Bab 3
Aku menghela nafas berat memandang motosikalku yang tidak mahu hidup. Apa pula masalah ni? Lalu dengan berat langkah juga aku masuk ke dalam rumah meminta Papa untuk menghantarku ke sekolah.
"What happened to your bike?" soal isteri baru Papa itu aku tidak hiraukan.
Mataku hanya memandang Papa sambil jariku menunjuk ke arah jam di tangan menekankan lambatku. Papa kemudian bangun juga daripada sedap duduk setelah meneguk kopi dari cawan. Tetapi dia tidak pergi sebelum mengucup dahi Raniya.
Ah, buruknya pemandangan.
Aku mengikuti jalan Papa ke kereta. Di dalam, aku terangkan tentang rosak si motosikal.
"Do you want me to take a look at your bike later?" tanya Papa.
"Yes, please," jawabku.
"What did you do to that poor thing?"
Aku mengangkat bahu. Manalah aku tahu. Semalam tidak ada apa-apa pun.
"Pa, can you pick me up from school too?" pinta aku.
"What time?"
"Five. I have house practice today."
Papa diam seketika. Sedang berfikir sejenak lagaknya. "I'm sorry. I don't think I can."
"Then how am I going back?" protesku.
"Raniya can pick you up," laju cadangnya.
Aku memandang Papa jengkel. Nasib baik ketika itu kereta sudah berada di hadapan pagar sekolah. Cepat-cepat aku turun di situ.
"Hud!" Papa membuka tingkap melaung namaku.
Aku berpaling terpaksa.
"Raniya is picking you up today."
"No thanks," jawabku.
"Don't make her wait."
Aku angkat sebelah tangan.
"Or else," laungnya lagi separa mengugut yang disertakan juga dengan sengih jahat sehingga ke telinga.
*
Lelah disuruh pusing padang lima kali oleh Encik Mat, aku ke tepi dewan di mana di situ ada water cooler buat penghilang haus. Dek kerana kawan-kawanku semuanya malas dan tidak berguna, aku pergi berbekalkan berbotol-botol air kosong milik mereka untuk diisi. Jadi aku ―yang si rakan setia dan berhati mulia― dengan penuh sabar melayan sahaja kerenah mereka.
Mengeluh. Baru dua botol yang penuh. Tinggal dua lagi.
"You sure are thirsty."
Aku dengar suara dari belakang.
"I'm so sorry. You can use it first if you want," pelawaku sambil menoleh apabila ada wajah yang kini sudah aku kenal menyambutku dengan sebuah senyum. Aku senyum semula. "Hey, Sue Lim, right?"
Dia angguk dengan senyum cerianya.
"Hi, Hud."
"Just Hud? Not even The Handsome Hud?" Sengaja aku usik dia.
Dia memusingkan mata pura-pura jengkel. Atau memang jengkel? Ah, masakan.
"What are you doing here, Sue Lim?" tanyaku.
Dia menunjuk ke arah dewan di mana pasukan sorak rumah aku sepatutnya berlatih. "Practicing."
Kemudian aku perasan baju rumah sukan ungu yang dipakainya. "I didn't know you're a cheerleader, I didn't even know we're in the same house!" tambah aku.
YOU ARE READING
SEJAK - sebuah novel Majida
RomanceHud kehilangan ibunya ketika dia masih kecil dan sekarang dia berada didalam tahun akhir persekolahan, ayahnya mengambil keputusan untuk berkahwin buat sekali lagi. Hud diperkenalkan kepada Raniya - seorang pelukis berusia 26 tahun yang kini bergela...