CUES part 5

4.7K 207 0
                                    

Hari ini akan berlangsungnya hari pernikahan Antara Syarifah Syakila dan Syed Nazdrul. Syakila duduk di birai katil. diri nya penuh dengan debaran. perasaan takut datang dalam dirinya. takut untuk menghadapi alam perkahwinan. pintu bilik syakila diketuk oleh seseorang. syakila memandang Nazirah yang melangkah masuk.

"wahhh lawa nya kau kila". kata nazirah teruja. tetapi sungguh! syakila begitu cantik!

"hish kau nie. mana ada doh.". bantah syakila. nazirah ketawa mendengar kata kata sahabatnya.

"haish kau nie. haa yang kau muka cuak semacam nie dah pahal? nervous?". tanya nazirah. syakila hanya sekadar mengangguk. nervous lah gila!

"mesti lah nervous sengal! gila kau tak nervous". kata syakila sambil memandang tajam ke mata sahabatnya. nazirah tersengih.

"hehe ok ok sorry. ala beb, tarik nafas, hembus. ulang banyak kali. then berdoa kepada sang pencipta. tak mau lah nervous nervous ni. tengok aku lek je". kata nazirah sambil tersengih. syakila mengetuk kepala sahabatnya.

"ada pulak kau nak sama kan aku dengan kau! aku sepak jugak kau nie kang". marah syakila. tetapi, sedikit sebanyak hati nya tercuit melihat gelagat sahabatnya.

"alahhh yelah yelah sorry". kata nazirah sambil tersengih. tiba tiba puan kira melangkah masuk mendekati katil. nazirah terus sahaja bangun dan berlalu keluar. sempat mereka berdua berbalas senyuman.

"kila sayang". panggil puan kira sambil senyuman di bibir. syakila membalas senyuman mama nya.

"ye ma". jawab syakila. puan kira menepuk perlahan bahu anak sulungnya.

"lepas nie, syurga kila dah bertukar kepada suami kila. jadi kila harus dengar cakap suami ye nak? mama tak mau kila degil degil, tak dengar cakap, lawan cakap suami. jangan ye sayang?". kata puan kira. syakila hanya sekadar mengangguk. tidak janji ok! huhu

"ye ma, insyallah". kata syakila sambil memeluk puan kira. puan kira mengusap belakang anak sulungnya.

"pengantin lelaki tengah otw. jadi mama nak kila bersiap. ingat pesan mama, apa apa pun suami mesti didahulu kan". kata puan kira sambil berdiri. setelah itu puan kira melangkah keluar meninggalkan anak sulung nya untuk bersendirian. syakila hanya mampu menahan air mata nya daripada jatuh kerana terkenangkan nasib nya yang akan datang.

"bersabar lah duhai hati. anggap saja lah ini nasib kau. takdir kau. kau harus jalani semua nie dengan tabah. berjanji lah kau akan sentiasa bersabar. mungkin dia adalah jodoh kau". desis hati syakila. dia memerhati dirinya dihadapan cermin. akhirnya dia tersenyum.

*******

"Syed Nazdrul bin Syed Muzafar?".

"saya".

"Aku nikahkan dikau dengan anakku Syarifah Syakila binti Syed Salim dengan Mas kahwin nya sebanyak lima ribu lima ratus ringgit tunai (RM5500)".

"Aku terima Nikahnya Syarifah Syakila binti Syed Salim dengan mas kahwin sebanyak Lima ribu lima ratus ringgit tunai (RM5500)".

"sah"
"sah"
"sah"

Syakila menangis di dalam pelukan mama nya. sebak datang bertandang di dalam hati apabila mendengar lafaz nikah daripada Syed Nazdrul.

"dah jangan nangis. tu suami kamu dah datang sini". kata puan kira. syakila menyeka air matanya. dia terasa ada tangan lain yang memegang tangan nya. dia memandang wajah nazdrul yang berada di hadapan nya sekarang.

Nazdrul mengambil Cincin yang bertulis kan nama nya lalu disua ke jari manis milik syakila. setelah itu syakila menyalami tangan nazdrul. sempat syakila mengutuk dalam hati.

"tangan macam tangan perempuan". kutuk syakila dalam hati. setelah itu, syakila mengambil cintin bertulis kan nama nya iaitu 'syakila' lalu disuakan ke dalam jari manis milik nazdrul. Nazdrul mencium dahi milik syakila. syakila seperti orang yang baru terkena serangan elektrik. tidak bergerak sama sekali dek terkejut!

"kau jangan nak perasan pulak sebab aku cium dahi kau tu. tak hingin aku". kutuk nazdrul perlahan di tepi telinga syakila. cukup hanya syakila yang mendengar kata kata nazdrul. Syakila mencebikkan bibirnya. Kisah pulak aku!

"dah dah, lepas ni boleh sambung dalam bilik". usik salah satu tetamu yang hadir. syakila mendengus perlahan. Dia ralit memikirkan nasib nya yang akan datang.

Wihi dah part 5 dah gais :) hope cerita nie akan dapat sambutan juga amin. ini adalah karya saya yang ke-4 alhamdulillah. hope you guys enjoy :D ok bai love you all XoXo <3 jangan lupa vote dan comment.!!!

Cinta Untuk Encik Suami Where stories live. Discover now