PART 2 : KEHILANGAN HYUNA?!

872 83 3
                                    

"Macam mana lah aku nak minta maaf dekat Jimin? Dia dah tolong aku. Tapi, tugas aku belum selesai lagi. Eh?!!Buat apa aku teringatkan Jimin tu?!! Lagipun, buat apa aku kena ada rasa serba salah?!! Aku kan jahat! Hati kena keras!! Hal V lebih penting daripada Jimin tu!!", rintih Hyuna dalam hati.

"Ouch", Hyuna terlanggar seseorang sehingga terjatuh.

"Mianhae, mianhae.! Eh, V?", kata Hyuna.

"Oh, Hyuna. Annyeong.", kata V sambil menghulurkan tangannya.

Hyuna memaut pada lengan V lalu V menariknya agak kuat sehingga Hyuna terjatuh dalam pelukan V. Pada masa yang sama, Jimin ternampak adegan tersebut. Muka Jimin memerah menahan gelodak jiwa yang membara. Jimin terus berlalu dari situ.

"Mianhae. Saya tarik kuat sangat.", kata V.

"Gwaenchanha.", kata Hyuna.

"Jom pergi ke kantin. Saya belanja awak makan.", kata V.

"Chorong mana? Bukan biasanya dia asyik melekat dengan awak je ke?", kata Hyuna.

"Oh, tadi Chorong makan tteokbokki yang hot spicy punya. Tak tahan pedas, sebab tu sakit perut.", kata V sambil ketawa.

Mereka duduk di meja yang kosong di kantin. V membeli jjajangmyeon manakal Hyuna membeli ramyeon. Mereka makan sambil bergurau senda. Tanpa mereka sedari, seseorang sedang memandangnya.

"Padanlah dia Hyuna tak suka aku. V handsome. Lebih famous. Lebih kaya. Aku cuma ada apa? Tiada siapa yang akan jatuh cinta dekat aku.", rintih Jimin dalam hati.

"Awak ni kelakar juga kan? Tak pernah saya ketawa macam ni seumur hidup saya.", kata Hyuna.

"Banyak lagi yang saya nak cerita dekat awak. Tapi, mana sempat habis dekat sekolah. Besok cuti kita keluar berdua nak?", kata V.

"Awak ni nak ajak pergi dating, tapi cara awak cakap tak romantik la", kata Hyuna.

V yang sedang enak menjamu selera terberhenti sekita apabila mendengar perkataan 'tidak romantik'. Gentleman tu nama gelaran V. Takkan nak biarkan Hyuna anggap dia ni tak macho.

V bangun dan berlari ke taman. Hyuna terkejut melihat tingkah laku V. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, sekejap ke selatan, sekejao ke utara. Pening kepala. Macam alien. Maklumlah, V juara lari pecut peringkat negara.

"For you, princess.", ucap V dengan suara yang mampu mencairkan hati wanita.

Hyuna melihat sejambak bunga matahari yang batangnya dibaluti reben polkadot merah jambu. Cantik.

"Cuba bau.", kata V sambil menyuakan bunga tersebut ke hidung Hyuna.

"Banyak bau la. Lavender, lemon, mandarin, ros, anggur, strawberry dan banyak lagi. Macam mana bunga - bunga ni boleh ada banyak bau?",tanya Hyuna.

"Saya kutip bunga dekat kebun. Yang bau tu saya dapat dari bahan yang dikisar. Macam lemon tu saya blender, pastu airnya saya siram dekat kelopak bunga.",balas V.

"Awak buat semua ni dalam masa 7 minit je?"

"Yup!"

V ni memang alien betul la...

×××××××

"Aduh!!", Hyuna mengerang kesakitan apabila ditolah ke loker yang diperbuat daripada besi itu.

"Apa yang korang nak hah?!", jerit Hyuna.

"Kenapa kau dekat-dekat dengan V kitaorang hah?! Bukan kau dah couple dengan Jimin ke?! Blah la!!", kata Amber sambil menampar pipi Hyuna. Kuat sehingga berdarah bibir Hyuna.

"Korang memang...", Hyuna baru mahu menggunakan kuasanya, tiba-tiba Jimin datang ke arahnya lalu bardiri di hadapan Hyuna.

