Bab 5

318 11 0
                                        

"Itu ustaz baru sekolah ni."

"Ouh ..."

Aku berjalan dan menghulurkan air suam kepada ustaz itu.

"Terima kasih."

"Kimie!"

Seorang ustaz yang amat aku kenali memanggil aku.

"Amboi tak kenal ustaz dah ker?"

"Saya sibuk ustaz!"

"Marilah kita berborak gossip. Kamu kan suka gossip?"

"Ustaz. Nanti saya pergi. Saya tengah kerja."

Usai membasuh cawan di dalam sinki, aku bergerak ke meja demi meja dan lap sehingga bersih.

"Urm awak. Siapa nama?"

'Apa lagi ustaz ni?'

"Saya? Kim Irene Zalikha."

"Nak panggil apa eh?"

'Panggillah nak panggil apa pun 😑'

"Panggil Kimie atau Irene atau Zalikha atau apa-apa saja."

"Nak panggil Habibi boleh?"

"Habibi? Apa-apa jer la! Ustaz nak apa tadi?"

Ustaz itu ketawa sedikit.

"Nak bayar duit. Air suam."

Dia menghulurkan sekeping not berwarna merah.

"Sekejap saya pergi ambil duit baki."

"Saya bayar tu sekali dengan Ustaz Sufi."

"Terima kasih Ustaz Min."

Aku sempat melihat namanya yang tertera pada nametag.

'Muhaimin.'

"Baki?"

"Astaghfirullah maaf ustaz. Baki sekejap."

Aku berlari mengambil baki dan menghulurkan kepadanya. Aku sempat bertentang mata dengannya.

"Lagi lawa kalau awak pakai baju kurung setiap hari."

Hati aku tersentak apabila ditegurnya begitu. Hari ini aku memakai seluar jeans dan baju yang labuh daripada punggung. Tudung aku masih menutup dada. Mungkin kerana seluar aku agak ketat. Aku mampu terima teguran itu tanpa ada rasa marah. Kenapa eh?
---------------------------------------------
Aku menunggang motosikal sehingga ke pintu pagar sekolah dan bertembung dengan ustaz tadi.

'Dia lagi 😑'

Aku membelok keluar, begitu juga ustaz itu.

'Dia ikut aku ker?'

Aku memecut laju dan tanpa diduga sebuah kereta keluar meluru dan aku tidak sempat memijak brek kaki atau menekan brek tangan. Badan aku seperti terbang dan terhempas di bahu jalan. Aku dapat merasakan cecair keluar dari kepala dan hidung aku. Pandangan aku samar-samar dan orang yang aku nampak ialah Ustaz Min. Makin lama makin ramai dan pandangan aku semakin kabur dan perlahan-lahan menjadi gelap.

Oversea Ler Kiter ...Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang