"Jimin... Jimin!! Bangunlah!!", jerit Hyuna sambil menepuk pipi Jimin beberapa kali.
Hyuna memeluk Jimin erat. Jimin tidak memberikan sebarang reaksi. Hyuna menangis di dada Jimin.
******
Chorong dan V saling membalas kuasa. Serangan Chorong terkena di bahagian bahu V menyebabkan bahu V berdarah. V memegang bahunya yang sakit.
"Argh..", rintih V.
"Ah.. gwaenchanha?", tanya Chorong lalu menghentikan serangannya.
V terus mengenakan kuasanya kepada Chorong menyebabkan Chorong terpelanting lalu pengsan. V mengeluarkan api di tangannya namun dia mematikan semula api itu. V tak sanggup untuk membunuh Chorong walaupun Chorong menjadi devil.
V terus berlari ke arah Hyuna dan Jimin. Ketua Devil menghalang V daripada mendekati mereka.
"Kau V... Kau telah merosakkan anggota-anggota Devil aku! Kau akan terima balasannya!", jerit Ketua Devil.
"Ni eomma V kan? Ni V, eomma. Tak kan eomma tak kenal V?", tanya V.
"Argh!! Jangan panggil aku eomma!! Aku bukan eomma kau!! Kau bukan anak aku lagi!! Kau anak Ketua Angel!!", jerit Ketua Devil.
"Tapi eomma yang mengandungkan V!", kata V.
"Tapi Pemaisuri Angel yang rampas kau dari aku!! Dia yang lahirkan kau!! Bukannya aku!!", marah Ketua Devil.
"Eomma, V ni tak penting ke pada eomma? Sanggup eomma buat V macam ni? V ni memang anak yang tak berguna kan?", tanya V.
"Sudah!! Jangan panggil lagi aku eomma!! Aku tak suka!! Aku akan bunuh kau sebab kau keturunan angel!!", jerit Ketua Devil.
"Benci sangat ke eomma pada V?! V buat salah apa sampai eomma tak nak terima V?!", jerit V.
"Argh!! Diamlah!!", marah Ketua Devil lalu menyerang V.
V tidak membalas serangan Ketua Devil. V menahan rasa sakit fizikalnya. Sakit mentalnya lagi sakit. Sanggup eommanya sendiri memukul V.
"V takkan lawan eomma. Setelah 18 tahun V mencari eomma, akhirnya V jumpa jugak. V sayangkan eomma..", kata V.
Ketua Devil terus menendang perut V dengan kuat. V jatuh tersungkur. V memegang perutnya sambil mengerang kesakitan. Ketua Devil menuju ke arah Jimin dan Hyuna.
"Hyuna!!", jerit V.
Hyuna melepaskan pelukannya daripada Jimin. Hyuna mengelap air matanya dengan kasar. Hyuna bangun memandang Ketua Devil sambil merenung tajam ke arahnya.
Mata Hyuna bertukar menjadi warna merah menyala. Kuku dan taring Hyuna memanjang tajam. Rambut Hyuna yang hitam berubah menjadi warna merah. Bibir Hyuna yang asalnya berwarna merah jambu, bertukar warna kepada ungu gelap.
"Sebab kau... sebab kau.. Jimin mati!! Neo ttaemune!! (Sebab kau)", marah Hyuna.
"Aku takkan maafkan kau!! Nan niga shireoyo!! (I hate you)", jerit Hyuna sambil menerkam Ketua Devil.
~To be continue~
YOU ARE READING
ANGEL OR DEVIL | ✔
Mystery / ThrillerMengisahkan tentang Hyuna, seorang devil yang ditugaskan untuk membawa malang kepada V. Hyuna ingin melaksanakan tugasnya namun dihalang oleh Chorong iaitu seorang angel yang ditugaskan untuk melindungi V daripada ancaman Hyuna. Mangsa iaitu V, iala...