Hujan lebat. Aku mengeluh mengenangkan rancangan asal untuk berlari petang itu. Terasa juga untuk berlagak seperti Rocky dan tempuh sahaja air yang dicurah langit. Tetapi memikirkan semula kasut yang baru dibeli, terus aku sorok idea itu ke tepi. Tentu sekali aku tidak sekuat Rocky Balboa untuk perhatikan sahaja kasut aku kuyup dan lencun dengan hujan dan lumpur.
Jadi aku turun ke bawah untuk mencari sedikit makanan.
Di luar pintu dapur, aku terdengar suara-suara berbicara. Daripada celah ruang, aku nampak Papa dan Raniya.
"I'm sorry I have to go," ujar papa.
"It's alright, it's fine," Raniya balas maaf Papa dengan senyuman.
"They just called and it's all very sudden." Papa masih berasa untuk menjelaskan keadaan.
"I understand." Raniya ketawa melihat kalut Papa.
"Are you sure you're going to be okay?" Papa menyambut mug yang dihulur Raniya.
"Yes, I'm going to be okay."
"With Hud and all?" Papa masih tampak gelisah.
"Gosh, Arjuna, relax! We'll be fine."
"I wish you could come with me."
Dan aku dengar keikhlasan dalam suara Papa.
"Well, you're not the only busy one among us."
Papa ketawa di saat dia menarik Raniya dalam pelukannya. Aneh tapi benar jantungku bagai jatuh seketika.
"I'm going to miss you so much." Begitu hampir untuk bibir mereka bertemu ketika aku cepat-cepat masuk dan berdehem untuk mengumumkan ketibaan.
"Hud! Hi!"
Aku angguk tanda aku dengar sapaan Raniya yang bagaikan terkena kejutan elektrik dengan pipinya yang memerah. Dia pantas keluar dari situ.
"Hud."
Angguk juga.
"I have to leave to Singapore later tonight," ujar papa.
"Cool."
"For four days," beritahunya lagi.
"Okay," endah tak endah kataku.
"I need you to behave. Be nice to your stepmom."
Aku angguk, langsung tidak membantah akan gelaran ibu tiri yang diucap Papa walau di dalam aku meronta.
"Hud, I'm serious."
"I got it."
Papa senyum. Ditepuk bahuku. "Don't get into fights."
"Pa."
Papa berpusing kepada panggilanku.
"Take care."
*
Malam itu, setelah diyakinkan Rafael, aku akhirnya setuju untuk keluar dengannya dan yang lain. Kononnya mahu menghiburkan aku setelah apa yang berlaku kepada Emir.
Pool, malangnya, tidak pernah menjadi forte aku. Aku lantas kembali ke meja setelah dibantai habis-habisan oleh Daryl dan Adam. Tidak mahu memalukan diri sendiri lagi, aku memesan air mineral sebelum menyambung latihan Fizik yang aku bawa dari rumah.
Masih kedengaran hilaian mereka yang masih tidak mahu tinggalkan aku. Aku tebalkan telinga, berpura-pura suka juga.
"Hi, Hud!"
YOU ARE READING
SEJAK - sebuah novel Majida
RomanceHud kehilangan ibunya ketika dia masih kecil dan sekarang dia berada didalam tahun akhir persekolahan, ayahnya mengambil keputusan untuk berkahwin buat sekali lagi. Hud diperkenalkan kepada Raniya - seorang pelukis berusia 26 tahun yang kini bergela...