Bab 12 + 13

2.4K 44 6
                                    

         

Bab 12

Hari pertama hujung minggu – belum pun sempat lama aku lena setelah pulang dari bermain futsal bersama yang lain, Papa sudah mengejutkan aku dengan ketukan bertalu-talu di pintu menyuruh aku bangun. Bingitnya terasa sampai kepala. Geram yang terkumpul memang tak boleh nak cerita. Jadi dengan segala tidak mahu aku bangun daripada katil dan bersama selimut yang masih membaluti tubuh, aku membuka pintu.

"What do you want?" marahku kepada Papa yang sedang tercegat di situ. 

"Get ready. We're going to see your mom." Ayat itu berjaya mengejutkan mamai aku.

"Huh?"

Apa Papa cakapkan ini? Apa dia pun tengah berjalan dalam tidur?

*

Aku menutup surah Yaasin yang telah selesai aku sedekahkan untuk Mama. Papa yang masih belum selesai aku perhati. Senyum. Ini rupanya maksud Papa dengan berjumpa Mama.

Aku mula mencabut rumput yang menumbuh di atas kubur Mama, sementara Papa menghabiskan bacaannya. Bila Papa selesai, dia turut sama menghulur tangan membantuku.

"It had been a while since we last came here together," kata Papa yang aku balas dengan anggukan setuju.

Jujurnya aku sendiri tidak ingat bila kali terakhir aku ke sini. Tahun lepas mungkin. Ketika itu aku menemani Nenek, kalau tidak silap memori.

"We should have done this more often." Ada sedikit kesal di dalam lembut suara Papa.

Di dalam otak, aku mula berfikir. Kalaulah sebelum ini, kami berdua selalu berbuat demikian mungkin kami akan lebih terurus dalam menghadapi kepergian Mama. Tidak aneh jika kami akan jadi lebih terbuka membincangkan soal ini. Dan kalau itu berlaku, mungkin akan berkurangan juga kompleks aku dek tempat kosong yang tak terisi akan kemudian dipenuhi dengan penerimaan realiti. Realiti yang Mama sudah tiada dan ianya tidak apa jika aku meneruskan hidup tanpa dia.

Tidak mustahil juga aku akan jadi lebih menerima dengan Raniya pada mulanya. Dan kalau dari asal aku menganggapnya sebagai ibu tiri, mungkin aku tidak akan pernah jatuh sayang pada dia dengan cara ini.

Bertarung lagi perasaan. Kerana aku sebetulnya suka yang aku suka pada Raniya. Walau betapa banyak pun sakit yang datang bersama, setiap perasaan yang aku rasa untuk dia, aku puja. Tidak kira seberat mana mereka menghimpit badan, makin hari aku tidak dapat mengelak daripada untuk makin jatuh hati pada segala perasaan itu.

Aku jadi tidak tahu jika boleh diundur semula masa aku akan memilih untuk memutar balik laku. Tidak akan menjadi kejutan jika aku tidak mahu mengubah segala itu. Aku sudah tidak tahu lagi jika aku sebenarnya pentingkan diri ataupun aku memang suka seksa diri.

"I dreamed about Mama the other day." Akui aku pada Papa.

Papa memandang aku tidak berkata apa-apa.

"I couldn't recognize her at first, though. It was not until the very end that I realized it was actually my own mom," terangku dengan lebih dalam.

"That's not your fault. Dreams are never vivid," ujar Papa. Cuba menyedapkan hati aku mungkin.

"Nothing is ever vivid," balasku pula.

"True." Papa bersetuju. "Especially feelings," tambah Papa lagi.

"Especially feelings." Aku mengulang kata dia untuk menunjukkan yang aku berfikiran sama juga walau aku tidak pasti jika begitu keadaannya.

Sepertimana aku pernah beritahu Andrew tempohari, apa yang sekarang aku rasa adalah yang paling jelas yang aku pernah rasa. Tetapi kepada Papa, aku tidak katakan apa-apa.

SEJAK - sebuah novel MajidaWhere stories live. Discover now