Part 13

95 8 0
                                    

"Thasha." Laju suara itu menyapa sebaik aku accept call.

"Haa ? Kenapa call Pip ? Aku tengah drive lah." Aku yang dalam perjalanan pulang dari hospital tenang menjawab panggilan. Hari Sabtu pun terpaksa datang hospital sebab nak cari case untuk case write up. Kalau buat awal awal, nanti bila doktor mintak takde lah gopoh baru nak buat. Alang alang boleh follow up patient yang aku dah clerk sebelum ni.

"Oh okay aku call nanti balik-"

"Eh takpe. Handsfree." Malas nak tunggu Apip call balik sebab kalau tak sementara tunggu tu aku mesti jadi anxious. Nak drive lagi mana boleh anxious nanti gopoh pulak aku memandu. Lagipun tengah jem ni. Tak delah bosan kalau sembang.

"Haa kenapa call ?" Aku rilek sahaja bertanya walaupun sudah sekian lama tak bersembang dengan Apip. Dahulu kami agak rapat dan jujur aku selesa bersembang dengan Apip. Orangnya chill and laid back gitu.

"Oh haritu kau tanya Instagram Adam buat apa ?" Alamak. Erm nak jawab apa ni. Malu lah nak mengaku stalk kan.

"Oh saje je. Takde buat apa pun. Kawan aku nak tengok." Takkan nak mengaku suruh member stalk dia. Gila ke apa.

"Sebenarnya aku nak cakap sikit." Sunyi seketika. Saspen pulak aku.

"Adam.. Dia.. Aku tak tahu nak cakap cane tapi aku rasa baik kau hati hati."

"Kenapa Pip ? Kau jangan buat aku takut macam ni." Suara aku bercampur panik. Apip mengeluh di hujung talian. Dah drop the bomb macam tu takkan nak lari macam tu je. Explain lah samdol.

"Aku takut dia buat benda bodoh nanti. Adam kalau sebut nama kau, hilang segala rasional dia."

"Apa maksud kau Pip ?" Aku betul tak faham.

"Dulu lepas korang break up dulu, Adam kecewa gila tau. Hampir gila jugak laa dia nak terima kenyataan." Apip ni buat lawak apa. Geli hati pulak aku. Dia ingat Adam ni hero drama Maghrib nak frust tonggeng tonggeng.

"Pip kau sembang bebetul laa Pip." Aku malas nak melayan sembang lebat Apip.

"Dulu masa korang putus, Adam kecewa weh. Sebab dia betul betul sayangkan kau. Serious ni."

Ayat Apip bagaikan angin sepoi sepoi bahasa. Sikit pun aku tak percaya. Tapi entah kenapa. Jantung aku berdegup kencang. "Tapi aku tak salah kan kau. Kau masa tu kecik lagi. Budak budak pun lagi. Sebab tu kot kau tak faham. Tapi sekarang.."

"Aku takut dia masih marah kan kau. Haritu aku cakap kat dia, lupakan hal yang lepas. Tapi aku tengok dia senyap je, aku jadi tak sedap hati. Aku ni bestfriend dia tapi dengan aku pun dia tak cerita lebih. Aku try korek tapi dia tak nak cakap. Sebab tu aku warning kau dulu."

"Pip, aku..."

Mata aku terasa panas. Kenangan lama yang dah tersimpan rapi kalau bukak lipatan nya, emosi yang tersimpan pastu menjengah jua. Dalam hati aku cuba memberitahu yang Apip pasti salah. Namun entah kenapa aku merasa pedih. Lidah aku kaku. Segera aku menarik nafas panjang mahu mengawal emosi.

Bertahun tahun sudah berlalu tapi sakit hati aku masih jelas terasa. Aku turut sama sakit hati mendengar nama aku menjadi bualan senior senior. Berdesing telinga aku mendengar diriku hanyalah bahan mainan. Rupanya Adam merapati aku hanya disebabkan pertaruhan bodoh senior sebelum menamatkan alam persekolahan.

Sebab itu aku tekad merapati Apip. Di depan Adam, aku mendekati Apip dan meminta nombor telefon Apip. Walaupun aku hanya mahu menyakitkan hati Adam di samping membantu sahabat baik aku sewaktu itu meluahkan perasaan kepada Apip, tapi plan aku berjaya. Dan Apip masih menjadi sahabat baik aku sampai kami terputus hubungan.

Aku masih ingat. Petang itu, usai aku habis kelas tambahan, Adam menemui aku. Di belakang makmal komputer, aku dan dia beradu mata bagaikan kami musuh ketat. Aku sememangnya terluka. Siapa mahu jadi bahan pertaruhan lelaki. Mana maruah aku ? Dan aku kecewa Adam yang aku sangka menyayangi diri aku rupanya hanyalah lelaki jahat. Nappeun-namja.