"Saya dah rakam apa yang korang dah buat dekat Hyuna. Kalau korang tak nak video ni sampai dekat guru disiplin, baik korang jangan buli Hyuna lagi!! V dengan Hyuna tak ada apa-apa hubungan. Hyuna dengan saya dah couple.",kata Jimin sambil memaut bahu Hyuna.

Mereka terus pergi meninggalkan Hyuna dan Jimin. Jimin mengeluarkan sapu tangannya lalu mengelap bibir Hyuna yang luka. Jimin memandang bibir Hyuna yang mungil itu. Jimin menelan air liur. Jimin memandang ke arah lain. Hyuna memandang Jimin.

"Jimin, kenapa awak selalu ada bila saya perlukan bantuan? Saya dah tengking awak. Tapi, awak tetap selamatkan saya. Waeyo?", kata Hyuna.

Jimin terus bangun ingin berlalu pergi. Hyuna memegang tangan Jimin. Jimin cuba menarik semula tangannya tetapi tangannya dipegang kuat oleh Hyuna bagsikan terkunci.

"Jawab soalan saya dulu! Jebalyo.. Jimin..", rayu Hyuna sambil menyentuh muka Jimin.

Jantung Jimin berdegup dengan pantas, hatinya tidak keruan. Bagai mahu tercabut. Pantas Jimin menepis tangan Hyuna.

"Saya hanya tolong awak kerana awak rakan sekelas saya. Sebab kalau saya tak tolong, saya juga dikira sebagai membuli!! Lagipun, selain saya, siapa lagi yang boleh tolong awk?!! Satu sekolah dah benci dekat awak!! Oh, saya lupa. V kan ada? Dia boleh tolong awak kan?! Puas?! Saya dah jawab soalan awak!",tenking Jimin.

Terkedu Hyuna. Tak sangka lelaki yang baik dan gentleman seperti Jimin ni akan tengking dia seperti ini.

"Geuraekeuna.. arasso. Saya tak kan menyusahkan awak lagi. Mianhae, Jimin.(I see.. saya tahu.)", kata Hyuna.

Jimin tersedar dia telah guriskan hati Hyuna. Tapi, dia tidak tahu mahu buat bagaimana.

Jimin masuk ke kelas semula. Di atas mejanya terdapat banyak cebisan kertas lukisan yang dilekatkan dengan pita pelekat.

"Eh, lukisan aku ni!", desis hati Jimin.

Di sebelah nya terdapat sepucuk surat. Jimin mengambil surat itu lalu membacanya.

'Annyeong, Jimin.
Mianhae, saya tak bermaksud nak rosakkan kertas lukisan awak ni. Awak dah lukis bersusah payah tapi saya senang-senang je koyakkan. Saya harap awak dapat maafkan saya.
Daripada, Hyuna.'

"Apa yang aku dah buat ni?! Aku kena cari Hyuna!", ucap Jimin dalam hati.

"Hey, chingu. Kenapa gelisah sangat ni?", kata V.

"Aku kena minta maaf dekat Hyuna la. Aku tengking dia tadi.", kata Jimin.

"Kau tengking dia? OH MY GOD.. kau ni kan, memang tak kenal perempuan kan? Mari aku temankan kau.", pelawa V.

"Tapi V, awak dah janji nak ajar saya English ni. Hari ni saya kena hantar. Kalau tak nanti Mr. Taek Woon denda.", kata Chorong.

"Gwaenchanha, V. Ajarlah Chorong tu. Kesian dia. Aku pegi sendiri pun takpe.",kata Jimin.

Jimin berlari ke sana sini mencari Hyuna, tetapi tidak jumpa juga. Baju Jimin sudah basah kerana berpeluh. Jimin pergi ke tandas lalu membuka bajunya menampakkan abs nya. Jimin membasuh mukanya lalu memandang cermin.

"Aku kena cari Hyuna sampai jumpa! Maafkan aku Hyuna. Aku memang pengecut kerana tak beritahu perasaan aku yang sebenarnya dekat kau.. "

Jimin melangkah keluar dari bilik air lalu pergi ke loker. Tiba-tiba, Jimin ternampak...

"Eh.. itu.. itu!", kata Jimin.

"Kasut Hyuna!!"

~To be continue~

 ANGEL OR DEVIL | ✔Where stories live. Discover now