PART 1 : DARI KAYANGAN KE BUMI..

1.6K 90 0
                                    

Dari kayangan sebelah barat, kedengaran suara - suara memekik terlolong sedang berpesta. Seluruh tempat itu gelap dan amat menakutkan. Disekeliling tempat itu dipenuhi dengan api yang membara. Beribu - ribu ekor devil menepuk tangan dengan kuat.

" Senyap!!", jerit Ketua Devil. Suasana menjadi sunyi.

" Hari ni ialah upacara perlantikan Puteri Dark of the Evil best of this year. Hyuna telah lulus semua peringkat dan layak menerimanya. Semua, upacara dimulakan!!"

Ketua Devil memegang sebilah pedang lalu membunuh seekor devil. Ketua Devil mengerat tanduk, ekor, kuku dan taring devil tersebut. Lalu, dia membelah perut devil itu. Dia mengambil organ - organ dalaman seperti hati, limpa, peparu dan usus lalu megisarnya.

Bahan - bahan tersebut dimasukkan ke dalam tempayan yang berisi cecair warna merah iaitu darah. Darah manusia...

Mereka semua membaca jampi yang diajar oleh Ketua Devil.
Setelah itu, ketua memberi ramuan itu kepada Hyuna. Hyuna meminumnya dengan muka yang berkerut - kerut menahan muntah. Bagi kaum mereka, adat ini bagaikan bersumpah.

"Kau ditugaskan untuk memporak perandakan hidup V. Sebab aku benci dengan ibu bapa V. Tak dapat diorang, V pun boleh! Ingat, bukan bunuh V, tapi hancurkan hidup V!"

"Baik Ketua Devil. Saya pergi dulu.", kata Hyuna lalu pergi ke dunia manusia. Dia mengibarkan sayap hitamnya yang besar untuk terbang. Lalu menuju ke sekolah SOPA. Ternampak V yang sedang menuju ke sekolah. Hyuna tersenyum menunjukkan taringnya dengan 1001 maksud.

Di kayangan sebelah timur pula, kedengaran alunan musik piono dan violin berirama merdu. Semua angel memakai pakaian serba putih dan bersih. Tempat itu dikelilingi dengan taman bunga yang pelbagai warna dan bau yang harum.

"Dengan ini, Chorong, Puteri White of Kindness the best of this year dilantik. Chorong, adakah kamu bersumpah akan melakukan tugas kamu dengan baik? Dan melawan kejahatan tak kira apa pun?", ucap Ketua Angel.

"Ya, Ketua Angel.", balas Chorong.

"Baiklah. Kamu ditugaskan untuk melindungi V daripada Hyuna, Puteri Dark of Evil. Saya dapat tahu bahawa V akan menjadi sasarannya. Kamu kena selamatkan dia daripada Hyuna. Hyuna sangat merbahaya dan berkuasa."

"Ya. Saya akan berusaha.", Chorong mengeluarkan sayapnya yang putih dan terbang menuju ke arah yang sama seperti Hyuna.

********

"Keep quite class. Hari ni kita ada pelajar baru, Hyuna. Perkenalkan diri awak.", kata Miss Victoria.

"Jeoneun Hyuna ieyo. Jeoneun Seoul eseo wasseyo. Mannasseo bangawoyo.( Nama saya Hyuna. Saya berasal dari bandar Seoul. Nice to meet you.)"

"Oh, kita ada lagi seorang pelajar baru. Come in, please."

Terbeliak mata Hyuna memandang pelajar itu. Chorong!! Musuh ketatnya. Hyuna memandang Chorong dengan sinis. Chorong hanya membalasnya senyuman.

"Jeoneun Chorong ieyo. Jeoneun Busan eseo wasseyo. Mannasseo bangawoyo. ( Nama saya Chorong. Saya berasal dari Busan. Nice to meet you.)"

"Hyuna duduk disebelah Jimin. Chorong duduk di sebelah V.", kata Miss Victoria.

"Tapi, aku nak duduk sebelah V..", kata Hyuna sambil mengeluh.

"Baik selalu menang. Jahat akan kecundang.", kata Chorong sambil tersenyum menahan ketawa.

"Menyampahnya aku!!", jerit Hyuna dalam hati.

"Annyeong, Hyuna. Jimin imnida.", kata Jimin sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

 ANGEL OR DEVIL | ✔Where stories live. Discover now