PART 3 : RAHSIA HYUNA TERUNGKAI!

729 78 0
                                    


Jimin terus mengambil kasut tersebut. Jimin mencari kelibat Hyuna tetapi masih tidak ketemu. Jimin terus berlari ke dalam kelas lalu memberitahu V.

"V, aku jumpa kasut Hyuna. Tapi, Hyuna takde. Eotteohkeji? (Macam mana ni)?", resah Jimin.

"Jinjjia? Apa kata kita buat laporan polis?", balas V.

"Tak perlulah. Hyuna sekarang berada di kayang...Oops, maksud saya dengan keluarga dia. Besok dia akan datang sekolah.", kata Chorong.

"Betul ke? Kalau macam tu, kita tunggu sampai besok", kata Jimin.

"Ke manalah awak pergi, Hyuna...", desis hati V.

******

Di kayangan sebelah barat.

"Ah!! Apayo!! Ergh!! Apa!!", jerit Hyuna.

"Kau memang lembab! Aku suruh kau kacau hidup V tapi apa yang kau buat?!! Kau boleh pulak berkawan dengan dia!! Paboya!!", marah Ketua Devil.

Dua ekor devil terus memukul tubuh Hyuna.

"Joesonghabnida, Ketua Devil. Apayo!! Jebalyo! Jangan pukul lagi!! Sakit!!", rintih Hyuna.

"Berhenti!", kata Ketua Devil. Devil - devil itu terus berhenti memukul Hyuna.

"Aku akan bagi kau satu peluang lagi. Sebab kau anak kepada bekas laksamana aku. Tapi, kali ni aku tak mempercayai kau 100%. Jadi, aku akan masukkan cecair kejahatan ni di dalam tubuh kau. Dengan ini, kau akan menjadi lebih jahat berbanding sebelumnya!", kata Ketua Devil lalu memasukkan cecair tersebut ke dalam mulut Hyuna.

Terbatuk-batuk Hyuna menahan sakit di lorong tekaknya. Cecair itu sungguh pekat, berbau hanyir dan seperti menyengat organ-organ dalaman Hyuna. Mata Hyuna bertukar kepada warna ungu lalu kepada asalnya semula. Hyuna menayangkan senyuman yang menyeramkan.

*******

"Hyuna, akhirnya awak datang ke sekolah!", kata Jimin dan V serentak.

"Hyuna, kenapa ni?", kata Jimin sambil menyentuh bahu Hyuna.

Hyuna menolak tubuh badan Jimin sehingga kepalanya terhantuk di bucu meja. Jimin pengsan.Semua terkejut melihat Hyuna yang seperti dirasuk itu. Hyuna menghampiri V. V berundur ke belakang.

Hyuna mencekik leher V sehingga kaki V tidak menyentuh lantai. V menahan sesak nafasnya.

"Mulai hari ni, aku akan rosakkan hidup kau. Bersedialah, V!", kata Hyuna lalu melepaskan leher V.

V terjatuh lalu terbatuk-batuk sambil memegang lehernya yang sakit. Hyuna memegang kolar V.

"Hyuna, apa yang awak buat ni?!", jerit Chorong.

"Kau!! Jangan masuk campur! Ni tugas aku!", jerit Hyuna sambil menggunakan kuasanya kepada Chorong. Chorong jetuh terduduk.

"Apayo.. Awak ni.. Dah terminum air kejahatan tu ke? Awak dah bukan seperti yang saya kenal!Sejahat-jahat awak, awak tidak akan berbuat sebegini!", kata Chorong.

"Kau jangan nak berlagak seperti kau kenal aku sangat!! Aku ni devil!! Aku ni jahat!! Bukan seperti kau! Kau angel!! Sekarang jugak aku nak belasah V!!", jerit Hyuna.

"Saya tak benarkan!", kata Chorong lalu menggunakan kuasanya untuk menghalang Hyuna. Hyuna menjerit kesakitan. Hyuna memuntahkan kembali air kejahatan tersebut. Hyuna rebah namun sempat disambut oleh V. V mendukung Hyuna.

"Awak nak pergi mana V?", tanya Chorong.