Aku masih ingat persoalan yang dilontarkan Adam. Dan jawapan dusta yang merobek hati aku sendiri sewaktu menuturkannya.

"Thasha. Cakap betul betul. Dalam hati Thasha, memang takde sekelumit pun sayang buat abang?"

"Tak." Aku suakan rolling eyes ke mukanya. Sepertinya dia marah.

"Thasha suka Apip ?" What? Apa kaitan dengan Apip. Tapi anyway boleh lah. Apip at least baik dengan aku.

"Hmm boleh lah." Aku menjawab acuh tak acuh sambil tangan aku disilangkan dihadapan tanda malas nak layan. Malas nak panjang bicara dengan dia ni. Kalau aku dah tak reply mesej apa semua tu, tak payah dah lah kacau aku.

"Kalau macam tu, kita putus kat sini je lah. Thanks for everything. Bye." Adam berlalu meninggalkan aku terkumat kamit sendiri. Macam tu je dia blah ? Okay whatever!

Tapi air mata aku tumpah mengalir selaju lajunya. Petang itu aku pulang ke rumah tanpa memandang wajah Abah. Tidak mahu Abah menyedari mata aku yang bengkak menahan tangis.

"Pip, kita cakap later boleh. Tapi thanks anyway. And aku tak rasa Adam boleh apa apakan aku pun. Kitorang baru bertunang. And aku tak rasa kitorang akan bertunang buat tempoh yang lama." Aku jujur dengan Apip. Iya ini tak mungkin kekal.

"Kau nak putuskan pertunangan korang ?" Apip sedikit menjerit. Budak dua orang ni memang dah gila. Adam tu gila. Thasha ni pun sewel. Hal tunang kahwin dibuat main.

"Aku entahlah. Tengok lah. Aku takde alasan lagi so far. Tapi nanti nanti lah aku fikirkan. Sekarang aku sibuk dengan study. Takde masa nak fikirkan benda macam ni. Final exam aku lagi 3 bulan."

Apip hanya mendengar leteran aku. Akhirnya dia mengalah.

"Okay. Tapi kau jangan buat keputusan in a rush. Nak buat apa apa fikir masak masak."

"Ye Apip. Aku dah nak sampai rumah ni. Nanti eh cakap lagi. Bye." Aku sedikit manja. Aku bersyukur punya sahabat seperti Apip. Yang selalu menasihatkan aku. Yang selalu mendengar celoteh aku. Seperti Adam suatu masa dahulu.

"Okay bye." Terus aku end call. Tak larat nak lama lama dengar Apip cerita.

Aku sungguh tak faham. Apa yang Apip cakap tadi? Adam kecewa? Kecewa sebab dia ingat dia yang main kan aku tapi sebenarnya aku yang mainkan dia ke? Kalau betul, baguslah. Selamat air muka aku. Walaupun hati aku sakit, aku takkan bagi Adam kepuasan melihat dia menang. Aku takkan sesekali mengaku yang aku terpedaya dengan permainannya.

Kalau lah dia tahu, aku memang terpedaya. Kalau lah dia tahu yang dulu aku memang suka kan dia. And kalau lah dia tahu, aku sengaja menggunakan Apip untuk menyelamatkan ego aku yang lenyek selumat belacan mendengarkan aku cuma bahan taruhan senior. Apa salah aku. Kenapa mesti aku yang jadi mangsa ?

Ah Apip mesti salah. Aku tak rasa Adam betul betul suka kan aku. Dia hanya mempermainkan aku. Aku hanya permainan baginya. Dan aku takkan maafkan dia untuk itu sampai bila bila.

Walaupun seketika aku rasa marah aku sudah lebur. Tapi aku tetap mahu membina tembok antara kami. Tembok emosi yang aku perlu untuk melindungi diri aku.

Aku tidak mahu sakit lagi. Cukuplah sekali hati aku dihiris hiris halus senipis kulit bawang. Cukup sekali hati aku dirobek bagaikan jantung pisang dimamah kambing hitam. Aku tekad. Adam Zulfikri tidak akan punya peluang untuk melukakan aku sekali lagi.

Sekarang aku harus cari jalan. Untuk menamatkan pertunangan ini. Aku tidak mahu lagi terluka. Tapi ah serabut setan. Aku nak exam Pro. Nyah kau dari fikiran aku ! Aku jerit dalam kepala seraya menghempas pintu kereta. Jiran jiran yang kebetulan turut sama baru pulang kerja berpandangan melihat aksi ganas aku yang hampir merobohkan kereta kecilku.

Aku hanya menggaru kepala dan berpura pura innocent sambil berlalu pergi. Ah sial. Malu lagi aku. Semua sebab Adam Zulfikri. Serabut !

Aku Tak RelaWhere stories live. Discover now