Part 9

132 6 0
                                    

"Assalamualaikum." Aku memberi salam dalam kepenatan. Tidak lupa aku mengucapkan basmallah sebelum kaki kananku melangkah masuk pintu rumah. Tabiat yang aku warisi dari Abah. Mungkin kerana terbiasa melihat Abah begitu selama aku membesar, aku jadi tidak kekok mahu turut berbuat demikian.

Malam itu, kami sekeluarga sibuk menyusun atur perabot rumah untuk majlis pertunangan aku dan Adam. Aku hanya menurut tanpa membantah. Menolong apa yang perlu. Mengalih kerusi jati Mama ke sana ke mari. Nasib baik tak patah pinggang ramping aku ni. Aku bercekak pinggang melihat transformasi yang terjadi. Selepas selesai, rumah yang aku kira aku kenali semakin asing.

Rumah yang sudah beberapa tahun aku tak tinggal sama. Dari umur 16 tahun, aku sudah tidak selalu di rumah. Sebaliknya aku di asrama bersama kawan kawan yang akhirnya aku sayang seperti keluarga sendiri. Tapi setiap inci dan corner rumah ni ada kenangan aku sendiri.

Kat bucu tepi ruang tamu tu lah tempat Abah selalu mengaji lepas solat Maghrib. Kat spot yang sama, aku bersila di hadapan dengan Iqra'. Setiap kali lepas Maghrib, Abah ajar aku mengaji start aku umur 5 tahun. Sampai habis Iqra' baru Abah hantar mengaji dekat rumah Kak Long, jiran sebelah taman.

Kat sofa hijau tu pulak, tempat aku duduk di riba Abah masa umur 4 tahun. Abah akan baca paper. Aku pulak mengeja satu satu tajuk artikel yang Abah baca. Kalau dapat habis eja tajuk artikel before Abah habis baca artikel tu, kira big accomplishment lah. Tepuk tangan sikit untuk diri sendiri. Hui memori.

Kat meja ruang makan, aku, Abah dan Mama buat kerja sama sama. Abah dan Mama aku tak pastu buat kerja apa. Tapi aku mestilah buat homework. And kalau takde homework, aku study sebab nak teman Abah buat kerja. Abah pun sama. Kalau homework aku banyak sampai larut malam aku buat, Abah temankan aku sambil dia baca buku.

Rumah ni, walaupun bukan tempat aku tinggal sekarang, tak pernah aku lupa setiap kenangan kat sini. Because in memories, love flourish. Aku pandang kiri kanan. Semua ahli keluarga aku nampaknya kepenatan mengemas rumah. Mama berdiri tepi Abah inspect ruang. Tangan kanan Mama ada folded papers yang Mama guna untuk kipas kipas.

Berpeluh semua orang bersihkan rumah. Abah rilek je dengar Mama cakap sambil angguk angguk. Abah dengar ke tak Mama cakap apa tu. Rasanya macam tak. Lol. Bella dan Qilah lepas bersihkan siling tadi dah lesap tak tahu pergi mana. Lepak dengan kawan dia lah tu, aku merujuk kepada rabbit yang kami bela di belakang rumah. Rabbit kesayangan Bella.

Malam itu, sedang aku terbaring bagaikan tapak sulaiman di atas katil menikmati udara nyaman kipas yang baru dibersihkan, Mama tiba tiba masuk ke bilik aku dan turut sama memenuhi katil queen yang aku kongsi dengan Ayu.

"Thasha, pakai ni." Mama hulur mask Nature Republic. Aku meneliti packaging mask tersebut. Rehydrate and mosturize. Sounds good. Exactly what I need. Aku segera mengambil tempat dan mengenakan mask tersebut. Sejuk, dingin dan nyaman.

"Eh Mama ! Nak jugak mask." Bella yang entah dari mana tiba tiba datang menyibuk.

"Eh sibuk lah kau. Budak budak pi main sana jauh jauh." Menyibuk betul budak ni.

"Eh suka hati aku lah. Aku anak kesayangan Mama kot." Bella menjawab. Bontot nya didudukkan di bucu katil. Nasib baik aku dah ambik port selesa atas katil ni. Kalau tak, aku bangun pastu tunjal dahi dia sampai terhantuk kat dinding sekali.

