Bab 14
Sudah beberapa hari sejak kami pulang dari Kuala Terengganu. Cuti sekolah masih tinggal lebih kurang seminggu. Hari itu, sedikit telat pada waktu petang bila aku tiba ke rumah.
Aku dan yang lain membuat keputusan untuk ke perpustakaan awam dengan harapan mahu menelaah. Tidak berapa produktif kalau diikut kira dek ramai orang dan senyap terlampau dan jujur aku lebih rela duduk di rumah. Tapi kami turutkan juga untuk ke sana dan semuanya kerana si Daryl sudah terjatuh hati pada pada si kakak librarian.
"Can I... can I... urgh... borrow your stapler?"
Tidak selalu Daryl segugup itu. Kami di meja tepi (yang tentu sekali paling hampir dengan kaunter) hanya mampu menutup mulut menahan gelak. .
Kakak librarian angkat kening. Dia kemudian memandang meja kami di mana stapler merah jambu Rafael terang-terang ada di atas meja. Aku dapat lihat Daryl menelan liur.
"That one is already broken." Tipu Daryl.
Kakak librarian ketawa kecil sebelum menghulurkan juga stapler kepadanya.
Daryl berterima kasih. Dia sudah seperti mahu pergi bila dia pusing semula. "Also," Daryl menarik nafas. "Could you suggest me some books to read? If that's alright with you, of course."
Termangu seketika kakak libarian. Tapi dia kemudian senyum. "What kind of books do you have in mind?"
"I don't know."Daryl mendongak. Konon-konon berfikir. "Your favourite books, perhaps?" Terkejut beruk kami dengan berani balasan Daryl. Semua gigit bibir tak mahu sampai terkeluar suara. "I mean, that could be a start, right?
Walau nampak kaget, kakak librarian itu masih lagi setia dengan senyumnya. Dia mengambil sebatang pen dan mula menulis sesuatu di atas sekeping kertas "Daryl? Isn't it? Your name?" Cepat-cepat kawan aku itu mengangguk mengiyakan.
Teruja Daryl kami bertiga tumpang rasa. "And you are, Liz?" Daryl menunjuk pada tanda nama hitam yang dipakkainya..
"Oh no, I'm not." Dia ketawa ketika menghulurkan kertas itu kepada Daryl. "This is my friend's nametag."
Dia malangnya tidak begitu bermurah hati untuk berkongsi nama dan perbualan mereka berhenti di situ sahaja. Daryl pula sudah terbisu untuk sambung bertanya.
Tetapi bila pulang ke meja dengan senyumnya sampai ke telinga. Ditongkat dagu dengan sebelah tangan, matanya pula tidak lepas memandang kertas di tangannya.
Angkat kening kami bertiga. Tanpa amaran, Adam merampas yang dipegang. Daryl tidak membantah, masih seolah berada di utopia yang entah mana. Jadi cepat kami dekat-dekat untuk tumpang pandang. Diatas kertas itu terdapat sebuah senarai buku-buku. Dan dibawahnya pula... Ceh, patutlah terangau kawan aku yang itu.
Enjoy the books! x
Serentak Daryl kami pandang semula. Tepuk bahu dia, kami ketawa. Aneh bagaimana sekecil huruf x dan sepotong ucapan itu boleh membawa suka yang sebegini. Tetapi jika difikirkan semula, ianya sentiasa benda-benda kecil yang menyebabkan suka. Suka yang terasa jujur dek datangnya selalu sahaja tidak disangka.
Aku kemudian pulang ke rumah dengan senyum tidak mati-mati. Berjangkit dengan Daryl la ni. Tapi, dekat rumah pun ada sebab lain untuk senyum. Sebab untuk menangis dan baling meja keluar tingkap dek kecewa pun dia juga.
Tampar pipi sendiri sekali, dua kali. Geleng laju-laju.
Aku terasa perlu pula untuk meletakkan lebih usaha dalam mengawal fikiran dan diri semenjak akhir-akhir ini walau setakat ini tiada langsung kelihatan hasilnya.
YOU ARE READING
SEJAK - sebuah novel Majida
RomanceHud kehilangan ibunya ketika dia masih kecil dan sekarang dia berada didalam tahun akhir persekolahan, ayahnya mengambil keputusan untuk berkahwin buat sekali lagi. Hud diperkenalkan kepada Raniya - seorang pelukis berusia 26 tahun yang kini bergela...