PART 16 : V KEMBALI?!

300 33 1
                                    

"Hyuna, saya nak minta maaf dekat awak sangat-sangat.. saya tak patut buat awak macam tu.. patutnya saya percayakan wife saya sendiri", kata Jimin.

Hyuna hanya mendiamkan diri. Tak memberi respon. Hatinya masih sakit dengan apa yang dilakukan oleh Jimin kepadanya.

"Jomlah balik.", kata Hyuna kepada Hongbin.

"Tapi, Hyuna.. Jimin..", kata Hongbin.

"Saya tahu awak mesti susah nak terima saya balik kan? Apa yang awak nak suruh saya buat? Melutut? Baik! Saya akan melutut depan awak.", kata Jimin lalu melutut depan Hyuna.

Hyuna terkejut melihat Jimin. Jimin seorang namja yang berego tinggi, merendahkan egonya untuk minta maaf kepada Hyuna?

"Kalau dengan ini awak maafkan saya.. saya akan buat..", kata Jimin lalu mendekatkan bibirnya ke kaki Hyuna.

Hyuna menjarakkan kakinya lalu memegang bahu Jimin untuk bangun.

"Apa awak buat ni? Bukan ni yang saya maksudkan. Saya cintakan awak sangat2 Jimin. Tapi, wae awak tak percayakan saya? Hati saya sakit setiap kali awak melayan saya macam tu! Saya cuma nak kasih sayang seorang husband je.. That's all!", kata Hyuna.

Luluh hati Jimin mendengarnya. Betapa dia sudah menyakiti hati seorang wife yang setia kepada husband nya. Jimin terus memeluk Hyuna dan mencium pipi, dahi dan rambut Hyuna berkali-kali.

"Hyuk, kau masih bawah umur. Kau tak boleh tengok.", kata Hongbin sambil menutup mata Hyuk.

"Woi, aku tak hurm hurm la!", kata Jimin.

Kacau daun jelah Hongbin ni!

"Saranghae Hyuna. Jinjja saranghae...", kata Jimin.

"Nado..", kata Hyuna lalu membalas pelukan Jimin.

Inilah yang diinginkan Hyuna. Pelukan Jimin yang hangat dan boleh membuat dirinya rasa selamat. Jimin takkan biarkan pelukan ini terlerai lagi. Tak akan!!

Leo hanya memandang adegan romantik Husband n Wife itu. Cemburu tapi ditahannya. Hyuna tengah mula tersenyum, dia takkan biarkan senyuman itu mati lagi. Tak akan!!

*******

Mereka semua pergi ke istana vampire. Ravi pergi untuk melihat Chorong. Mereka semua duduk di ruang tamu.

"Korang!! Chorong hilang!!", jerit Ravi sambil menunjukkan gari yang terputus.

"Mwo?! Jadi, sekarang kita semua dalam bahaya!", kata Hongbin.

Jimin memeluk erat Hyuna.

"I'll always protect you no matter what.", bisik Jimin ke telinga Hyuna.

Hyuna tersenyum bahagia. Hyuna memeluk erat Jimin.

********

"Korang keluar!! Hahaha!!", jerit Chorong.

Semua keluar dari istana itu. Chorong sedang terapung apung. Rambutnya mergerebang. Matanya merah.

"Korang semua dah berpaling tadah pada aku!! Aku dah tolong korang, tapi ni korang balas dekat aku?!", marah Chorong.

"Tapi, pertolongan kau tak sesuci Hyuna!", N memberanikan diri untuk berkata.

"Berani ya kau sekarang N?! Ambik ni!", jerit Chorong lalu menghalakan kuasanya kepada N.

N terpelanting lalu pengsan.

"Chorong! Kau janji nak tolong aku, aku pun dah tolong kau! Tapi, apa aku nak ialah Hyuna! Bukan cederakan Hyuna!", kata Leo lalu menghalakan kuasanya kepada Chorong.

Chorong menepis kuasa Leo. Chorong ketawa.

"Hahaha, setakat kuasa macam tu, aku tak akan cedera la!", kata Chorong bongkak.

Semua ahli Vixx menyerang Chorong. Tapi Chorong lincah menepis semua serangan mereka. Chorong menggunakan kuasanya menyebabkan diorang semua jatuh terpelanting. Jimin hanya mampu berdiam diri kerana dia manusia biasa. Apa yang dia boleh buat?

"Hyuna, saya dah janji saya akan jaga awak. Kalau saya mati, saya rela awak dengan Leo.", kata Jimin lalu berlari ke arah Chorong.

"Hajima Jimin!!!", jerit Hyuna.

Chorong mencekik Jimin. Kaki Jimin tidak menjejak tanah lagi.

"Manusia biasa ada hati nak lawan aku?! Sampah!!", jerit Chorong lalu menjatuhkan Jimin.

Jimin jatuh tergolek sambil terbatuk-batuk. Lehernya berbekas tangan Chorong. Chorong pergi ke arah Hyuna lalu mrncekik Hyuna. Hyuna memegang lehernya yang terasa sakit.

"Aku akan gunakan kau untuk seru V!", kata Chorong.

"Se..se..ru.. V?", tergagap Hyuna cuba bercakap kerana organ pernafasannya tidak boleh berfungsi bila dicekik.

Chorong menyedut kuasa Hyuna dengan menggunakan tangannya. Ternampak kuasa yang berwarna merah keluar dari tubuh Hyuna. Hyuna cuba melepaskan dirinya.
Namun tidak berjaya. Semua kuasanya telah disedut oleh Chorong. Lalu, Chorong melepaskan Hyuna.

"Haha!! Dengan ni aku boleh seru V!!", jerit Chorong sambil tersengih jahat.

Chorong mendepakan tangannya lalu membaca jampi.

"Malam bulan mengambang kau datang, matahari terbit kau menghilang! Wahai roh yang telah mati, V bangkitlah semula! Aku seru kau!!", jerit Chorong.

Langit bertukar menjadi gelap. Cahaya berwarna ungu gelap laju turun ke bumi. Bergegar tanah rasa. Disebalik asap ungu gelap itu ternampak susuk tubuh seseorang namja. Setelah asap itu hilang, Hyuna dan Jimin terkejut memandang namja itu.

Itu V!!

~To be continue~

 REVENGE PROJECT | ✔Where stories live. Discover now