"Saya nak hantar Hyuna ke bilik kesihatan. Suga, Rap Mon, tolong angkat Jimin. Bawa dia ke bilik kesihatan juga.", arah V.

"Tapi, Hyuna dah cederakan awak. Dan, Hyuna tu sebenarnya devil! Dia ditugaskan untuk mengganggu awak.", kata Chorong.

"Tapi, saya yakin Hyuna tak berniat nak cederakan sesiapa. Dia yang kena rasuk. Hyuna mempunyai hati yang lembut. Mungkin lebih lembut berbanding awsk yang asyik merendahkan Hyuna.", kata V lalu pergi.

Chorong terdiam. Dia menggigit bibirnya menahan marah.

"Saya yang tolong V, saya pula yang kena herdik!", desis hati Chorong.

*******

"Urgh.. dekat mana ni?", tanya Hyuna selepas tersedar daripada pengsan.

"Awak dekat bilik kesihatan. Awak ok?", V membantu Hyuna untuk bangun.

"Ne. Apa yang.. saya lakukan tadi?", kata Hyuna.

"Awak kena rasuk rasanya tadi.", kata V.

Hyuna cuba untuk recall balik mindanya tentang kejadian tadi. Baru dia teringat yang dia tercederakan Jimin.

"Jimin!! V, mana Jimin?Saya tertolak dia kan? Macam mana dengan dia?",kata Hyuna.

"Dia ok. Dia ada dekat bilik sebelah.", kata V.

Hyuna terus bangun untuk pergi berjumpa dengan Jimin.

V menghalangnya. V risau kerana Hyuna baru tersedar dan perlu berehat. Tetapi, Hyuna tetap berdegil.

"Kau suka Jimin ke Hyuna? Mestilah Hyuna suka.. Jimin tu baik orangnya.",desis hati V.

******

"Jimin.. awak ok?", tanya Hyuna.

Kepala jimin berbalut. Jimin nampak agak lemah. Serba salah Hyuna rasa.

"Ne. Awak ok ke?", kata Jimin.

"Saya ok. Mianhae, saya dah cederakan awak..",kata Hyuna.

"Gwaenchanha. Saya takde apa2. Bukan awak yang cederakan saya. Roh jahat tu yang kawal awak.", kata Jimin sambil menyuruh Hyuna duduk di sebelahnya.

"Awak tak takutkan saya? Awak tahu kan saya bukannya manusia? Saya ni.. devil, jahat.. merbahaya.,"kata Hyuna.

"Ara. Tapi, bagi saya awak baik. Kalau tak, kenapa awak boleh minta maaf?", kata Jimin lalu menyentuh tangan Hyuna.

Hyuna tersenyum memandang Jimin.

"Tiba-tiba rasa macam nak makan buah epal pulak.", kata Jimin.

"Ni ada epal yang dah dikupas. Nah.", kata Hyuna sambil memberi pinggan berisi epal itu kepada Jimin.

"Saya nak awak suapkan. Aahh..", kata Jimin sambil mengangakan mulutnya. Aigoo, kyeopta. (Alahai, comelnya).

Hyuna menyuapkan epal itu kepada jimin. Jimin memegang tangan Hyuna lalu memeluknya. Hyuna terkejut.

"Apa yang awak..", kata Hyuna.

"Sekejap je. Saya sejuklah..", kata Jimin manja sambil melentokkan kepalanya ke bahu Hyuna.

"Erm, harumnya. Bau bunga sakura.",puji Jimin dalam hati.

V yang menonton babak romantis sejak dari tadi menumbuk dinding. Tangannya sedikit luka. Sakit sangat! Bukan tangannya, tapi hatinya.

Chorong meluru ke arah V. Dia melihat tangan V yang luka, lalu membaluti tangan V.

"Janganlah tumbuk dinding tu..", kata Chorong.

V menepis tangan Chorong.

"Ni tak boleh jadi ni. Saya mesti lakukan sesuatu! ", desis hati Chorong.

Chorong tersenyum apabila mendapat idea. Idea terbaik dari ladang!

~To Be Continue~

 ANGEL OR DEVIL | ✔Where stories live. Discover now