Selepas banyak dugaan yang menimpa Jimin dan Hyuna, akhirnya mereka berdua hidup dengan gembira.
"Jimin, awak ada nampak saya punya cincin tak? Masa cuci pinggan saya tanggalkan sekejap. Pastu, saya tengok cincin tu dah xde..", kata Hyuna sambil terbongkok-bongkok mencari cincin kesayangannya.
Cincin perkahwinan mereka berdua. Dahlah cincin tu bertatahkan berlian. Harganya berpuluh-puluh ribu won. Lagi-lagi daripada Jimin. Manalah Hyuna boleh tak sayang.
"Mollayo (I don't know)", kata Jimin sambil tersenyum disebalik majalah yang dibacanya.
"Ah, Jimin ah.. Janganlah duduk baca majalah tu je. Dowajuseyo (please help me)...", kata Hyuna sambil menghentakkan kakinya di lantai.
"Ne.. ne.. arasso.", kata Jimin lalu bangun daripada sofa.
Jimin menghadap Hyuna sambil memegang bahu Hyuna.
"Kan saya dah cakap jangan tanggalkan. Degil tau sayang ni..", kata Jimin.
"Mianhae...", kata Hyuna sambil menundukkan kepalanya.
Jimin mengeluarkan cincin itu daripada poketnya lalu disuakan ke arah Hyuna. Hyuna memandang cincin itu.
"Ah, ni pun! Jimin sorokkan eh.. jahat tau!", kata Hyuna lalu ingin mengambil cincin itu dari Jimin.
Jimin mengacah-acah Hyuna. Jimin yang tinggi memegang kepala Hyuna yang cuba mengambil cincin itu. Pendek. Hyuna terlompat-lompat. Lalu, Hyuna memanjat sofa dan lompat ke arah Jimin. Jimin hilang imbangan lalu jatuh ke lantai bersama dengan Hyuna. Kini Hyuna berada di atas badan Jimin.
"Hyuna, saranghae.", kata Jimin lalu mengangkat kepalanya dan mencium bibir Hyuna dengan lembut.
Hyuna memeluk Jimin dan membalas ciumannya. Setelah beberapa lama, Hyuna melepaskan bibirnya daripada bibir Jimin.
"Nado, Jimin. Neomu saranghae.", kata Hyuna.
Jimin mencium seluruh wajah Hyuna. Dari dahi, kening, mata, hidung, kedua belah pipi, bibir dan dagu. Mereka berdua ketawa bahagia.
********
2 tahun yang lalu
Hujan lebat membasahi bumi. Chorong memeluk tubuhnya yang dingin.
"Urgh.. hurh.. penatnya.. peningnya kepala..", kata Chorong sambil meredah hutan tidak berpenghuni yang lebih dikenali sebagai 'The Dead Of The Dark Jungle'.
Chorong terjumpa sebuah kawasan seperti istana tapi luarnya kelihatan usang dan penuh dengan lumut seperti tiada manusia yang tinggal di situ. Mungkin ada 'sesuatu' yang tinggal di situ. Ada tanda no entry di pagar itu namun Chorong tidak menghiraukan tanda itu. Who cares? Tengah sejuk mestilah nak cari tempat berlindung.
Chorong masuk ke dalam istana yang kelihatan menyeramkan itu. Chorong kelaparan dan kesejukkan akibat kena hujan. Chorong berjalan dengan perlahan lalu ternampak sesuatu di sebuah bilik itu. Di atas meja itu ada seekor ayam mentah.
Chorong terus berlari ke dalam bilik itu lantas memakan ayam mentah itu dengan lahapnya. Terpercik darah ayam itu di muka Chorong. Chorong tidak peduli. Asalkan dapat makan.
"Woi, kau siapa hah?!", kata seorang namja.
Chorong berhenti makan dan memandang ke arah namja itu. Namja itu berwajah handsome. Mukanya poker face. Namja itu menuju ke arah Chorong.
"Tengok kau makan ayam mentah tu, rasanya kau bukan manusia macam aku kan?", kata namja tersebut.
"Eh, macam kau?", tanya Chorong.
"Ne, like me.", kata namja itu sambil tersenyum sinis.
"Apa maksud dia yang aku ni bukan manusia macam dia? Maksudnya.. dia ni bukan..", desis hati Chorong.
~To be continue~
YOU ARE READING
REVENGE PROJECT | ✔
Mystery / ThrillerSeason 2 untuk ANGEL OR DEVIL~ Seimbas lalu tentang season1: Hyuna ditugaskan untuk membawa nasib malang kepada V manakala Chorong sebaliknya. Chingu V, Jimin menyukai Hyuna. Jimin ditangkap oleh Ketua Devil dan Hyuna & V cuba menyelamatkan Jimin. V...