Part 19

91 6 0
                                    

Adam meraup wajah. Astaghfirullah. Apa aku buat ni. Kata kata Apip terngiang ngiang dalam kepala. Kalau kau nak kahwin dengan dia nak buat aniaya, baik jangan bro. Hampir hampir dia menganiaya Nathasha kerana dendam yang sudah lama sepi. Kerana hal bertahun lalu yang tidak sepatutnya diungkit kembali.

Dia memang benar benar sukakan Thasha dahulu. Dia ikhlas walaupun pada awalnya, dia mendekati Thasha kerana dicabar oleh rakan rakannya. Dia terpikat dengan sikap Thasha yang kelakar dan easy going. Setiap kali bersama Thasha, hatinya terasa tenang. Dan keletah Thasha yang kelakar dan manja sering menghiburkan hatinya.

Tapi apabila dia mengetahui yang Thasha itu seorang playgirl, dia rasa dikhianati. Thasha sendiri yang mengucapkan bahawa dia tidak pernah mempunyai perasaan apa pun terhadap Adam. Bahkan Thasha sendiri mengaku yang dia sukakan Apip. Siapa Adam untuk menidakkan kata kata Thasha yang jelas menghiris hatinya.

Dan Adam tahu bahawa Apip dan Thasha sering berhubung namun dia percayakan Apip. Tidak mungkin Apip akan mengkhianati dirinya demi seorang perempuan. Their friendship values more than a girl. Lagipun, Apip memang tidak punya perasaan pada Thasha.

Adam yakin kerana Apip tidak pernah gagal memaklumkan perbualan antara dia dan Thasha. Dan Apip sangat supportive akan hubungannya dengan Thasha. Ah Apip playing Cupid.

"Bro, gerak lu." Syah menghulur tangan untuk bersalaman. Adam kembali ke dunia nyata. Di atas court futsal masih basah bermandi peluh.

"Okay okay. Next time nak main lagi roger ah." Adam berkata seraya tangan Syah disambut. Dia memerhati Syah berlalu dengan beberapa lagi player yang lain. Kebiasaannya mereka ada sesi lepak kat mamak lepas game tapi esok Adam kerja. Dia mahu rehat secukupnya supaya esok hari dia tidak lalai membuat kerja.

Adam bingkas bangun meninggalkan court untuk pulang ke rumah. Dia kira malam itu dia bisa tidur namun bayangan Thasha menghantui malam nya. Hampir jam 2 pagi baru Adam dapat melelapkan mata.

***
"Hoih ! Menguap je dari tadi. Kau buat apa semalam ?" Dr Izzaz menepuk bahu Adam. Kedua tangannya mengurut ngurut bahu Adam. Adam mengelak urutan cakar harimau yang menggelikan seluruh tubuhnya itu. Badannya digoncang kehadapan dan kebelakang. "Bangun Adam bangunnn... " Dr Izzaz bergurau.

"Sorry boss. Semalam Game of Thrones marathon." Adam menjawab bercanda.

"Aku tak tengok lagi. Jangan spoil." Dr Izzaz bernada tegas. Matanya dibuntangkan memberi amaran. Adam hanya mampu tertawa. Mujurlah MO itu tidak marah dan masih mampu bergurau senda walaupun beberapa kali dia tertinggal details plan pesakit.

Mereka kembali menyambung kerja memeriksa pesakit dan review plan. Selesai round, Adam mahu berlalu ke pantri sebelum Dr Izzaz turut serta memeriahkan pantri. Beberapa houseman lain yang turut serta mahu menjamah sarapan yang tertunda turut menyapa Dr Izzaz yang terkenal kerana kebaikannya.

"Eh ni Dr Charles ada buat crash course for MRCP. Korang semua join tak ? Awal awal ni baguslah kalau dah study for MRCP." Dr Izzaz bersuara sambil matanya memandang setiap houseman yang berada di situ. Dr Hafiz, Dr Fatima dan Dr Hoe yang sedang menjamah nasi lemak berhenti menyuap.

"Sounds great tapi 25th kan boss ? I don't think many of us can go." Adam tenang menjawab. Sememangnya dia sudah sedar akan pemberitahuan mengenai talk berkenaan tetapi pada tarikh itu, dia tidak free. He is on duty.

"I free ! Kalau you nak pergi boleh swap dengan I." Dr Fatima menawarkan diri.

