PART 5 : REWIND

665 71 0
                                    

Kembali ke 19 tahun yang lalu..

~Pada masa ini Ketua Devil ialah Puteri Devil, Ketua Angel ialah Putera Angel~

"Akapta (sayang), janji ye kita akan bersama sampai bila-bila?", tanya Puteri Devil.

"Yaksok (janji).", balas Putera Angel.

Mereka berdua berpelukkan. Tiba-tiba, Moyang Devil dan Moyang Angel datang menghadap mereka.

"Puteri Devil, kau tahu peraturan alam?! Devil dan Angel tidak boleh bersama!!", marah Moyang Devil.

"Apa yang kamu buat, Putera Angel? Kamu kecewakan kaum kami!", kata Moyang Angel.

"Bawa mereka ke dewan penghakiman!", arah Moyang Devil dan Moyang Angel.

Dewan penghakiman terletak diantara kayangan barat dan timur. Tempat itu untuk memberi tindakan kepada Devil atau Angel yang melanggar peraturan alam. Mereka semua menghadap Raja AnVil (Angel + Devil), iaitu raja diantara dua kayangan tersebut.

"Kamu berdua tahu apa kesalahan yang kamu lakukan?", tanya Raja AnVil.

"Tapi, kami berdua saling mencintai!", kata Putera Angel.

"Mengikut peraturan, Angel bersama devil atau sebaliknya adalah tidak layak untuk menduduki takhta.", kata Raja AnVil.

"Tapi, saya.. saya.. mengandungkan anak Putera Angel!", kata Puteri Devil.

"Ini satu kesalahan yang berat! Kamu berdua patut dihukum bunuh! Tapi, oleh kerana kamu berdua orang yang terpenting di kayangan masing-masing, saya akan maafkan kalian. Tapi, kandungan itu perlu berpindah ke Angel lain!", kata Raja AnVil.

"Wae?! Ni anak saya! Kenapa perlu bagi kepada orang lain?!", kata Puteri Devil.

"Dalam peraturan, Angel perlu diutamakan!",tegas Raja AnVil.

"Aniyo!! Tak boleh!! Lepas lah!!", jerit Puteri Devil.

Raja AnVil menyentuh perut puteri Devil untuk mengeluarkan janin tersebut. Lalu, janin itu dimasukkan ke dalam perut Angel yang lain. Perut Devil yang membuyut itu menjadi kempis.

"Aniyo!! V!!", jerit Puteri Devil.

"Korang kejam!! Mulai sekarang, keturunan Devil dan Angel akan berpecah!! Dan, kau!! Putera Angel!! Nan niga shireoyo!! (Aku benci kau). ",jerit Puteri Devil.

Selepas V dilahirkan, Raja AnVil mendapat tahu bahawa V ialah kacukan Angel dan Devil. Tidak diketahui V lebih kepada Angel atau Devil. Akan tetapi, kuasa V sangat kuat. Mungkin boleh menghancurkan kedua-dua kayangan. Maka, Raja AnVil membuat keputusan untuk menurunkan V ke dunia manusia apabila berumur 10 tahun.

********

V termenung mengingati kembali masa silamnya. Dia terasa bagaikan dia dibuang. Tidak penting. Oleh itu, V memilih untuk menjadi manusia biasa sahaja.

"V..", kata Chorong.

V memandang Chorong yang duduk di sebelahnya.

"Saya tahu mesti awak sedih sangat. Tapi, awak kena tahu yang saya sukakan awak. Setakat Hyuna tu, saya lagi yeppeo (cantik) kan? Peraturan di kayangan, Angel boleh bersama dengan manusia.", kata Chorong sambil menyentuh tangan V.

V menarik semula tangannya.

"Awak tahu tak, satu perangai awak yang paling saya benci ialah awak suka merendahkan Hyuna! Awak tak ikhlas, Chorong! Awak cuma cemburu dekat Hyuna je! Sekarang saya pelik. Awak ke Hyuna yang devil?", kata V.

"V, saya cuma nak tolong awak je! Saya tau awak suka Hyuna! Tapi Hyuna sukakan Jimin! Awak tahu kan, Hyuna tolong Jimin masa Jimin kena sampah2 tu. Masa awak bau longkang, ada dia nak tolong awak? Takde kan? Memang terbukti la kan?", kata Chorong.

Apabila melihat V hanya mendiamkan diri, Chorong meneruskan cerita.

