Bab 8
Aku menghantar Raniya pulang setelah insiden itu tadi. Malu terasa diri untuk menghadap mukanya jadi sedaya-upaya mengelak mata dia. Tidak pernah-pernah mengalir airmata, tiba-tiba selaju air terjun aku curahkan depan dia. Hilang macho aku yang daripada asal memang sudah tidak seberapa nak ada. Dia mengajak aku masuk. Tetapi aku menggeleng tidak mahu.
Jujurnya, aku belum bersedia untuk menghadap Papa. Aku masih belum tahu apa yang patut aku katakan. Apa patut aku ucap maaf? Atau patut aku luah semula amarah dek tidak mahu mengaku salah dan kalah? Masih ada sedikit perit penamparnya yang terasa seolah sedang terbakar. Cuma aku tidak tahu samada perit itu benar-benar di pipi atau di hati.
Maka, bila Raniya mengajak aku masuk untuk lagi sekali, aku yakinkan dia aku benar-benar tidak mahu dengan menggeleng juga buat lagi sekali. Aku menghantarnya ke dalam dengan sebuah senyuman supaya terangkat sedikit beban risaunya.
Ah Hud, perasan sahaja ada orang risaukan. Tapi aku senyum juga, lebih untuk aku daripada untuk dia, sebenarnya.
Sejurus itu, aku ke rumah Rafael. Sebelum tiba, aku menelefonnya terlebih dahulu. Memberitahu hajat mahu menumpang bermalam. Aku senyum lebar bila pintu dibuka dan tanpa perlu aku kata apa-apa, tahu-tahu sahaja dia yang temannya seorang ini sebenarnya sedang diselubungi duka. Jadi, tidak sampai lima minit aku di sana, muncul Adam dan Daryl pula dengan dua kotak pizza di tangan mereka.
Aku dan mereka cuba berhibur dengan teriak lagu dan tarian tidak masuk akal mereka. Kamera di tangan, segalanya disuruh aku rakam. Mana tidak pecah ketawa. Kemudian, Adam dan Rafael hilang dalam asyik permainan video mereka.
"FIFA is the only way I can be better than you at football," umum Adam yakin benar dapat mengalahkan Rafael.
Daryl hanya bersandar ke dinding. Tewas dengan pizza.
Telefon aku yang baterinya kosong aku keluarkan dari poket.
"Rafael, where is your phone charger?"
Tangan mencari-cari di tempat biasa tapi tidak ada dijumpa.
"Oh, it's in my school bag. Front pocket."
Entah kenapa dia terasa perlu untuk melaung walau jarak kami dekat. Aku mencapai begnya yang berada di atas katil. Duduk di sebelah Daryl, aku menyandarkan kepalaku di bahunya. Dia meletakkan kepalanya di atas kepalaku pula dan sama-sama kami perhatikan kelahi Adam dan Rafael.
Saat itu, aku bersyukur pada Tuhan buat rakan-rakanku.
Telefon aku kembali bernyala. Ada tiga mesej. Semuanya dari R. Satu persatu aku buka.
Where are you now?
Are you feeling better?
Hud, please say something. I'm really worried.
Dia risau. Senyum. Laju jari-jemariku bersedia untuk menaip balasan.
Hey, sorry. My phone died. I'm all right. Could be better but I think I've caught a cold.
Patut aku tambah muka sedih? Ugh. Tak perlu kot. Hantar.
OMG me too! I've been sneezing non-stop!
Rasa bersalah serta-merta. Kerana aku, jatuh sakit juga dia. Tapi bukan salah aku seorang sebenarnya. Yang degil mahu ikut redah hujan itu kenapa? Dahlah bukan sedikit sakit bila kena hujan tadi sebenarnya. Ego menghalang untuk aku tutur maaf. Tapi aku mahu berbicara masih.
YOU ARE READING
SEJAK - sebuah novel Majida
RomanceHud kehilangan ibunya ketika dia masih kecil dan sekarang dia berada didalam tahun akhir persekolahan, ayahnya mengambil keputusan untuk berkahwin buat sekali lagi. Hud diperkenalkan kepada Raniya - seorang pelukis berusia 26 tahun yang kini bergela...