CUES part 18

3.5K 168 6
                                    

Bismillah.. okay guys saya dah perah otak saya secukup nya. sakit juga otak saya nie dok perah dia. kesian. hahaha ini lah berkat perah otak yang saya dapat. mohon tinggalkan Vote dan comment ya. :)
______________________________________

Nazdrul melangkah mendekati syakila yang duduk bersendirian dalam hujan. dia memegang lembut bahu isterinya. perasaan bersalah menguasai diri. Syakila yang sedar ada tangan memegang bahu nya lantas berpaling. Dia memandang wajah nazdrul. pantas dipeluknya tubuh Nazdrul. Dia takut!

"hey hey kenapa nie Kila?". tanya nazdrul lembut. Syakila masih menangis di dalam dakapan Nazdrul. Nazdrul mengusap belakang Syakila.

"a...aku takut". Kata syakila sambil tersedu sedan. Nazdrul membawa Syakila balik ke hotel. Dia mahu syakila tenang terlebih dahulu. Masuk sahaja ke dalam Bilik syakila nazdrul memberikan tuala kepada syakila lalu membalut tubuh syakila menggunakan tuala tersebut. Jujur nafsu lelaki Nazdrul naik apabila melihat Syakila yang basah lencun kerana hujan.

"ta...tadi ada orang nak buat benda tak baik kat aku". adu syakila sambil menangis tersedu sedan. Nazdrul meraup wajahnya yang basar. terkejut mendengar kata kata syakila.

"di...dia buat apa dekat kau? kau bagi tahu aku sekarang kila! wajah dia macam mana? dia buat apa kat kau?". tanya nazdrul. terlebih risau pula gayanya. eh memang lah risau! isteri dia kut!

"di...dia raba aku. di...dia pegang pegang aku. aku takut nazdrul. aku nak balik Malaysia. aku tak nak stay sini. please nazdrul aku takut". kata syakila terketar ketar. Nazdrul memeluk erat tubuh Syakila. Jantungnya berdegup dengan kencang. dia takut dia akan terlebih batas hari ini. lagi lagi melihat tubuh Syakila sekarang.

"shhh dah tak payah nangis. aku ada kat sini dengan kau". pujuk nazdrul lalu mencium ubun ubun syakila. tanpa sedar ciuman nya mula berpindah tempat iaitu ke leher syakila. Syakila seakan akan tersedar, tetapi dia hanya membiarkan. tiada kudrat hendak melawan. lagi pula ini adalah masa yang ditunggu tunggu olehnya. iaitu Nazdrul jatuh ke dalam genggamannya.

"na...nazdrul". kata syakila perlahan apabila Melihat Nazdrul sudah melebihi batas. Nazdrul mula membuka baju kemeja yang dipakai oleh Syakila. Jantung Syakila berdegup dengan kencang. Nazdrul mencium bibir merah milik Syakila. nafsu nya sudah tidak boleh dikawal. Dia benar benar mahukan syakila.

Malam itu telah menyaksikan Mereka berdua menjadi Suami dan Isteri dalam erti kata yang sebenar. Jujur Nazdrul sudah lama jatuh hati kepada Syakila, tetapi kerana Ego dia menidakkan perasaan tersebut. Malam yang patutnya diraihkan pada malam pertama baru sahaja berlaku. Syakila dan Nazdrul telahpun terlanjur.

******

Syakila menangis semahu mahunya di dalam tandas. dia berasa dirinya amat Jijik dan hina. kerana kejadian semalam telah meragut Kesuciannya.

"kau bodoh kila! kau dah bagi kesucian kau kat dia!". rintih syakila di dalam hati.

"tapi tidak salah kila! sebab dia suami kau! patut nya kau berbangga kila sebab dia dah jatuh ke tangan kau". desis hati syakila pula. Syakila buntu, patut kah dia gembira? gembira kerana Nazdrul telah pun menjadi hak milik nya. Ketukan di pintu mengejutkan Syakila daripada lamunannya. dia terdengar suara nazdrul yang Berada di luar.

"sayang, lambat nya mandi. cepat lah! saya pun nak mandi". kata Nazdrul nakal. Dia gembira kerana telah berjaya membawa syakila masuk ke dalam tangan nya. sekarang syakila menjadi hak milik nya.

"ke...kejap". jawab syakila lalu mengambil tuala untuk menutupi tubuhnya lalu membuka pintu tandas. tersembul muka Kacak milik Nazdrul yang tersenyum ke arahnya.

"lama nya sayang mandi. penat saya tunggu tau". kata nazdrul sambil menghidu bau rambut Syakila. Syakila kegelian apabila mendengar nazdrul memanggil nya sayang. Buang tabiat!

"eii apa kau nie. rimas lah! tak payah nak panggil aku sayang sangat. aku benci kau tahu tak?". marah Syakila. berubah wajah Nazdrul kerana terkejut. tetapi akhirnya dia tersenyum.

"awak marah pasal benda semalam ke?". tanya nazdrul sambil tersengih. merah muka syakila apabila mengingati hal semalam.

"eii kau nie en, tak payah nak ingatkan aku hal semalam. aku tak suka. anggap je hal semalam tu tak berlaku". kata syakila lalu melangkah ke Katil. Nazdrul duduk bersebelahan Dengan Syakila.

"kenapa? saya tak kan lupakan benda tu. benda yang terjadi semalam buat status saya bertukar serta merta. saya dah jadi hak milik awak. dan awak dah jadi hak milik saya". kata nazdrul di telinga syakila. naik bulu roma syakila mendengar Suara menggoda Nazdrul.

"a...apa kau cakap nie? kau sedar tak kau dah ragut kesucian aku. kalau aku mengandung macam mana? siapa nak tanggung?". marah syakila. dia takut sekiranya dia mengandung dan Nazdrul akan meninggalkannya.

"dont say like that. saya ada. saya akan tanggung. kita akan teruskan masjid yang kita bina nie. dan saya akan jadi Ayah kepada anak anak kita. dan awak akan jadi ibu kepada anak anak saya. Syarifah syakila, sudikah awak menjadi permaisuri hati saya? kita buka buku baru dan teruskan hidup sama seperti suami isteri yang lain?". tanya nazdrul meraih simpati. dia tekad akan menjaga Syakila dan akan menyayangi syakila. dia ingin Hidup bersama sama bakal anaknya dan syakila. Syakila tersentuh mendengar kata kata Nazdrul. dia memandang wajah tampan nazdrul untuk mencari keikhlasan. Akhirnya Syakila menangguk. Dia akan membuka buku baru bersama sama nazdrul. Nazdrul tersenyum girang. Akhirnya dia telah mendapatkan Hati syakila. Dipeluk nya tubuh syakila. Syakila membalas pelukan tersebut.

"i love you". bisik nazdrul di telinga Syakila. Syakila tersenyum mendengar kata kata keramat tersebut.

"i love you too". jawab syakila gembira.

wah wah wah mereka berdua dah berbaik!! Alhamdulillah muncul juga idea saya. hahaha ok after this watak Kekasih hati Nazdrul akan muncul. no worries guys. saya akan perah otak saya sampai idea saya keluar ok. hahaha jangan lupa vote dan comment. kalau tak comment dan vote saya tak nak update part seterusnya. HAHAHAHAHA

Cinta Untuk Encik Suami Where stories live. Discover now