Part 5

131 7 0
                                    

Hujung minggu lepas, ruang tamu teratak Zulfikri.

"Adam, Papa dengan Mama ada hal nak cakap sikit. Tunggu kejap nak." Papa bersuara selepas selesai makan malam. Alhamdulillah masakan Mama malam ini memang sedap. Dua kali tambah Adam makan. Mana boleh menolak kerapu masam manis Mama. Sekian lama dia tidak pulang menjenguk ibubapanya di kampung halaman.

Kesibukan sebagai houseman memang bukan gurauan. Berkali kali dia tidak pulang kerumah berhari hari kerana sibuk di hospital. Banyak yang perlu dipelajari untuk menjadi doktor yang efisien. Adam bersyukur dia mendapat MO yang baik seperti Dr Mazlan yang tidak lokek berkongsi ilmu dan sering menggalakkan dia untuk selalu membaca.

"Papa dan Mama dah fikir masak masak." Papa bersuara sebaik sahaja Adam terhenyak di atas sofa. Lamunannya pada kerja di hospital kembali tertumpu pada ayahnya. "Kami nak kamu kahwin dengan anak kawan Mama."

"Ini orangnya. Cantik dan manis nak." Mama menghulurkan sekeping sampul. Haih malas betul. Bisik Adam di dalam hati. Namun kerana ingin menjaga hati kedua orang tuanya, Adam membuka sampul dan meneliti gambar yang ada di dalam. Dahinya berkerut cuba mengingat wajah yang seakan dikenali.

"Siapa nama dia eh Ma ?" Adam bertanya. Perasaan ingin tahu membuatkan dia tidak perasan akan perubahan wajah ibu dan ayahnya. Matanya hanya tertumpu pada sekujur tubuh berbaju kurung dan bertudung rapi.

Puan Yasmin tersenyum. Ini kali pertama Adam tidak terus membantah. Bahkan kali ini Adam bertanya nama. Sebelum ini, berkali kali dia cuba memujuk anak teruna nya ini untuk berkahwin. Langsung tidak diendahkan. Adam tidak pernah menunjukkan minat pada mana mana gadis yang dicadangkan.

Disuruh bawa teman istimewa ke rumah tidak pernah dibuatnya. Mereka kurang pasti jika Adam memang tiada teman wanita atau mungkin masih belum bersedia untuk mengenalkan pilihan hati pada keluarga. Puan Yasmin pernah mendengar kisah pelajar di luar negara menjadi homoseksual. Tetapi dia yakin Adam bukan begitu.

"Nathasha. Anak Pakcik Anuar dan Makcik Jane." Segera ibunya menjawab.

"Nathasha Anuar. Hmm okay." Adam mengangguk.

"Okay ?" Hampir melompat keluar jantung Puan Yasmin. Walaupun dia kurang pasti apakah maksud okay Adam. Dia menganggap ini green light untuk menjodohkan Adam dan Nathasha. Adam hanya mengangguk. Puan Yasmin berbalas pandangan dengan suaminya. Alhamdulillah mudah benar anaknya bersetuju kali ini. Sekarang hanya perlu merisik.

"Kita pergi merisik lusa boleh ?" Puan Yasmin tak sabar. "Sebab Adam kan cuti susah. Kalau tak dapat cuti next time macam mana." Adam setuju lagi. "Okay." Pendek. Puan Yasmin hampir bertepuk tangan kegembiraan. Suaminya turut ketawa melihat gelagat Puan Yasmin.

Keesokan harinya Adam diheret kesana kemari oleh ibunya mencari cincin untuk tujuan merisik. Ibunya sudah menyediakan sebentuk cincin belah rotan namun dirasakan terlalu ringkas untuk gadis semanis Nathasha. Dia mengenang gadis itu yang ditemuinya dua minggu lepas di kenduri anak sahabat sekolahnya.

Nathasha yang anggun dan sopan itu benar benar mencuri hatinya. Sewaktu dia berbual dengan rakan sekolahnya Maria, dia mengadukan perihal susah mencarikan jodoh buat anak teruna yang nombor dua itu. Ketika itulah, Maria memperkatakan perihal anak dara Jane yang sudah di tahun akhir sekolah perubatan.

Kebetulan Nathasha sedang melayan tetamu. Dia memerhatikan gadis itu dan mendapati orangnya sopan dan lemah lembut. Sewaktu Puan Yasmin berbual dengan Puan Jane, dia menyatakan keinginannya untuk bermenantukan Nathasha. Puan Jane pada mulanya kelihatan keberatan pada cadangan yang agak direct itu tetapi akhirnya mengalah setelah dipujuk Maria dengan menyatakan mereka boleh berkenalan terlebih dahulu.

Jane bersetuju untuk berbincang terlebih dahulu dengan Nathasha dan akan menerima jika Puan Yasmin mahu merisik dan membawa sekali anak terunanya untuk dikenalkan pada Nathasha. Puan Jane, ibu Nathasha sebenarnya punya rencana tersendiri untuk calon suami Nathasha. Jika anak lelaki Puan Yasmin tidak menepati kriteria yang ditetapkan, dia tidak akan bersetuju.

