Bab 16
Baru semalam sejak aku pulang dari kem. Hari itu hari Ahad, tapi entah mengapa aku terjaga agak awal dari kebiasaan. Mungkin kerana aku belum pulih daripada apa yang berlaku pada malam terakhir aku di sana.
Aku membersihkan diri sebelum turun ke bawah. Kalau selalunya jika aku bangun awal, aku akan terasa untuk berlari, hari itu tidak pula. Letih menghalang aku daripada mencari larat. Dan memandang bayangan wajah aku sewaktu mencuci muka, entah mengapa, aku tidak berasa seperti aku kelihatan aku, walau yang memandang semula dari balik cermin itu memang terang dan jelas adalah aku. Ada perasaan asing yang membelenggu. Perasaan asing yang menghalang aku daripada menjadi aku dan melakukan apa yang aku biasa lakukan.
Menuruni tangga, dari situ lagi aku boleh dapat dengar hiruk-pikuk di dapur. Awalnya. Hairan, aku mencuri-curi untuk mengintai apa yang sedang berlaku. Raniya sedang memasak dan pada wajahnya terdapat sebuah senyuman paling lebar. Jujur, sudah lama aku tidak melihat dia sebahagia itu. Suka benar dia memasak. Kalau ya, kenapa tidak masak hari-hari kalau macam tu?
"Assalammualaikum," aku memberi salam.
"Waalaikummussalam." Walau salam masih dijawab, Raniya kelihatan sedikit kaget melihat kelibatku. Mungkin kerana dia tidak tahu yang aku sudah pun pulang. "What time did you get home last night?" tanyanya.
"A little past eleven. Rafael dropped me off," terangku.
"Why didn't you call me? I could have picked you up."
"I thought it would be rather dangerous to irk you in the middle of the night. Besides, I knew very well that you needed the beauty sleep." Dia sengaja aku usik.
Raniya membuat muka tercengang konon marah. "Hey, Hud, what are you trying to suggest?"
Aku pula menggeleng ke kiri dan ke kanan laju berpura-pura takut. Kami ketawa.
"Anyway, it's good that you're awake. Do you want some breakfast?" tawar dia.
Aku mengangguk menerima pelawaannya dan ketika sibuk dia, aku mengambil kesempatan untuk tanpa berkelip merenung tanpa jemu wajah yang aku rindu itu. Wajah yang hampir tiga hari aku tidak ketemu. Wajah yang cuba aku lupa buat seketika tetapi tidak berjaya.
Dia seperti tidak mahu berhenti daripada untuk tersenyum dan siapalah aku untuk berhenti senyum juga. Tiada gundah mahupun gelana yang dapat meluru masuk menunjuk hadir di saat aku perhatikan dia dengan manis menyelit rambutnya ke telinga, juga tingkahnya yang laju sahaja ke sini dan ke sana. Sungguh, makin hari, tanpa gagal, aku rasa aku makin jatuh suka.
Raniya meletakkan sebuah pinggan di hadapanku sebelum menyuruhku duduk. Pada masa yang sama dia mula menyanyi pula. Aku tidak dapat tangkap apa yang dinyanyikan tapi aku dapat rasa betapa girangnya dia.
Sambil menongkat dagu sebelah tanganku, aku mengangkat kening. "Why are you so chirpy?" Mahu juga aku tahu.
"What are you even talking about? I am always like this." Dia mempertahankan diri.
"No, you're not," kataku dan Raniya ketawa.
"It's a Sunday."
"But Raniya dear, you're a painter. It is always Sunday in your calendar."
"How did you get so mean?"
"It's a talent, I'm afraid – my pride and joy. People say you have to be born with it."
Dia menghadiahkan aku sebuah jelingan berpura-pura marah lagi walau tidak lama selepas itu dia ketawa kembali senyum semula. Raniya kemudian menghilang sekejap sebelum kembali untuk menyusun dengan cantik segala pastri yang ada di atas pinggan. Seperti seorang ibu lagaknya. Ibu yang aku sentiasa mahu tapi tak pernah ada.
YOU ARE READING
SEJAK - sebuah novel Majida
RomanceHud kehilangan ibunya ketika dia masih kecil dan sekarang dia berada didalam tahun akhir persekolahan, ayahnya mengambil keputusan untuk berkahwin buat sekali lagi. Hud diperkenalkan kepada Raniya - seorang pelukis berusia 26 tahun yang kini bergela...