Dan seperti biasa, kalau Bella datang, dia tak datang sorang. Buy 1 free 1. Qilah muncul tak lama lepas tu. Budak dua orang tu macam lalat yang hurung tahi. Apa punya perumpamaan aku pakai ni tapi lebih kurang macam tu lah. Kat mana ada orang berkumpul, kat situ lah diorang datang. Nak join bergosip.

Memang perangai azali perempuan agaknya. Suka sangat berkumpul ramai ramai pastu bercerita. Tapi bukan lah mengumpat pasal orang. Kadang kadang, heart to heart punya talk. Macam sekarang. Bila Mama tiba tiba buka mulut.

"Acha."

"Hmm." Aku hati hati membalas. Minimal facial muscle movement. Tak nak mask aku ni berkedut.

"Acha suka tak Adam tu ?" Silence.

Aku dapat rasa empat burning souls berhampiran. Burning with curiosity. And ada dua entiti yang tengah sengih sengih beneath their masks, Bella dan Qilah.

"Hmm." Aku malas nak melayan.

"Acha dah istikharah ke macam Mama suruh ?" Mama tanya lagi.

Aku teringat mimpi aku. Mimpi yang bagi aku rasa pelik gila.

Aku mimpi Adam dan aku. Details dia macam blurry. Tapi the part that I remember clearly is that we were both wearing white tapi macam a little bit too bercahaya macam... Tak tahu macam apa. Macam mat saleh punya definition of angels perhaps. Tapi takde halo lah.

Just wearing white clothing. And no bukan kain kapan okay. Kau jangan nak macam macam. Mimpi aku tu bukan horror movie cerita hantu Munafik ke apa ada pocong dua ekor lompat lompat. Dia mimpi yang jenis kau rasa macam tenang.

And we were among the clouds. And we sort of lie down on the clouds holding each others hand in our sleep. And bila aku terjaga dari tidur, tangan aku rasa pelik. Rasa macam lenguh macam sepanjang malam tu ada orang genggam tangan aku.

And Bai bangun pagi je cuak ingat aku dah mampos. Manakan tidak, bangun pagi diorang keluar bilik nak gi toilet nampak aku tertidur atas sejadah dengan masih bertelekung kat ruang tengah. Nasib baik lah masa Bai keluar tu, dia tak sempat bertempik lagi aku dah terjaga. Kalau tak mahu gempar gempita satu apartment tu.

"Acha solat istikharah tak ?" Mama kacau aku mengelamun. "Hmm."

"Dah tu ?"

"Dah tu apa ?"

"Acha rasa okay tak Adam tu ?"

"Okay jeee." Aku panjang kan sikit penghujung ayat nak bagi hint aku tak nak cakap dah.

"Cha, haritu kau kata Adam tu senior sekolah ? So kau kenal dia lah ?" Qilah pulak yang jadi wartawan.

"Kenal laa." Aku give up. Berkedut pun kedut lah mask aku ni. "Dulu aku kenal dia masa aku Form 3 dia pulak Form 5."

"Tapi aku takde lah kenal sangat. Tahu muka dah lah. Nama pun ketua pengawas kan. Bodoh sangat aku ni kalau tak cam ketua pengawas." Aku annoyed.

"Dia sekolah dulu macam mana orangnya, Cha ?" Mama sambung tugas wawancara.

"Okay je Ma. Acha mana lah tahu kan. Acha takde lah kenal sangat. Tapi pernah lah macam perhimpunan ke apa dia bagi ucapan."

"Kalau ketua pengawas hensem macam tu tak ramai peminat ke Cha ?" Aku rasa nak roll eyes sampai juling dekat Ayu. Soalan apa kau tanya ni kak. Adoii.

"Boleh lah. Tapi ada je yang lagi hensem." Aku malas nak reveal yang sebenarnya... Aku pun peminat dia. Aigoo.

"Takkan laa sepanjang sekolah kau tak pernah tegur dia ?" Aku jeling Bella. Mestilah aku pernah. Tapi takkan nak bagitahu kau. "Takde. Aku tak tegur orang merata rata macam kau. Gedik !" Aku rasa victory dapat balas balik. Padan muka.

"Kalau camtu asal masa kau nampak dia haritu muka kau pucat tiba tiba ?" Babi. Dalam kepala aku, aku tengah hantuk dahi.

Aku Tak RelaWhere stories live. Discover now