"Untuk pengetahuan awak, kuasa awak adalah lebih hebat daripada devil atau angel. Jadi, kalau awak berada dekat dengan Hyuna, awak akan cederakan Hyuna. Sebab, bila awak tidak menentu, kuasa awak susah untuk kawal!", terang Chorong.

V memikirkan kata2 Chorong tadi. V menjadi gelisah. Dia tidak mahu mencederakan orang yang dia sayang.

"Aku tak mahu Hyuna cedera sebab aku! Tapi, aku pun tak nak jauh daripada Hyuna. Keselamatan Hyuna lebih penting! Aku boleh perhatikan Hyuna dari jauh. Hurm, mungkin jodoh Hyuna dengan Jimin...", rintih hati V.

*******

Setiap hari apabila V bertembung dengan Hyuna, V akan pergi menjauhkan diri. Hyuna nak berjumpa dengan V pun payah. V pandai menyorok. Macam alien.
"V.. boleh saya bercakap sekejap dengan awak?", kata Hyuna.

Sekejap tengok dekat kiri. Sekejap dekat kanan. Hari ni, Hyuna datang ke sekolah secara senyap2.

"Hahh, jumpa pun V", kata Hyuna dalam hati.

"Hyuna tak datang ke Jimin?", tanya V.

"Tak kot. Tak nampak Hyuna pun dari tadi.", balas Jimin.

V menghela nafas lega.

"Bwahh!!", jerkah Hyuna sambil memegang bahu V.

"Eomma!! Kkamjakkiya!!(Mak, terkejut aku), latah V.

Terpelanting pen V sehingga terkena dahi Jimin.

"Apa!", kata Jimin.

V ingin melarikan diri tetapi Hyuna menggenggam bahu V dengan kuat.

"Ahh, ahh!! Sakitlah, Hyuna!", rintih V sambil mengerutkan mukanya.

"Hei, lepaskan V lah!", marah Chorong.

"Mianhae, tapi kalau saya tak buat macam ni V akan larikan diri lagi. Saya nak tanya, kenapa awak jauhkan diri daripada saya? Apa salah saya?", kata Hyuna.

"Aniyo, awak tak salah. Saya yang salah sebab buat awak pengsan hari tu. Saya tak nak awak cedera lagi. Sebab tu saya tak nak dekati awak.", kata V.

"V, perkara tu tak disengajakan. Lagipun, hal tu saya tak kisah pun. Tak kisah la awak manusia ke, devil ke, angel ke.. saya tetap terima awak seadanya.", kata Hyuna sambil menepuk lembut pipi V.

V tersenyum girang. Akhirnya V terlepas daripada seksaan ni. Selama ni V berasa seksa apabila berjauhan dengan Hyuna. Tiba-tiba, Hyuna mengeluarkan api kecil kearah punggung V.

"Ahh, ahh!! Aduh! Panaslah!", kata V sambil mengipas - ngipas seluarnya di bahagian punggung yang terbakar sedikit sahaja.

"Hihi, baru saya maafkan awak.", kata Hyuna sambil mengeyitkan matanya.

"Oh, nakal ye?", kata V sambil menuju ke arah Hyuna.

Hyuna berlari ke kiri ke kanan. V mengejarnya. Jimin dan Chorong sedang menahan api cemburu melihat adegan seperti Bollywood itu. Kaki Hyuna terlanggar kaki meja menyebabkan Hyuna hampir terjatuh. Jimin pantas bangun untuk menangkap Hyuna tetapi Jimin hilang imbangan.

Kini Jimin berada di atas Hyuna di atas lantai. Mereka berdua terkedu. Jimin memandang mata Hyuna tanpa berkelip. Hyuna tersedar lalu menyuruh Jimin untuk bangun. Jimin ingin bangun tetapi tangannya tergelincir menyebabkan bibir Jimin dan bibir Hyuna tersentuh. Jimin dan Hyuna terpaku.

V bagaikan mahu meletop melihatnya. Matanya sudah merah. Hatinya seudah terbakar. Kejap je boleh hangus jadi abu. Chorong hanya mampu menepuk tangan dalam hati. Suka melihat V begitu. Berani Chorong tepuk tangan depan V? Nanti kena macam Hyuna hari tu, tak ke niaya?

~To be continue~

 ANGEL OR DEVIL | ✔Where stories live. Discover now