Bab 18
SPM akhirnya berakhir. Dan wajah pertama yang aku mahu jumpa sejurus sahaja aku keluar dari dewan adalah wajah Raniya. Betapa tidak senang duduk aku bila dipaksa juga rakan-rakan sekelasku yang lain untuk bersama meraikan dengan mereka.
Tidak sampai sepuluh minit, aku berdiri meminta diri. "I'm sorry, guys. I've got to go."
Rafael kemudian menangkap tanganku. "Where are you going?" tanyanya.
"Raniya's studio," bisikku. Teragak-agak sebenarnya untuk memberitahu. Tetapi untuk menipu juga, aku tidak mahu.
"Why?"
Aku jawab soalannya dengan senyuman yang dibuat.
Aku bersalaman dengan guru-guru yang turut di situ, meminta izin untuk pergi. "I'll see you, alright? I'll give you a call," janjiku kepada kawan aku yang bertiga.
"We're still going out tonight, right?" tanya Adam seolah cemas.
Aku menutup mata sekejap, teringat rancangan asal. Aku mengangguk. "Yes, we are. I'll see you tonight. My stuffs are still at Rafael's anyway."
"Bye, Hud." Dalam kedengaran suara Daryl yang kepalanya sudah di atas lengan di atas meja. Daryl menjadi Daryl, dia sedang bersedia untuk lena.
"See you, Daryl," ucapku padanya sambil tergelak sedikit.
Pandangan mata Rafael seolah tidak mahu memberi aku pergi. Melalui pandangan mata juga aku meyakinkan dia yang aku tahu apa yang aku sedang lakukan.
Walhal, jujurnya, aku tidak tahu apa-apa. Apa yang aku akan buat di sana. Apa yang aku patut nantikan bila sampai di sana. Tidak sabar, aku terus ke motosikalku dan keluar daripada pagar sekolah.
Sudah tiga bulan sejak aku mengaku kepada Rafael apa yang sebelum ini aku hanya simpan kepada diri sendiri. Sudah lebih dua bulan pula sejak duduk di rumah dia supaya kami boleh sama-sama belajar dan senang untuk dia pantau aku.
Sekali-sekala, aku akan berjumpa dengan Papa. Cuma Papa hanya datang seorang tanpa peneman. Tidak juga aku beranikan mulut bertanyakan tentang dia. Bermakna, sudah lebih dua bulan juga aku tidak ketemu Raniya. Lebih dua bulan lama aku cuba menidakkan rindu. Cuma hari ini dengan terangkatnya beban peperiksaan, aku seolah merelakan diri untuk didera perasaan itu lagi.
Jadi, aku mendapati diri aku berdiri di hadapan studio Raniya dengan seplastik sushi di tangan buat umpan rakan-rakannya. Aku berasa debar yang tidak masuk akal, menghalang aku untuk membuka pintu. Jantung aku berdegup laju, lebih laju dari ketika aku di dewan sebentar tadi.
Aku memandang refleksiku di cermin. Membetulkan rambut dan baju. Tarik nafas, namun belum sempat aku mencapai tombol, pintu dibuka daripada dalam. Wajah Preeti dan Samantha kelihatan. Aku senyum. Mengangkat plastik di tangan. "Sushi!!"
*
"Where's Raniya?" tanyaku sambil memanjangkan leher mencari.
"She went out for lunch with Abang Arjuna," jawab Aisyah.
Oh.
"We were about to buy our lunch as well, you know... Preeti and I. Thank god for you, we didn't have to."
Aku ketawa.
"It's been quite a while, isn't it? Since you were last here. What took you so long to come over?" tanya Preeti sambil dengan tidak sabar mencapai chopstick daripada dalam plastik.
"Why? Did you miss me a lot?" tanyaku sambil mengenyit mata.
"I missed you dreadfully." Preeti kenyit mata juga.
YOU ARE READING
SEJAK - sebuah novel Majida
RomanceHud kehilangan ibunya ketika dia masih kecil dan sekarang dia berada didalam tahun akhir persekolahan, ayahnya mengambil keputusan untuk berkahwin buat sekali lagi. Hud diperkenalkan kepada Raniya - seorang pelukis berusia 26 tahun yang kini bergela...