"I nak ! I nak !" Laju Dr Hoe yang bermata monolid itu menyambar peluang. Ifkar hanya mampu tersenyum. Ah tidak mengapa lah. Mungkin nanti dia boleh mintak tips dari Dr Hoe yang beria ria mahu pergi. Pintu pantri tiba tiba dikuak nurse. "Dr Adam, ada relative patient nak jumpa."

Adam bingkas bangun. Di closed hallway itu kelihatan seorang gadis muda berpakaian menggiurkan mundar mandir.

"Sorry Doktor. Saya baru sampai from London. Macam mana keadaan ayah saya ye ?" Bibir mungil bercalit lipstick itu bersuara lunak menutur kata.

"Ayah cik siapa ye. Katil mana ?" Adam mengangkat kening.

"Bed 28. Khamis bin Sarjan. He told me you're the doctor in charge."

"Oh Pak Cik Khamis. I know him. But it's my friend yang take over his case now." Adam memang mengenali Pak Cik Khamis yang di masukkan ke hospital kerana NSTEMI. Perwatakan Pak Cik Khamis yang ramah disenangi ramai bahkan baru dua hari tinggal dihospital, dia sudah mesra dengan pesakit lain di kubikel itu.

"Maaf ye saya nak tanya. Ayah cik memang tinggal seorang diri ke ?" Adam berhati hati memulakan bicara. Gadis itu mengangguk.

"I actually lives with him tapi sekarang my work requires me to be in London a lot. So most of the time he is on his own." Gadis itu petah menjawab dalam accent English pekat.

Gadis itu menyambung lagi, "My mom passed away two years ago. He loves her so much he refuse to leave the house. I wanted to take him to London with me but he's stubborn."

"Okay macam ni. Saya pasti ayah cik dah bagitahu yang dia kena serangan jantung. Keadaan Pak Cik Khamis sudah stabil. Cik tak perlu risau. Tapi untuk kes macam ini, cik kena bring him for follow ups and kita tengok lah nanti macam mana."

"Doktor, kalau I nak tansfer him to private hospital what's the procedure ?"

"I can prepare the documents then we will arrange for it. Please come with me."

Adam berlalu pergi sambil gadis itu menurut dibelakangnya. Hallway itu bergema dengan tapping of her high heels. Adam sedikit terkesan dengan cerita gadis itu. Adakah nanti dia dan Thasha juga bakal begitu ? Missing each other so much that even death will not do us part ?

Adam memaklumkan keputusan keluarga pesakit kepada Dr Fatima dan hand over the proceedings to her. Dia kembali ke pantri untuk menghabiskan his coffee yang sudah pasti sejuk selepas dibiarkan lama.

Pantri itu kosong sewaktu dia kembali. His mug of coffee proven to be as cold as plain water. Adam menambah sedikit air panas. Kopi itu kembali suam. Aroma brown sugar menusuk his nostrils. Dia menghirup sambil fikirannya kembali menerawang.

Thasha. Gadis itu asyik menghantui dirinya. Baik dalam sedar mahupun dalam tidurnya. Ah dia perlu segera menemui Nathasha lagi.

Dan seperti magis, telefon bimbitnya berdering. Caller ID menunjukkan pemanggil dihujung talian tidak lain dan tidak bukan, seraut wajah yang menghantui dirinya sekarang.

"Umm hello. Adam eh ? Bai ni. Thasha kat ED your hospital. Yellow. Boleh datang sekarang tak ?"

Hallway itu bergema lagi. Kali ini tapak kasut Dr Adam yang berlari bagaikan tidak cukup tanah menuruni anak tangga sepantas kilat untuk ke Emergency Department.

God, don't let it be.. Adakah Thasha kemalangan ? Tuhan, tolong selamatkan dia ! Hati Adam berkecamuk.

Author's note:

Hello my dear readers.

I know I told you guys I'm gonna put a hold on ATR! because I was busy. I am busy. I had my on call today. Survived today eating candy for breakfast and teh o ais for lunch. Ate my first meal at 9pm.

Reached home at 10pm after more than 12 hours on my feet, thinking I'm gonna sleep like a log afterwards but here I am, 3am and writing a chapter.

Sometimes it happens. I get too tired I couldn't sleep. Maybe the adrenaline from today's bedside teaching which I have to present a case. I prepared my case in just one hour. Did my first volar slab on a real patient today. Managed to clerk patient from ED for my case write up. I achieved a lot today.

Oh anyway, no more rantings about my day. I hope you enjoy this chapter.

Your all-achiever writer,
Aina.

Aku Tak RelaWhere stories live. Discover now