Aku bangun dari tidur setelah jam loceng di sebelah aku menjerit-jerit tanpa henti.
"Erm ..."
Aku menggeliat sedikit badanku dan melihat sekeliling. Mana pergi semua kawan aku? Aku turun dari katil dan berjalan menghampiri katil kosong di sebelah aku. Begitu juga katil di bilik sebelah. KOSONG! Semuanya kosong! Aku berlari melihat peti sejuk dan ternampak sticker note yang bercorak kartun Doraemon.
'Kami balik Msia.'
Pesanan yang ringkas tetapi penuh makna menyebabkan aku marah.
"Tak guna balik Malaysia tinggal aku! Takkan sebab semalam kot!"
Ya. Semalam telah berlaku satu fenomena, iaitu segala ribut taufan malah tsunami telah melanda rumah kami. Aku dapat berjumpa dengan idol Korea. MASALAHNYA! Aku kehilangan iPhone 6s yang Abah belikan! Aku terpaksa tinggal di Korea selama yang boleh supaya iPhone aku tu dapat ditemui semula.
"Terpaksalah aku survive seorang diri dekat negara orang ni ..."
Aku bersiap untuk keluar menghirup udara segar. Buat sementara ni, aku tak ada alat untuk berkomunikasi! Mujur aku bawa sekali komputer riba aku. Adalah juga alat nak berhubung dengan orang dekat Malaysia. Aku mengakses laman Instagram dan ternampak gambar mereka bertiga pulang ke Malaysia.
"Menyampah!"
Aku menutup komputer riba dan memakai skaf di leher. Belum sempat aku membuka pintu, loceng rumah dibunyikan. Aku membuka perlahan pintu dan ternampak seorang lelaki memakai topeng muka berdiri bersama dua orang lelaki di belakangnya.
"Yes?"
"Is this your phone?"
Lelaki itu menghulurkan iPhone 6s aku!
"Argh kamsahamnida! Kamsahamnida!"
Aku tunduk beberapa kali dan lelaki itu ketawa.
"Next time, don't throw your phone into our car."
"Wait ... Are you G-Dragon?"
Lelaki itu perlahan-lahan menarik topeng mukanya dan YA! Aku tidak menjerit tetapi aku menutup mulut aku.
"Jinjja ..."
Lidah aku kelu dan aku tak dapat melakukan apa-apa.
"Okay annyeonghaseyo."
"Urm wait!"
G-Dragon pusing semula ke belakang.
"Wae?"
"Can we ..."
Aku menunjukkan iPhone aku. Dia mengangguk dan rupanya dua lelaki di belakangnya itu ialah TAEYANG DAN SEUNGRI! Untungnya aku ya Allah! Padan muka diorang! Ish tak baik.
![](https://img.wattpad.com/cover/62279214-288-k891224.jpg)
YOU ARE READING
Oversea Ler Kiter ...
De TodoAku Kim Irene Zalikha. Aku berketurunan Korea+Inggeris+Melayu wah banyaknya keturunan aku! Tak kisahlah yang penting aku BERAGAMA ISLAM. Abah nak satukan aku dengan seorang ustaz tapi aku tak nak ... Tapi aku nak ... Tapi mamat Korea ni nak datang M...