PART 4 : Wae dengan V?!

729 75 10
                                    

"Hyuna, boleh saya bercakap dengan awak sekejap?", tanya Chorong.

"Apa dia?", kata Hyuna. Malas nak layan.

"Saya dapat tau daripada Ketua Angel, yang Ketua Devil akan menghantar devil lain untuk gantikan awak. Sebab awak tak berjaya lakukan tugas awak. Mungkin juga V akan dibunuh.", kata Chorong.

"Mwo?! Jinjjia?! Kalau macam tu... aku kena cepat-cepat ganggu hidup V. Tapi, kau mesti halang aku.", kata Hyuna.

"Kali ni saya akan biarkan awak. Tapi, lain kali saya tak akan bagi awak sentuh V. Ok?", kata Chorong.

"Erm... Gomawo ye. Aku tak nak jadi macam hari tu. Tanpa sedar cederakan orang lain. Aku nak dalam keadaan yang waras, jadi aku takkan melampau sangat.", kata Hyuna lalu pergi meninggalkan Chorong.

"Pabo juga ye si Hyuna tu? Boleh dia percaya cakap aku? Lepas ni, aku akan laksanakan strategi yang seterusnya. V akan membenci Hyuna. Ouh, kalau Jimin sekali mungkin lagi daebak? Hahaha!!",kata Chorong sambil ketawa.

*******

Suasana di kelas menjadi bising apabila V melangkah masuk ke dalam kelas. Muka V pucat dan seluruh badannya basah lecun sehingga menampakkan abs nya yang berketul-ketul itu. Bau badannya busuk sehinggakan ramai yang menutup hidung mereka kerana tidak tahan baunya.Chorong terus meluru ke arah V.

"Awak kena ganti baju ni V. Kalau tak nanti awak demam. Gaja.", kata Chorong sambil menarik tangan V.

"Teruk sangat ke apa yang aku buat ni? Aku cuma buat anjing liar tu kejar V je. Tapi, kenapa sampai basah lecun? Bau longkang pulak tu.", desis hati Hyuna.

******

V membuka pakaiannya dan mandu di tandas sekolah. Setelah wangi, V memakai pakaian yang baru yang diberi Chorong. V mengeringkan rambutnya menggunakan tuala. Rambut V yang serabai kelihatan sungguh mengghairahkan. (Omo!! Jinjjia seksi!! Tergoda semua wanita.)

"V, untuk pengetahuan awak, yang buat awak jadi macam ni ialah Hyuna. Awak tahu kan tugas dia ganggu hidup awak?", kata Chorong.

V berhenti mengelap rambutnya. Dia memandang Chorong.

"Saya tahu tu. Tapi, ni takdelah seteruk mana. Saya boleh bertahan. Hyuna tu baik.", kata V lalu bangun meninggalkan Chorong bersendirian.

"Sumpah ya! Aku tak tau apa yang V fikir! Aku dah tambahkan kesengsaraan kau supaya kau membenci Hyuna! Apa je yang ada dekat Hyuna tu?! Angel kan cantik! Bukan macam devil!! Aku memang tak puas hati!! V tu aku punya!! Aku punya seorang!!", marah Chorong sambil menendang tong sampah di sebelahnya.

Habis sampah berteraburan. Chorong mendapat satu lagi idea. Harap kali ni berjaya!

*******

"Hyuna, Jimin nak jumpa awak dekat library.", kata Chorong.

"Oh, ok.", balas Hyuna.

"Jimin, Hyuna nak jumpa awak dekat library.", kata Chorong.

"Ok, gomawo Chorong", balas Jimin.

Hyuna duduk di meja yang kosong. Hyuna mengetuk-ngetuk perlahan meja sambil menunggu Jimin.

SPLASH!!!

Hyuna memandang ke arah bunyi itu. Terkedu Hyuna. Jimin disimbahi dengan sampah-sampah sisa makanan yang sudah basi. Ramai yang termuntah berhampiran dengan Jimin. Jimin ingin berlalu pergi tapi tangannya ditarik lembut oleh Hyuna. Jimin memandang Hyuna.

"Jimin, bau nak bukan senang nak hilang. Mari saya tolong awak.", kata Hyuna.

