Syakila dan Nazdrul duduk di sofa berhadapan dengan Dato Syed Muzafar dan Datin Maria. Nazdrul berdehem.
"ehemmm, daddy nak bincang pasal apa actually?". tanya nazdrul sambil memandang tepat ke anak mata dato Muzaraf. Dato Muzafar tersenyum lalu menyerahkan sebuah sampul surat ke tangan Nazdrul. Nazdrul membuka sampul surat tersebut. Korea?
"a..apa nie dad?". tanya nazdrul. dato muzafar ketawa melihat perubahan muka nazdrul.
"honeymoon trip ke korea". jawab dato muzafar ringkas. Syakila yang berada di sebelah nazdrul terkesima. honeymoon?
"tapi daddy, rul tak pikir pun lagi nak pergi honeymoon". kata Nazdrul memberi alasan. Gila nak Honeymoon? sentuh pun tak!
"alahh nazdrul! terima aje lah. kalau bukan honeymoon pun, anggap aje lah kamu pergi bercuti?? haaa lusa trip korang berdua". kata datin maria yang dari tadi berdiam diri. Nazdrul mengeluh perlahan. mahu tak mahu, terpaksa terima.
"ok lah, rul pergi". jawab nazdrul ringkas. Dato muzafar dan datin maria tersenyum sambil mengangguk. syakila yang berada disebelah sudah bersorak gembira di dalam hati. Korea kut weh!!!
******
Syakila bersalaman dengan Datin Maimun dan Dato Muzafar. tidak lupa juga dengan mama nya sendiri iaitu puan kira.
"hati hati ye sayang kat negara orang". kata puan kira sambil tersenyum manis. syakila mengangguk lantas tersenyum. Hari ini, Papa syakila tidak dapat menghantar nya ke KLIA kerana terlalu sibuk. agak terkilan.
"haa rul, jaga anak mama nie elok elok ye". kata puan kira kepada nazdrul. nazdrul tersenyum manis.
"ye ma, mama jangan risau lah. okay lah mama, mummy and daddy. rul ngan kila gerak dulu". kata Nazdrul. Puan kira, dato muzafar dan Datin maria mengangguk serentak.
******
Syakila memandang Sekeliling nya dengan perasaan teruja. ini adalah pertama kali dia Menjejakkan kaki nya ke bumi Korea. perasaan nya tidak dapat dibendung. Happy sangat!
"dah udah lah tu! masuk dalam teksi nie cepat". kata Nazdrul kepada Syakila. syakila menurut.
"dangsin-eun eodieseo geugeos-eul wonhaneunga? (encik mahu kemana kah?". tanya si pemandu teksi tersebut. Nazdrul menjawab pertanyaan si pemandu
"naneun hotel seoul-eul sherilla sipseubnida (saya mahu ke hotel sherilla seoul)". kata nazdrul dalam bahasa korea. Syakila terkesima. Nazdrul pandai cakap korea? si pemandu tersebut hanya mengangguk dan mula memandu. syakila mencuit pinggang nazdrul
"apa?". tanya nazdrul tanpa memandang wajah ayu syakila.
"kau pandai cakap korea eh?". tanya syakila sambil memeluk lengan nazdrul. Nazdrul melepaskan pelukan tersebut.
"ye, aku pernah stay kat korea 4 tahun.". jawab nazdrul. akhirnya syakila hanya diam. sehingga lah si pemandu memberitahu bahawa mereka sudah sampai ke destinasi.
"seonsaengnim, geugeos-eun-ida (encik, sudah sampai)". kata si pemandu tersebut sambil tersenyum manis. nazdrul membalas senyuman tersebut, lalu mengeluarkan sebilangan wang dari dompet nya dan mula melangkah keluar daripada teksi. Syakila terkesima melihat Hotel Sherilla. Tersangat lah besar.
"wehh nie ke hotel dia?". tanya syakila sambil mengikuti langkah nazdrul. nazdrul hanya mengangguk.
"kau duk sini sat. aku nak settle kan hotel". kata nazdrul lalu mula berlalu. syakila hanya diam lalu dia mula duduk di sofa yang disediakan. Empuk!
"dah, meh jom". ajak nazdrul. syakila mengikuti langkah nazdrul sehingga lah mereka berdua masuk ke dalam lift.
"nie bilik kau. bilik kau kat tingkat 12, aku kat tingkat 18". kata nazdrul menyebabkan syakila memandang wajah nazdrul
"kila lain bilik ke?". tanya syakila. nazdrul hanya sekadar mengangguk dan Ting! menandakan mereka berdua sudah berada di aras 13. syakila melangkah keluar. sempat lagi nazdrul berpesan.
"ape ape, call aku guna phone hotel".kata nazdrul. Syakila berjalan sehingga lah dia nampak bilik yang bertanda "342". dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. syakila membaringkan tubuhnya. terasa nyaman dengan Bilik yang kemas dan bersih serta hiasan yang cantik. syakila berpusing pusing satu bilik tersebut. dia teruja melihat Hotel Sherilla. tanpa syakila sedar, dia terlelap kerana keletihan.
Hai gais :) so how about this chapter? haha very boring right? and saya mintak maaf if bahasa korea yang saya gunakan adalah salah :D mohon maaf ye. and ya, jangan lupa vote dan comment. thanks :* btw!!! jangan lupa tengok media ye guys :)) anggap aje lah itu hotel sherilla. hahahaha
YOU ARE READING
Cinta Untuk Encik Suami
RandomSYED NAZDRUL merupakan jejaka tampan dan juga merupakan CEO Muzafar Holding, tetapi untuk menjadi CEO di syarikat tersebut, dia hendak lah berkahwin dengan seorang wanita. bagi nazdrul berkahwin sangat lah mudah. tetapi calon? masih belum dijumpai...