CUES part 12

4.3K 209 8
                                    

Syakila melangkah masuk ke dalam bilik mereka. syakila terus sahaja membuka tudungnya. nazdrul yang melangkah masuk ke bilik dijeling sekilas. malas hendak layan.

"kau dah pahal jeling aku macam tu?". tanya nazdrul. syakila menjeling nazdrul lagi. nazdrul semakin bengang. cari pasal nampak??

"sejak bila aku jeling kau? jangan nak perasan lah". balas syakila sambil tersenyum sinis. nazdrul mengetap bibir.

"kau nie dah kenapa hangin satu badan?". tanya nazdrul apabila dia sudah mulai hilang sabar. syakila memandang tajam ke anak mata nazdrul.

"kau tanya aku kenapa aku hangin satu badan? hey comeon lah syed nazdrul! patut nya aku yang tanya kau kenapa kau kena keluar dengan betina lain?". marah syakila. nazdrul memandang syakila dengan perasaan bengang.

"hey jaga mulut kau tu! betina yang kau panggil tu Girlfriend aku! kau tak ada hak nak panggil dia betina! kau yang sepatutnya aku panggil betina! sebab perangai serupa binatang!". marah nazdrul dengan perasaan geram. syakila menahan air mata nya daripada jatuh ke pipi. kecewa! apabila nazdrul iaitu suami nya sendiri memanggil nya binatang.

"a...apa kau ca...cakap? bi...binatang? kau cakap aku binatang? haha congrats syed nazdrul. now aku dah tahu siapa aku dalam hati kau. aku hanya binatang depan mata kau. sampai hati kau. aku siapa sebenarnya? isteri kau ke? haha i dont think so. Kau lebih pentingkan Girlfriend kau daripada Isteri kau sendiri. terima kasih". kata syakila sambil air matanya mengalir ke pipi. sakit hatinya. setelah syakila melontarkan kata kata nya tadi,dia terus sahaja berlalu ke tandas. Nazdrul terduduk di birai katil. Haih nazdrul mulut kau ni tak pandai nak baik-baik sikit ke?

"maafkan aku syakila". rintih nazdrul perlahan. dia tidak sengaja Menghina Syakila. bukan itu niatnya!!

***

Syakila duduk di birai katil. setelah makan malam tadi, syakila terus sahaja berlalu ke atas. tiada niat hendak berbual ataupun bercerita tentang itu dan ini bersama sama dengan keluar Nazdrul. Syakila yang tengah termenung tersedar apabila terasa ada orang yang duduk bersebelahan nya. syakila hanya diam. kerana dia yakin orang tersebut adalah Nazdrul.

"syakila". panggil nazdrul perlahan sambil meraih tangan syakila, tetapi ditepis oleh syakila.

"kau nak apa". jawab syakila kasar. baginya, tiada guna jika dia bercakap baik baik dengan orang seperti nazdrul.

"nothing. aku just nak mintak maaf". kata nazdrul. syakila tersenyum sinis. jangan pikir aku akan maafkan kau!

"buat apa kau nak mintak maaf? comeon lah, benda dah jadi right? lagipun, kau dah pun en pijak pijak maruah aku, so nothing yang perlu dimaafkan". kata syakila sinis. nazdrul mengetap bibir. rasa bersalah amat!

"aku mintak maaf syakila. aku...aku tak sengaja. tadi tu aku marah sangat. sampai aku tak sedar aku dah melebih". kata nazdrul meminta simpati. syakila masih mendiamkan diri. Senyuman sinis masih terukir di bibirnya.

"dah lah nazdrul. stop it! aku penat. aku nak tidur. start esok, tak payah nak hantar aku pergi office, sebab aku akan naik kereta aku". kata syakila dan terus sahaja membaringkan tubuhnya. nazdrul terdiam seribu bahasa. akhirnya nazdrul hanya melihat syakila yang telahpun tidur. rasa bersalah menguasai diri.

"maafkan aku syakila. sebab aku, kau terperangkap dalam game yang aku bina sendiri. sebab kan aku yang gila jawatan CEO, aku sanggup ugut kau. maafkan aku syakila". kata nazdrul perlahan. dia mencium ubun ubun syakila. setelah itu, dia mula melelapkan matanya. Syakila yang masih belum tidur, sempat mendengar luahan hati nazdrul. air matanya menetes kerana mendengar ucapan nazdrul tadi.

"maafkan aku nazdrul. aku masih pbelum boleh maafkan kau setelah apa yang kau katakan  sebelum ini". kata syakila dalam hati. setelah itu, dia mula melelap kan matanya.

WAH WAH WAH!! Sedih pulak scene nie :( huhuhu kesian syakila en? tapi kesian jugak Nazdrul! haihh huhuhu. okok wait for the next chapter gais! stay tune jangan lupa vote dan comment!!

Cinta Untuk Encik Suami Where stories live. Discover now