Apabila Hyuna tersedar daripada pukauan Jimin, Hyuna terus menolak Jimin sehingga Jimin terduduk. Hyuna berlari keluar daripada kelas yang sunyi kerana terpagun dengan babak romantis tadi.
Jimin menyentuh bibirnya yang bersentuhan dengan Hyuna tadi. Hangat dan lembut. Jimin tersenyum.
V hanya mampu menahan api cemburu di dalam hati. V mengambil sehelai kertas A4 lalu mengoyakkannya dengan ganas menggunakan gigi. Tak dapat gigit Jimin yang macam miang tu, kertas pun jadilah...
*****
Di tandas.
Hyuna menyentuh dadanya. Jantung Hyuna berdegup pantas seperti kilat. Dia menyentuh bibirnya sambil memejamkan matanya. Dia teringat kembali adegan dia dengan Jimin. Dadanya terasa sesak.
Tiba-tiba, Ketua Devil muncul daripada cermin betul2 di hadapan Hyuna. Hyuna terkejut.
"Kau dah buat apa yang aku suruh?", soal Ketua Devil.
"Aniyo..", jawab Hyuna sambil kepalanya tertunduk takut.
"Argh!! Kau tak lulus ujian ni!! Kau tak layak jadi devil. Aku nak bunuh kau!!", marah Ketua Devil lalu mengejar Hyuna yang sudah berlari keluar daripada tandas.
Hyuna berlari sekuat hati. Hyuna asyik memandang belakang untuk melihat Ketua Devil masih mengejarnya atau tak. Hyuna terlanggar seseorang.
"Chorong? Chorong, jebal dowajuseyo!! (Please help me)", kata Hyuna.
Chorong menolak Hyuna.
"Jangan sentuh aku dengan tangan kau yang kotor tu!", kata Chorong.
"Cho... cho... Chorong?", kata Hyuna.
"Buat apa aku nak tolong kau kalau aku pun nak bunuh kau?", kata Chorong.
Ketua Devil berdiri di belakang Hyuna. Hyuna memusingkan badannya menghadap Ketua Devil.
Chorong berdiri di sebelah Ketua Devil. Tiba-tiba, di sekeliling Chorong muncul kabus ungu hitam menutupi seluruh tubuh Chorong lalu lesap. Hyuna terkejut melihat Chorong. Chorong bertukar menjadi DEVIL!!!
Chorong mendekati Hyuna. Hyuna menjerit sehinggakan V dan Jimin terdengar jeritan Hyuna. Pantas V dan Jimin berlari mendapatkan Hyuna. Mereka terkejut melihat Chorong.
"Aku sekarang menjadi orang suruhan Ketua devil! Jigeum (now), aku lebih berkuasa!", kata Chorong.
"Chorong lebih bagus daripada kau, Hyuna! Sevab tu aku pilih Chorong untuk gantikan tempat kau!", kata Ketua Devil.
"Tapi, awak kan angel? Kenapa awak..", kata Hyuna.
"Argh!! Apa je yang aku dapat kalau aku jadi angel?! Kau tengok!! Aku jadi angel pun ada V suka aku?! Xde kan? V benci aku!! V tetap pilih devil macam kau ni!! Sebab tu aku terfikir, alangkah bagusnya jadi devil! Aku rasa lebih seronok!!", kata Chorong.
"Chorong, saya tak kata yang saya benci awak.. Saya cuma anggap awak chingu saya je...", kata V.
"Pergi matilah chingu kau tu!! Aku tak nak jadi chingu kau!! Aku nak jadi yeoja chingu kau, V!!", jerit Chorong.
Chorong menarik tangan Jimin. Dengan kuasa Chorong, Jimin bagaikan terperangkap di dalam kaca. Jimin tak boleh lepaskan diri.
"Kau dah buat aku gila, Hyuna!! Kau yang buat aku macam ni!! Jigeum, aku nak kau pulak rasa apa aku rasa!! Kau takkan dapat jumpa Jimin lagi lepas ni!!", kata Chorong sambil ketawa mengilai.
Dengan sekelip mata, Ketua Devil, Chorong dan Jimin hilang daripada pandangan.
~To be continue~
YOU ARE READING
ANGEL OR DEVIL | ✔
Mystery / ThrillerMengisahkan tentang Hyuna, seorang devil yang ditugaskan untuk membawa malang kepada V. Hyuna ingin melaksanakan tugasnya namun dihalang oleh Chorong iaitu seorang angel yang ditugaskan untuk melindungi V daripada ancaman Hyuna. Mangsa iaitu V, iala...