Syakila membaringkan tubuhnya ke katil empuk miliknya. penat tidak terkata! Seharian berjalan. menyebabkan kaki nya ingin tercabut!
"Gila! tak padan dengan nama lelaki! aku yang perempuan nie pun tak gila shopping macam dia. dia pulak melebih sampai semua barang nak di angkut. gila memang gila!". kutuk syakila dalam hati apabila melihat nazdrul yang melangkah ke tandas. bayangkan saja lah seharian mereka bertiga berjalan, Nazdrul sakan bershopping beli itu dan ini. sungguh tidak disanga rupanya kaki Shopping! syakila termenung sendirian. malam ini dia akan berpindah ke rumah milik daddy nazdrul. sedih tau!
"hoi! apa yang kau menung kan tu?". tanya nazdrul apabila melihat isteri nya sibuk dengan dunia nya sendiri. Syakila seolah olah baru sedar dari lamunan. dia tersengih melihat nazdrul.
"ehh mana ada aku termenung. err btw jadi ke malam nie nak balik rumah daddy kau?". tanya syakila. nazdrul mengangguk. mesti lah jadi!
"mesti lah! haa kemas lah baju. kejap lagi lepas isyak gerak lah. asal? kau tak suka?". tanya nazdrul sambil menaikkan sebelah keningnya. dia tersenyum sinis memandang syakila
"mesti lah tak suka! aku tak nak pindah rumah kau! kenapa kita tak stay sini je?". tanya Syakila. nazdrul mendengus geram. banyak tanya pulak minah nie!
"hish kau nie kan! banyak tanya lah. suka hati aku lah! aku suami kau kan? kau ikut je lah! lagi pun tak lama mana kita kat rumah mummy. sehari dua sudah lah. then kita pindah masuk rumah aku". kata nazdrul menyebabkan syakila ternganga. rumah dia???
"pulak dah? haih suka hati kau lah! esok aku dah mula kerja. so aku nak kau hantar aku pergi kerja esok pagi dari rumah mummy kau. then nanti balik aku singgah pergi rumah mama ambil kereta aku. ada faham?". kata syakila. Nazdrul hanya sekadar mengangguk.
********
"hati hati ye syakila kat rumah mertua kamu. jangan nakal nakal". kata puan kira. syakila tersenyum manis. berat hati nya hendak meninggalkan mama nya.
"ok ma. pa, kila pergi dulu. terima kasih sebab jaga kila dari kecil. kila sayang papa. i love you pa". kata syakila lantas memeluk encik salim. encik salim membalas pelukan anak sulungnya.
"dah lah tu long! tengok tu ha bang nazdrul. penat dah tunggu along. along nie macam tak dapat jumpa dengan mama dan papa je gaya nya. kalau rindu sangat datang lah rumah. bukannya rumah orang lain pun. rumah along juga". kata ariana. menyebabkan Mereka sekeluarga ketawa.
"yelah yelah. nak gerak lah nie. bye ma, pa, dik kau belajar rajin rajin tau. tahun nie kau spm. bye". kata syakila dan terus sahaja berlalu. makin lama dia disitu ada juga kang yang buat drama air mata!
*******
Syakila melangkah masuk ke dalam rumah banglo 2 tingkat milik Encik syed Muzafar.
"wow!! besar gedabak rumah nie. tapi yang tinggal sini 4 orang je". bisik syakila perlahan. Syakila duduk di sebuah sofa. baru sahaja dia hendak 'landing'. terdengar satu suara menegurnya.
"maaf ya non. kalo bisa tahu non ini siapa?". tanya seseorang. syakila tersengih. tak kan lah pembantu nie tak tahu dia siapa kut??
"dia isteri saya bik. tolong buatkan air untuk kitaorang berdua ye". kata nazdrul mencelah. pembantu tersebut mengangguk ketakutan.
"maafin saya ya non. saya gak tahu yang kamu ini ternyata isterinya tuan. maaf sekali lagi". kata pembantu tersebut dan terus sahaja berlalu. syakila mengeleng kan kepalanya. ada ada aja!
"siapa tadi tu?". tanya syakila. nazdrul melabuhkan punggung nya bersebelahan dengan syakila.
"pembantu kat rumah nie. ada lagi sorang kat dapur. yang tadi tu nama dia bik Santi. kalau nak apa apa kau bagi tahu je dia. haa btw mama tengah keluar, kejap lagi balik lah tu". kata nazdrul. syakila hanya mengangguk. pembantu yang jelas kelihatan tadi itu meletakkan dulang di atas meja. syakila melemparkan senyumannya.
"cepat sikit minum. aku nak tunjuk bilik aku". kata nazdrul. syakila terus sahaja meneguk air miliknya. Nikmat!!
*********
"nie bilik aku. maaflah, bilik aku memang kat tingkat dua nie. sebab aku suka privasi. kat tingkat 2 nie ada 2 bilik je. iaitu bilik mummy and daddy and bilik aku". kata nazdrul. syakila hanya sekadar mengangguk. kaya boleh lah citer!!
"tuu tandas...kau buat lah macam bilik kau sendiri. aku nak tidur. bye!". kata nazdrul dan terus sahaja baring di katil. syakila mengetap bibir. tak guna!!
.Hallo guys. wassap?? haha ok ok saya akan update next chapter later insyallah. just wait ok ok jangan lupa comment dan vote. thankyouu. dan kepada sesiapa yang rasa jalan cerita nie tak menarik boleh DM saya ataupun comment sahaja. insyallah saya akan stop cerita nie. hahaha takde lah gurau je... ok jangan lupa tau vote and comment! ❤️
YOU ARE READING
Cinta Untuk Encik Suami
РазноеSYED NAZDRUL merupakan jejaka tampan dan juga merupakan CEO Muzafar Holding, tetapi untuk menjadi CEO di syarikat tersebut, dia hendak lah berkahwin dengan seorang wanita. bagi nazdrul berkahwin sangat lah mudah. tetapi calon? masih belum dijumpai...