Bab 12

260 13 0
                                    

Aku memandang Ustaz Min yang jelas berbeza daripada penampilannya sebelum ini. Dia berpakaian biasa.

"Ustaz saya ada satu tiket saja."

"Abang awak mana?"

"Dia pergi kerja."

"Kita berdua saja?"

"Iyalah."

"Macam ni ... Ustaz bawa awak pergi sana ... Nak dekat habis awak call ustaz. Okey?"

"Arraso!"

"Arraso? Apa tu?"

"Arraso tu macam fahamlah."

"Ouh kalau saranghaeyo?"

Aku memandang Ustaz Min yang berada di sebelah aku. Aku menjegil mata aku. Ustaz Min ketawa terbahak-bahak.

"Mengada gila 😒 ..."

Ustaz Min menghentikan kereta di hadapan stadium.

"Nanti call tahu. Karang abah risau."

"Ish iyalah berapa kali nak bagitahu!"

"Memanglah. Nanti hilang siapa yang susah?"

Aku terus berlari masuk ke dalam stadium. Konsert itu memang menarik gila! Tapi ... Aku tak berkenan sedikit kerana wanita di Malaysia ni sangat agresif. Diorang tolak aku sungguh-sungguh. Habis konsert, aku tunggu di luar stadium. Tak dapat nak jumpa dengan Luhan oppa.

"Helo."

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Ustaz, datanglah ambil saya. Boring dah ni ..."

"Eh sekejapnya? Tak jumpa dengan diorang ker?"

"Ni haa dia punya security terlalu ketat. Kimie nak baliklah ..."

"Okey lima minit ustaz sampai."

Aku ternampak sekumpulan gadis sedang menjerit sambil mengejar sekumpulan lelaki.

'Bigbang ...'

Ya dan aku ternampak kelibat Kim Luhan di situ!

"Oppa!"

Aku menjerit tetapi suara aku tenggelam kerana pekikan wanita yang lebih ramai daripada aku. Aku berlari ke arah orang ramai itu.

"Luhan oppa!"

Luhan toleh ke belakang tetapi dia tidak nampak aku memandangkan aku ini sedikit rendah.

"Oppa!"

Aku menjerit dan akhirnya Luhan ternampak aku.

"Kimie ah!"

"Oppa!"

Ketika itu juga, Ustaz Min sampai dan aku terpaksa pergi. Aku sempat menyuruh Luhan menghantar DM kepada aku.

"Ramainya. Siapa tu?"

"Bigbang la ..."

"Ouh ... Nak jumpa diorang ker?"

"Nak buat macam mana. Bukan rezeki saya. Hantarlah saya balik."

"Tak lapar?"

Aku memandang wajah Ustaz Min dan perlahan-lahan mengukirkan senyuman.

"Laparlah juga. Ustaz nak belanja saya ker?"

"No hal."

"Yeay!"

Oversea Ler Kiter ...Where stories live. Discover now