Bab 26

233 10 0
                                        

Aku tiba di Kuala Lumpur dan buntu mencari tempat untuk tidur malam itu.

"Cari siapa?"

Suara garau itu menyebabkan aku terkejut dan aku terus memukul pemilik suara itu.

"Aduh aduh du du ... Sakitlah."

"Kau siapa?"

"Takkan tak ingat dah? Orang yang pernah mengharapkan kehadiran kau dalam hidup dia."

Lelaki itu senyum dan menarik lengan baju aku.

"Lepaslah! Tolong! Siapa-siapa tolong saya!"
---------------------------------------------
"Miss. Miss. Are you okay?"

Aku terduduk dan melihat sekeliling. Aku masih berada dalam kapal terbang.

"I'm okay. Sorry."

Aku menarik nafas lega dan aku tidak dapat melelapkan mata aku lagi.

'Siapa lelaki tu?'

Setelah tiba di KLIA, aku terus menelefon abang datang ambil.

"Okey tak? Kenapa balik tanpa Muhaimin?"

"Malas ah dengan dia. Kimie tak nak kahwin dengan dia."

"Kimie tak baik cakap macam tu. Dia tu baiklah."

"Macam mana abang tahu dia baik?"

"Dia selalu melawat abah dengan abang. Kimie nak tahu tak, dia tolong pulihkan mama. Mama dah bertudung elok balik. Alhamdulillah, semuanya dah baik."

Aku melontar pandangan jauh ke luar tingkap. Tak sangka dalam diam, dia cuba nak pulihkan hubungan keluarga aku.
---------------------------------------------
Aku baring di atas katil dan melihat siling berwarna putih itu.

'Kim Luhan. Muhaimin Al-Hafiz.'

Tiba-tiba, telefon aku berdering.

"Helo."

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Nak apa ustaz?"

"Dah sampai Malaysia ker?"

"Dah."

"Min balik minggu depan rasanya sebab ada kerja tak siap lagi."

"Dah tu saya boleh buat apa?"

"Tolong bagitahu abah, abang, walid dengan ummi."

"Ustaz boleh call diorang kan? Nak menyusahkan orang kenapa?"

"Kimie. Tak salah kalau awak tolong kan?"

"Memanglah tak salah. Orang dah bagi kemudahan cuba buat sendiri."

"Okeylah. Nanti Min call diorang. Terima kasih. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Aku terus mencampak jauh telefon aku.

'Nak balik minggu depan pun nak bagitahu orang. Dasar anak manja! Hesh! Macam mana diorang boleh kata dia baik? Menyusahkan orang jer dia tu ...'

Tiba-tiba, hati aku rasa bersalah kerana tinggi suara terhadap Ustaz Min sebentar tadi.

Oversea Ler Kiter ...Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang