CUES part 11

4.2K 173 0
                                    

Syakila melangkah keluar daripada syarikat Ahamad Holding. niatnya hendak menahan teksi untuk pulang ke rumah Mama nya untuk mengambil kereta Myvi kesayangannya. tetapi niatnya terbantut apabila melihat kereta BMW milik Nazdrul. Syakila mengeluh perlahan. apa lah mamat nie nak?. syakila melangkah mendekati kereta nazdrul.

"buat apa kau datang sini?". tanya syakila kasar. malas hendak berlembut. tiada mood nya apabila melihat wanita tadi siang bersama Nazdrul.

"lah kau tanya aku buat apa? nak ambil kau lah! hantar pergi rumah mama. kenapa?". tanya nazdrul semula. syakila mendengus geram!

"tak perlu kut rasanya! aku boleh naik teksi. kau pergi lah jumpa Girlfriend kau tu". kata syakila lalu mula melangkah pergi. Nazdrul menahan pergerakan syakila lalu memegang lengan isterinya.

"tak boleh! kau naik sekarang. ke kau nak aku jerit kat sini?". marah Nazdrul. syakila menelan air liurnya. marah sangat nampak!

"ish apa kau nie paksa paksa aku? aku tak nak lah! aku nak naik teksi je! kau tak payah nak peduli pasal aku". marah syakila. nazdrul mengetap bibir. rahangnya naik turun.

"kau jangan degil boleh tak?". tengking nazdrul. Ternaik bahu syakila dek terkejut. air matanya hampir mengalir kerana ketakutan dan terkejut serta malu kerana ditengking didepan orang ramai. banyak mata yang melihat ke arah mereka. syakila terus sahaja masuk ke dalam kereta BMW milik Nazdrul. Nazdrul pula melangkah masuk kedalam keretanya.

Sepanjang perjalan, mereka berdua hanya diam. Syakila hanya membuang pandangan nya ke luar tingkap. Nazdrul juga sama. diam tidak berkata-kata.

"kau marah aku ke?". tanya nazdrul yang tiba tiba bersuara. syakila hanya diam. nazdrul mengeluh berat.

"aku mintak maaf". kata Nazdrul. syakila masih diam. tidak membalas kata kata Nazdrul. Nazdrul mengeluh. akhirnya nazdrul diam. sehingga lah mereka berdua sampai di rumah puan Kira.

********

"ehhh kila? sejak bila sampai nie?". tanya puan kira apabila baru menyedari kehadiran anak nya di ruang tamu. syakila hanya diam.

"baru je ma, datang pun just nak ambil kereta. ok lah ma, nak gerak dah. kirim salam dekat ariana dan papa tau. bye assalammualaikum". pamit syakila dan terus sahaja mengambil kunci kereta nya yang bergantung di dinding. setelah itu dia bersalaman dengan puan kira dan terus sahaja berlalu ke kereta nya. puan kira terpinga pinga melihat kelakuan anaknya. Puan kira berjalan mendekati Nazdrul yang hanya memandang ke arah isterinya.

"kila tu kenapa rul?". tanya puan kira. nazdrul memandang mama mertua nya.

"errr entah lah ma, tiba tiba aje. ade lah kut tu yang rul buat salah". kata nazdrul berbohong. gila nak cerita hal sebenar??

"ouhh, mama pikir apa lah tadi. mood dia macam tengah hangin satu badan je". kata puan kira. nazdrul tersengih. Betul sangat ma! hangin satu badan.

"itu lah yang rul dok usha nie ma. dari tadi hangin satu badan. tak apa lah ma, rul nak gerak dulu lah. kila pun dah lama gerak dah". kata nazdrul. puan kira hanya sekadar mengangguk.

"hmmm tengok tengok kan anak mama ye rul, dia memang macam tu, cepat sangat hangin satu badan. tak boleh ada orang buat salah sikit, mula lah dia nak merajuk hangin satu badan". nazdrul hanya sekadar mengangguk dan ketawa. setelah itu, dia berlalu ke kereta nya, lalu keluar daripada perkarangan rumah mertua nya.

"haihhh kila kila! cepat nye kau merajuk. macam mana lah aku nak pujuk kau nie. susah jugak rupanya berbini nie". kata nazdrul lantas mengeluh.

Hai yawww gais :) apa khabar?? adakah anda semua sihat? haha acewahhh!! btw WOW !! Nazdrul nak pujuk kila ke? hmm kita tengok lah sendiri ye, macam mana si Nazdrul pujuk kila. hahaha ok byeeee

Cinta Untuk Encik Suami Where stories live. Discover now