"Eh, Hyuna. Jangan pegang tangan saya lah. Busuk! Nanti bau ni melekat dekat tangan awak pulak.", kata Jimin sambil cuba melonggarkan pegangan Hyuna.

Hyuna mengeratkan lagi pegangannya. Hyuna memandang Jimin.

"Gwaenchanha.. saya tak sampai hati nak biarkan awak sorang.",kata Hyuna.

Hati Jimin bagaikan tersentuh mendengarnya. Jimin memegang erat tangan Hyuna sambil tersenyum. Pada masa yang sama, dua orang sedang memerhatikan mereka. V dan Chorong. V menendang rak buku di sebelahnya.

"Peraturan nombor 28, Dilarang melakukan keganasan di sini!", kata pustawan tersebut.

V hanya mendengus marah. Chorong tersenyum melihat tingkah V. Alien marah pun tetap nampak comel! Chorong tahu rancangannya sudah mula menunjukkan kesan positif.

*******

"Hyuna, saya nak cakap sesuatu dengan awak!", kata V.

"Ehh, tapi saya dengan Jimin nak...", kata Hyuna.

"Sekarang juga ikut saya!!", arah V.

V menarik tangan Hyuna dengan agak kuat. Hampir tersungkur Hyuna dibuatnya.

"Wehh, V. Janganlah kasar-kasar. Kan Hyuna ni yeoja.", kata Jimin.

"Kau senyap!", marah V.

******

V menolak Hyuna ke dinding lalu v mendekatkan wajahnya ke wajah Hyuna. Hyuna terkedu. Mukanya sudah membahang.

"Tolong jawab soalan saya ni. Awak sukakan Jimin?", tanya V.

"Jimin? Dia chingu saya je la", balas Hyuna.

"Awak ada perasaan apa-apa tak bila dekat dengan saya?", tanya V.

"Hah? Err.. apa maksud awak?", kata Hyuna.

V menarik tangan Hyuna ke dadanya. Dup! Dap!Dup!Dap! Kuat bunyi degupan jantung V.

"Pernah tak awak rasa macam apa yang saya rasa ni?", kata V.

"V, awak ni dah kenapa? Kita ni chingu je lah. Lagipun, saya ni kan devil, awak tu manusia. Awak ingat senang ke?", kata Hyuna.

"Jadi, kalau saya ni bukan manusia, baru awak nak terima saya lah?", tanya V.

"Bu...bukan.. ta.. tapi..", kata-kata Hyuna terbehenti apabila V mengeluarkan api di telapak tangannya lalu dihalakan ke sehelai kertas di dinding.

Sekejap sahaja kertas itu hangus terbakar.

"Awak.. awak.. ni.. apa?", terketar-ketar Hyuna.

"Saya separuh devil, separuh angel. Sebab tak dapat tentukan saya ni lebih kepada devil atau angel, saya turun ke dunia manusia dan menjadi seperti manusia biasa.", balas V.

Hyuna menolak tubuh V. Hyuna terketar-ketar memandang V. Kuasa alien V! Kuasa V sangat kuat sehingga Hyuna boleh terasa renjatan kuasa V kepadanya.

"Hyuna? Awak ok ke? Eotteohke? Saya terkeluarkan kuasa aura pada awak!", kata V.

Hyuna hampir rebah. Mujur Jimin berada di belakang Hyuna. Hyuna diangkat. Kepala Hyuna terlentok di bidang dada Jimin. Chorong masih terkejut dengan tindakan V tadi. V hanya memandang Jimin membawa Hyuna pergi.

"Waeyo, V? Kenapa tak beritahu saya tentang hal ni?", tanya Chorong.

"Sebab.. perkara ni perit!! Terlampau perit untuk ceritakan hal ni kepada orang lain. Saya memendam rasa ni seorang sahaja. Awak tak akan faham.", kata V sambil menangis.

Chorong menjadi serba salah. Mungkin dia tak patut tanya soalan tu kepada V. Chorong pun berlalu pergi. V terduduk lalu menangis semahu-mahunya. Dalam masa yang sama, V teringat sejarah keluarganya dahulu. Tragedi hitam yang masih segar di ingatan.

~To be continue~

 ANGEL OR DEVIL | ✔Where stories live. Discover now