Part 10

125 5 0
                                    

Ah babi. Bala dah datang.

"Aku ?" Aku pura pura tak faham. Keep calm, Thasha.

"Ye lah. Kau."

"Terkejut kot. Tak perasan pulak aku. Aku rasa biasa je masa tu. Cuma macam terkejut sikit je. Senior sekolah kan. Dah berapa tahun tak jumpa." Otak aku ligat berfikir selaju Ferrari. Jangan sampai kantoi sudah. Aku tak nak bukak cerita lama.

Walapun Bella dengan aku selalu bergaduh, tak sangka pulak budak ni boleh baca riak muka aku.

"Hmm okay." Bella jungkit bahu. Eh eh budak ni. Aku punya cuak namatey tadi dia rilek je let go tak nak discuss any further.

Memang lah a good thing dia tak pursue the matter any further. Tapi kalau kau tak nak tahu, tak payah lah buat aku cuak. Nasib baik aku tak terlupa bernafas tadi. Kalau tadi aku terkejut sampai biru tak ke dalam kubur aku sekarang.

Aku jeling Bella pakai ekot mata. Ah budak ni. Aku tahu dia ada agenda tersembunyi. Tapi takpe. Kita biar dulu dia fikir dia sorang je ada upper hand in this matter. Aku akan fikir comeback untuk kenakan dia nanti.

"Okay semua balik bilik masing masing. Tidur. Esok tolong Mama masak kat dapur k. We have a lot to do tomorrow."

"Okay Ma." Keempat kami menjawab serentak.

Mama dan lagi dua pendatang asing tanpa izin berkenaan berlalu ke bilik masing masing meninggalkan aku dan Ayu meneliti siling putih bilik kami.

"Ayu."

"Padia ?" Ayu membalas. Matanya masih terpaku di skrin telefon. Scroll Twitter dan sesekali gelak sendiri.

"Apa dia ?" Ayu membalas sekali lagi melihat aku membisu. Tumpuannya kembali ke aku. Acha 1 : 0 Twitter.

"Dulu masa kau tunang, nervous tak ?"

"Kau cuak ?" Eye contact. Aku menunduk. Tiba tiba malu. Alahai tak payah laa pandang aku.

Kau buat gila mende ni Thasha. "Kau cuak something goes wrong esok ?" Ayu menyambung pertanyaannya.

Aku geleng. "Bukan pasal tu. Aku tak tahu lah betul tak keputusan aku ni." Luah aku penuh kepayahan. Segan nak discuss benda hati ke hati.

"Kau dah istikharah kan ? Previously kau okay je kan. Leave it at that. Ni pre-engagement jitters je ni. Aku pun rasa macam tu jugak dulu. Bagi aku kalau kau nak buat benda baik, ada je syaitan tiupkan was was dalam hati kau." Ayu tenang menjawab.

"Ye. Tapi ah tak tahu lah." Malas nak berbicara lanjut, aku gusti brown teddy bear hadiah birthday yang ke 18. Walaupun busuk dan telinga koyak, masih selesa dipeluk.

"Aku segan lah weh. Nak tunang dengan orang yang tak kenal sangat. Kalau dia suka korek hidung macam mana ? Eee geli !" Aku suarakan sambil menguli telinga kiri teddy yang masih intact.

"Baguslah kalau dia suka korek hidung. Boelh korekkan hidung kau sekali." Ayu berseloroh. Ya Allah lame nya lawak kau boleh depress aku. "Kau tahu tak sebenarnya apa perasaan kau sekarang ?" Ayu menyambung selepas seketika.

Apa perasaan aku sekarang ? Amende Ayu ni. "Maksud kau ?"

"Kau sebenarnya excited !"

"What ?" Aku segera berpusing menghadap Ayu. Tak selesa lah cakap benda macam ni tak bersua muka.

"Iye. Kau sebenarnya tengah excited sekarang ni. Macam macam kau curious pasal dia kan ?"
Ayu cuba menjentik logik. "Kau nak tahu macam macam pasal dia kan ? Kau sebenarnya bukan risau kalau dia ada habit yang kau tak suka. Kau nak tahu apa habit dia. Kalau kau tak suka dia, awal awal kau dah cakap tak nak. Mungkin kau tak sedar. Tapi aku rasa, kau subconsciously suka dia."

Well part curious tu aku rasa betul. Tapi part aku suka dia tu...

"Ee mana ada aku suka dia. Aku terima sebab Mama Abah macam suka dia je. And mak dia baik." Aku menidakkan. Tak mungkin aku suka dia !

"Kalau kau takde sekelumit pun perasaan kat dia, kau takkan terima Thasha. Kau tak sedar kot tapi kau dah consider dia quite a nice guy sebab tu kau boleh terima. Kalau kau benci dia, definitely you won't agree."

Kalau aku benci dia, aku takkan terima ? I guess aku dah tak benci dia lah kot. Benda dah lepas. Aku masih ada perasaan marah tu tapi aku rasa perasaan tu dah tak relevan selepas bertahun tahun aku tak jumpa dia.

"Dah tidur lah. Esok nak bangun awal." Ayu tutupkan lampu. Aku hanya berteleku dalam gelap sehingga tidur membawa aku pergi.

Keesokan pagi nya, riuh rendah Mama dan kami lima beranak di dapur. Abah turut serta sebagai chef dalam sesi memasak nasi Arab sebagai hidangan tengah hari nanti. Walaupun aku turut serta membantu di dapur, aku merasa sedikit istimewa sewaktu dilarang Mama dari memotong bawang.

Takut nanti mata sembab kalau nangis potong bawang. Tak ke buruk gambar tunang aku nanti. Dan yang menjadi mangsa menggantikan aku adalah tak lain tak bukan Bella. Seronok betul aku masa dia jeling tak puas hati tadi. Kahkahkah padan muka !

Hampir jam 11 pagi, Adam dan beberapa ahli keluarga terdekatnya tiba di rumah aku. Semua di pelawa duduk bersila di atas karpet di ruang tamu. Aku yang tidak dibenarkan keluar bilik selagi tidak dipanggil hanya sesekali memerhati dari sebalik pintu.

Palpitation aku dibuatnya melihat ahli keluarga Adam dan aku yang riuh bersembang di ruang tamu. Pulse rate 108 beats per minute regular rythm good volume. Cold peripheries with moist palm. Okay ni nervous betul ni. Segera aku inhale dan exhale in my attempt to cuba bertenang.

Sayup sayup kedengaran suara Abah diselang selikan dengan satu lagi suara lelaki pertengahan umur berbicara. Aku cuba menangkap butir bicara namun tenggelam dek sesekali gelak tawa hadirin. Gelak tawa Che' kedengaran diantara gelak tawa manusia yang lain. Amboi mudah terhibur betul nenek aku ni.

Akhirnya Qilah datang ke bilik mengatakan sudah sampai masa untuk menyarung cincin. Aku dan Ayu, satu satunya teman aku yang dari tadi berpandangan antara kami. Tangan aku digenggam Ayu memberi sokongan moral dan keberanian. Keberanian untuk melawan sifat malu aku yang kalau diikutkan mungkin berakhir dengan aku menanam kepala dalam pasir.

Bismillahirrahmanirrahim. Aku mula melangkah untuk menjadi tunangan Adam Zulfikri.

Aku Tak RelaWhere stories live. Discover now