Bab 5 + 6

2.9K 67 10
                                    

         

Bab 5

Buat seketika, aku berlegar-legar di pintu masuk ruang itu. Masih belum yakin dengan apa yang aku bakal lakukan. Lalu aku jenguk untuk buat keberapa ratus kali ke dalam. Terpampang warna-warna yang dibingkai kemas tergantung di dinding putih.

Kemudian aku lihat Raniya yang sedang memasang wajah sopannya, tersenyum, mengangguk dan mendengar celoteh mereka yang menegurnya.

Dan buat kali keberapa ratus kali juga aku perasan ada kelat dalam senyum itu. Dengan apa yang berlaku semalam, aku pasti dia tidak segembira yang dia cuba untuk pentaskan. Entah mengapa, aku berasa kasihan.

"Excuse me, sir, are you coming in?" tanya penyambut tetamu itu dengan sebuah senyuman. Mungkin berasa jengkel melihat aku berdiri sahaja di situ tanpa keruan.

"Yes, yes, yes I am." Cuba meyakinkan diri lebih dari aku mahu meyakinkan si pentanya.

Aku masuk juga. Tapi masih belum cukup berani di dada untuk aku tegur dia. Dalam fikiranku ada bermacam kemungkinan akan apa reaksi yang bakal dia bagi. Terkejut itu sudah pasti, tapi adakah dia akan suruh aku pergi? Setelah bagaimana aku layan dia selama ini atau adakah dia akan berasa menang?

Tidak perlu disuruh aku datang, kerana kalau begitu baik aku pulang kerana aku tidak mahu berasa tewas.

*

Aku sedang bersandar di dinding laman dikala rokok di jari aku nyalakan. Sejak berakhirnya Hari Sukan, aku tanpa rasa bersalah sudah boleh kembali kepada tabiat yang aku gemari. Ada sesuatu yang memuaskan setiap kali pada setiap sedut dan hela.

Dari mana aku berdiri, aku boleh dengar jelas perbualan mereka. Bukan kerana aku sengaja, cuma mereka yang tidak sudah-sudah mahu berteriak.

"You cannot do this. This is my first show since we got married. You have got to be at the opening," katanya.

"I said I'm sorry all right. I'll be there the next day and the day after that. I promise! It's just that I couldn't say no. He's a really important client," kata Papa pula.

"How about me then? Am I not important?" serang Raniya.

"Of course, you are, Raniya. But..."

Aku tertanya-tanya jika patut dengan sinis aku ketawa. Aku tahu sesuatu yang Raniya mungkin belum tahu. Terus-terang, Papa bukan jenis yang sentiasa ada. Dan selalu, dia akan seperti tiada walau ketika dia ada. Bukan mahu mengungkit, tetapi Papa tidak pernah hadir setiap kali sekolah memberi aku penghargaan. Hari Sukan tempohari boleh dijadikan sebagai contoh. Sampai ke penghujung dia tidak tunjuk muka.

Jujur, aku tidak seberapa nak faham sebenarnya. Sentiasa ada jarak bila dengan Papa. Bukan mudah untuk dia tunjuk apa yang bermain di kepalanya, samada melalui tingkah atau kata. Demi Tuhan, dia bukan salah seorang yang ada kesedaran tentang yang mana satu yang patut dijadikan keutamaan. 17 tahun berkongsi DNA dengannya, aku sudah biasa dengan itu. Tetapi Raniya? Bolehkah dia?

"What are you doing here?"

Aku menoleh.

Raniya.

Terpangu seketika. Matanya merah dan bengkak dek airmata. Suaranya pula jelas serak. Da sedang memeluk bahu bila tiba-tiba pandangannya menjadi garang tiba-tiba.

"Give it to me now." Dia menunjuk ke arah kotak rokok yang terkeluar sedikit dari kocekku.

Aku menurut sahaja permintaannya. Laju apa yang dipinta bertukar tangan.

"Smoking is bad for you. You're going to stop or I'm going to have to tell your father." Dan tiba-tiba bak air terjun deruan airmata laju turun di saat disebutnya Papa.

SEJAK - sebuah novel MajidaWhere stories live. Discover now