"Weh Thash kau boleh balik tak hujung minggu ni ? Mama suruh kau balik." Adik nya Bella menelefon tiba tiba pada hari Khamis. Memang cun sangat sebab dia memang rindu nak balik. "Okay esok lepas kelas aku balik. Nanti aku call pukul berapa flight okay." Thasha melonjak kegembiraan.

Tidak terfikir olehnya mengapa disuruh balik sedangkan dua minggu lepas dia sudah pulang untuk membantu di kenduri perkahwinan anak pak longnya. Sesampainya di rumah, adik beradik nya jugak tidak memberi hint bahawa dunia nya akan kiamat. Bella dan Qilah sebenarnya masih marah kerana dia menghabiskan ramen kegemaran mereka dan tidak menggantikan stok ramen di rumah itu.

"Thasha ! Esok jangan pergi mana mana tau." Mama nya berpesan. "Kenapa Ma ? Mama nak ajak pergi mana ?" Thasha yang masih tidak tahu apa apa bertanya. "Adalah." Pendek Mama menjawab. Bella dan Qilah hanya tersengih sengih sesama mereka. Malas nak melayan kedua adik bongsunya dia kembali menapak ke bilik untuk membaca novel John Grisham.

Keesokan harinya, sebuah keluarga singgah di kediaman mereka. Thasha yang tidak tahu apa apa disuruh bersalin pakaian memakai baju kurung. Mama hanya berpesan supaya nanti dia buatkan air dan kuih untuk tetamu. Dan sewaktu dia mengangkat air teh dan kuih ke ruang tamu, baru dia sedar apa yang sedang terjadi.

Di atas meja kopi di depan pasangan suami isteri sebaya Mama dan Abah, terletak sebekas tepak sirih dan sekotak cincin. Lancar matanya melirik ke arah kedua adiknya. Mereka hanya menjelirkan dan lidah. Mulut mereka mengatakan meluahkan Padan Muka tanpa suara.

Kalau diikutkan hati nya, ingin dia menumbuk meja tetapi ditahan. Depan orang tua tidak boleh kurang ajar. Thasha tidak akan lupa didikan Abah dan Mama. Dia mengamati wajah Puan Yasmin yang dia temui dua minggu lepas di majlis perkahwinan sepupunya, Abang Bog. Patutlah makcik ni senyum lebih kat aku haritu. Cis.

Selesai dia menghidangkan air, sebelum dia berlalu sempat Puan Yasmin menyambar tangannya dan memaksa dia duduk di sebelah. Puan Yasmin menggenggam erat tangannya dan menyatakan betapa dia ingin mempunyai anak perempuan semanis Nathasha. Hati Thasha cair dengan kelembutan wanita yang dirasakan seperti ibunya sendiri.

Dia dapat merasakan keinginan yang dipikul oleh Puan Yasmin untuk menjadikan Nathasha menantunya. Namun hatinya tiba tiba tawar selepas melihat anak wanita berkenaan yang baru muncul. Dia mengenali wajah itu sekilas pandang. Ingin sahaja dia lari dan mengunci diri dalam bilik namun Puan Yasmin menggenggam erat tangannya.

Dan dia tidak ingin memalukan orang tuanya di hadapan tetamu. Tapi... Itu Adam Zulfikri ! Buaya tak guna. Puan Yasmin yang menyedari kekakuan Thasha selepas melihat Adam menyangka Thasha menyukai Adam dan semakin pasti akan rancangan menyatukan Adam dan Nathasha.

Selepas tetamu itu pulang, ibunya pula Puan Jane yang menyatakan restunya jika Thasha mahu berkahwin dengan Adam. Dia menyukai pemuda itu. Dia berpendapat walaupun Nathasha anak yang taat dan tidak pernah membantah orang tua, Nathasha tidak akan sewenang wenangnya mendengar kata orang lain.

Ini disimpulkan setelah dia melihat Nathasha membesar dengan Syafiq, Ayu Bella dan Qila. Walaupun Ayu dan Syafiq lebih tua darinya, Nathasha tidak segan membantah kata mereka. Bahkan kekadang dia mendengar mereka bertikam lidah dan Nathasha tidak mudah akur pada abang dan kakaknya. Hubungan Thasha, Syafiq dan Ayu lebih seperti rakan rakan berbanding abang dan adik.

Puan Jane merasakan Adam mampu mengawal Nathasha. Kerana gaya percakapan dan pembawaan dirinya yang menunjukkan dia berkarisma dan mempunyai ciri ketegasan yang diperlukan untuk mengawal Nathasha. Lagi pula, pemuda itu kelihatan warak dan sopan terhadap orang tua. Dan rupanya tidak lah biasa biasa sahaja. Agak tampan dan sepadan dengan Nathasha.

Aku Tak RelaWhere stories live. Discover now