ikut awak ke sana... no need for you to pulled my hand again, ok?...", dengan nada terpaksa rudy bersuara sambil memandang wajah rakannya itu. "Ok...", balas hadi tersenyum gembira.
mereka pun mula melangkah menuju ke arah mega hall angsana tersebut. mereka menyerahkan tiket pada pemeriksa tiket konsert yang sedang duduk di depan pintu masuk auditorium mega hall angsana itu. gadis tersebut memerhatikan wajah mereka berdua. "er... ini encik hadi dan encik rudy kan?", soal gadis itu. Dia seperti mengenali mereka pula. "eh... macamana awak kenal kami?...", soal hadi ingin tahu. "saya pernah tengok wajah korang dalam TV tempohari... itulah sebabnya saya mengenali korang berdua. Anyway, korang berdua di persilakan masuk ke bilik VIP cik amanda di belakang pentas sekarang juga sebab dia nak bertemu dengan korang berdua. terutamanya encik rudy...", kata gadis itu sambil tersenyum mesra. "oh... kalau macam tu boleh tunjukkan kami kat mana bilik VIP cik amanda imran?", soal hadi ingin tahu. "guard... tolong bawa diorang ni ke bilik VIP cik amanda...", kata gadis tersebut dengan pantas. seorang lelaki botak bertubuh sasa melangkah menghampiri mereka berdua. "Ikut saya...", kata lelaki botak itu. Mereka pun melangkah mengekorinya dari belakang.

YOU ARE READING
AMNESIA (U)
أدب المراهقينSinopsis:- kisah seorang gadis yang hilang ingatan sebaik saja dia di langgar lari oleh sebuah kereta. seorang pemuda menemuinya dan berusaha untuk menolong memulihkan ingatannya. setelah ingatannya pulih si gadis....... wei kalau nak tahu apa jadi...