PART 9 : JIMIN.. JIMIN? JIMIN!!!

625 67 0
                                    

Chorong berhenti memukul Jimin apabila terdengar jeritan Hyuna. Jimin dan Chorong memandang Hyuna. Hyuna cuba untuk pergi mendapatkan Jimin, tapi tangannya telah digari dengan kuat. Hyuna menarik-narik tangannya kuat tapi tak berjaya jugak.

Jimin terbaring. Jimin ingin bangun tapi dia tidak kuat. Jimin kelihatan sangat teruk dan tidak bermaya. Jimin ingin memanggil nama Hyuna, tapi mulutnya bagaikan tiada suara untuk berkata-kata.

"Hyuna..", kata Jimin di dalam hati.

Jimin cuba mengeluarkan suaranya. Dia menjerit sekuat hati.

"Hyuna!!", jerit Jimin lemah.

Hyuna yang terdengar jeritan Jimin bagaikan mendapat kekuatan lalu Hyuna menarik tangannya kuat sehingga gari itu terputus. Hyuna terus berlari ke arah Jimin. Tapi, di sekeliling Jimin seperti ada pelindung kaca lutsinar yang berkuasa. Hyuna mengetuk-ngetuk pelindung itu. Tiba-tiba, pelindung itu mengeluarkan elektrik kepada Hyuna.

Hyuna jatuh terduduk sambil memegang tangannya yang sakit kerana renjatan elektrik tersebut. Hyuna tidak dapat mendekati Jimin. Hyuna cuba sekali lagi. Masih tidak boleh! Hyuna mencuba berkali-kali namun masih juga tidak berjaya. Tangannya sudah luka dan mengeluarkan darah.

******

"Aku sukakan kau,V! Tapi, kau tak pernah menerima cinta aku!! Dan kau takkan pernah cintakan aku!! Daripada jadi angel yang lemah lembut tak bertindak apa-apa, baik aku jadi macam ni!! Baru berbaloi!! Kalau aku tak dapatkan kau, orang lain pun tak boleh!!", jerit Chorong.

Chorong mencekik leher V. V memegang tangan Chorong lalu menolak Chorong jauh daripadanya. V menyentuh lehernya yang berubah menjadi merah kerana Chorong.

*******

Jimin hanya mampu memandang Hyuna yang berusaha bersungguh-sunggu demi menyelamatkannya. Jimin menangis. Air matanya deras mengalir. Jimin memejamkan matanya. Dia tidak sanggup melihat Hyuna cedera disebabkan dia.

"Hyuna, ke tepi.", arah V sambil menolak Hyuna lembut.

V mengeluarkan api di tangannya lalu menyentuh pelindung itu. Sekelip mata sahaja pelindung itu hancur berkecai. Hyuna berlari mendapatkan Jimin. Chorong menghalakan kuasanya kepada Hyuna.

"Hyuna!!!", jerit V.

Hyuna memejamkan matanya.

"Eh, kenapa tak rasa apa-apa?", tanya Hyuna dalam hati.

Selepas 5 saat, Hyuna membuka matanya kembali. Alangkah terkejutnya V dan Hyuna apabila melihat Jimin berdiri menyelamatkan Hyuna. Jimin terus rebah. Hyuna memeluk Jimin.

"Jimin.. Jimin!!", panggil Hyuna.

"Hyuna...", kata Jimin.

"Jimin, awak ok tak? Wae awak selamatkan saya? Badan awak lemah! Saya..saya boleh lindungi diri sendiri!", kata Hyuna sambil menangis. Laju air matanya mengalir membasahi baju Jimin.

"Hyuna.. saya.. saya nak cakap.. sesuatu.. dekat awak.. Boleh..dekat.. sikit tak?", kata Jimin.

Hyuna mendekatkan telinganya ke mulut Jimin.

"Sejak.. kali pertama lagi...saya dah jatuh cinta.. dengan awak Hyuna.. Semoga awak.. bahagia dengan..V.. Mungkin.. takdir itu.. milik awak dan V..", kata Jimin sambil menyentuh wajah Hyuna.

Jimin mengesat air mata Hyuna yang tidak berhenti-henti menangis. Sebanyak mana pun Jimin kesat, air mata itu tetap mengalir.

Jimin mencium pipi Hyuna. Agak lama. Hyuna membiarkan sahaja Jimin berbuat demikian. V yang dari tadi berdiri di tepi Hyuna berasa cemburu tapi ditahan. Tak patut dia cemburu time macam ni.

"Mianhae, Hyuna.. saya perlu.. pergi..", kata Jimin lalu tangannya yang menyentuh wajah Hyuna terjatuh.

Hyuna menggongcang tubuh Jimin. Jimin tidak bergerak. Hyuna berasa takut. Hyuna terus menggongcang tubuh Jimin.

"Jimin!! Jimin!! Janganlah main-main!! Jimin!!", jerit Hyuna.

V mencari nadi Jimin. V hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Aniyo..aniyo!! Jimin tak mungkin mati!! Aniyo!! Jimin!!", jerit Hyuna.

~To be continue~

 ANGEL OR DEVIL | ✔Where stories live. Discover now