CUES part 2

6.9K 227 10
                                    

Nazdrul memandang daddy nya penuh dengan tanda tanya. fikiran nya penuh dengan persoalan. apa yang daddy cuba sampaikan? apa yang daddy mahukan? apa yang daddy hendakkan? Amboi banyak sangat dah persoalan tu! haha

"Nazdrul! kamu pernah cakap dekat daddy yang kamu nak jadi CEO kan?" tanya Dato Sri Muzafar. Nazdrul hanya sekadar mengangguk. tak kan lah daddy dah lupa kut??

"ye daddy. kan nazdrul dah pernah cakap dekat daddy yang nazdrul dah sedia nak jadi CEO Muzafar Holding. kenapa daddy? ada apa apa masalah ke?". Tanya nazdrul semula. hairan dia melihat daddy nya yang tiba tiba bertanyakan tentang Menjadi CEO.

"nampak gaya nya kamu simpan aje lah angan angan kamu nak jadi CEO tu". kata Dato sri Muzafar. Nazdrul mengetap bibir. apa pula yang jadi kali nie?

"apa nie daddy? hari tu daddy kata daddy nak jadikan Nazdrul CEO? sia sia aje lah rul ambil course business kalau daddy tak jadikan rul CEO". bantah nazdrul. sakit hatinya apabila daddy nya tiba tiba sahaja bertukar fikiran.

"kamu dah lupa ke? kan daddy dah pernah kata kat kamu, kalau mahu jadi CEO, kamu harus bernikah terlebih dahulu". kata Dato sri Muzafar. nazdrul meraup rambutnya. dia baru teringatkan tentang hal itu. tapi masalahnya, dia tiada calon!

"tapi dad, rul tak ada calon untuk bakal isteri rul". kata nazdrul. Datin maria tersenyum manis ke arah Nazdrul.

"kalau rul tak ada calon, rul nikah aje lah dengan pilihan mummy? anak dato Mazrin? yang si Marisa tu? or rul nak anak datin Mita? Si kinah? haa kinah pun ok what? kinah tu pun ok, baik dan cantik lagi". kata datin maria. nazdrul menutup mata nya. naik bulu roma nya apabila teringatkan tentang kinah yang perangai gila, suka menjerit, kuat merajuk dan macam macam lagi. terus sahaja dia membuka kelopak matanya apabila teringatkan tentang kejadian Kinah hampir mencium nya! nasib baik dia cepat bertindak. kalau tidak, pasti habis tercemar pipi nya.

"no! rul tak nak. ok fine rul akan bawa calon isteri rul sendiri. bagi rul masa". kata nazdrul pasrah. ya! dia akan membawa perempuan upahan!

"daddy bagi peluang sampai hari ahad nie. kalau rul tak bawak juga calon isteri rul, rul jangan berangan nak jadi CEO". Kata dato sri muzafar tegas lalu meninggalkan anak teruna nya. Datin sri maimun melangkah mendekati Nazdrul.

"rul, jangan lupa bawa calon menantu untuk mummy tau. mummy tak sabar nak ada menantu". kata datin sri teruja lalu ketawa. dia meninggalkan nazdrul sendirian di ruang tamu. Nazdrul mengambil kunci kereta Mini cooper nya lalu membawa kereta tersebut dengan laju. masuk ke simpang, nazdrul terkejut apabila sebuah kereta masuk ke simpang yang sama dan Dush!!

Nazdrul keluar daripada kereta nya dan menghampiri kereta yang telah melanggar kereta kesayangan nya. Nazdrul mengetuk pintu kereta tersebut.

"woi! kau nie buta ke apa ha?? kau tak nampak ke aku nak masuk simpang nie?". marah nazdrul apabila perempuan tersebut keluar daripada kereta nya.

"aduhmak!! sorry sorry! saya tak sengaja". kata syakila. takut juga dia melihat wajah pemuda yang berada di hadapan nya ini. garang gila kut!

"apa kau cakap? tak sengaja? hoi kau tahu tak kereta aku nie mahal? kau ada duit ke nak bayar balik ha? kau tengok aje lah kereta kau tu myvi je kut! tak standard langsung!". Sembur nazdrul. syakila mengetap bibir. nie dah melebih dah nie!

"Hello mamat sengal segala sengal! yang kau tiba tiba hangin satu badan nie dah pahal? apa kau cakap? kereta myvi je? tak standard? hey dengar elok elok eh! atleast aku ada kereta. kau siapa nak judge aku ha? berlagak kaya! kau pikir aku tak boleh ganti ke ha?". Marah syakila. kesabaran nya sudah mula hilang. nazdrul tersenyum sinis.

"ouh kau boleh bayar? okay aku nak RM5000 sekarang! cash!". kata nazdrul. syakila terpinga pinga. Lima ribu? gila ke apa?

"kau dah gila ke ha? aku mana ada duit sebanyak tu!". marah syakila. nazdrul tersenyum sinis. dia melihat perempuan yang berada di hadapan nya atas bawah.

"great! perempuan nie boleh jadi mangsa calon isteri aku". desis hati nazdrul.

"okay kalau kau tak ada duit, tak apa. hm bagi aku nombor telefon kau! so senang sikit aku nak call kau! so kita boleh bincang". kata nazdrul. syakila mengetap bibir. tak guna punya jantan!

"asal pulak aku kena bagi nombor telefon aku kat kau?". tanya syakila. memang tak lah dia memberikan nombor telefon nya!

"sebab senang aku nak call kau! aku nak bincang pasal kereta aku yang kau dah langgar nie ha". kata nazdrul. dia mengambil telefon yang dipegang oleh syakila. lalu dia menaip kan nombor telefon syakila ke dalam iphone6 nya.

"nama kau apa?". tanya nazdrul.

"syakila". balas syakila ringkas. malas hendak bertekak.

"ok done. nanti aku call kau. jangan tak angkat pulak. hmm aku kena tahan lesen kau ok. sebab takut kau lari pulak". kata nazdrul sambil tersenyum sinis. nazdrul terus sahaja berlalu meninggalkan syakila. dia tersenyum di dalam kereta.

"perfect girl! memang sesuai! mummy dengan daddy mesti suka. haha welcome to my life syakila". desis hati nazdrul.

Maria memandu kereta nya dengan perasaan geram. ada dia ambil lesen aku? tak masuk akal!

"kalau aku kena tahan dengan polis then lesen tak ada. siap kau encik yang aku tak kenal. tak guna!". jerit syakila di dalam kereta nya. Sakit hati nya apabila terkenang kan lelaki tadi. suka hati dia aje nak ambil lesen aku!

Fuh!! syakila dan nazdrul dah berjumpa :) amboi agak agak syakila jadi nazdrul punya mangsa tak? haha enjoy reading guys :) jangan lupa vote dan comment. thanks

Cinta Untuk Encik Suami Where stories live. Discover now