Part 12

95 7 0
                                    

"Bak datang Insta dia." Bai tak sabar. Kerja stalk stalk ni memang kerja perempuan. Tapi kalau kau nak result sepantas kilat and thorough research, Bai is the person you should be looking for.

"Mana aku tahu doh."

Bai tepuk dahi. "Kau biar betul minah ? Bakal laki punya Insta pun tak tahu ?"

"Aku tak tahuuu. Kau cari lah." Thasha merengus.

"Kau nampak tak ni ?" Tangan kirinya yang digenggam dihulur ke depan muka Thasha. Thasha angkat kening.

Tangan Bai dicapai cuba meleraikan genggaman. Amende lah ada dalam tangan dia ni.

"Eh bukan lah !" Bai menarik kasar tangannya. Lembap jugak budak Thasha ni.

"Kau tak bagi info apa. Langsung takde keyword aku nak start macam mana ? Kang lebam mate ngko aku tumbuk kang."

"Oooh. Jap jap." Thasha check phone.

Dua puluh saat kemudian, telefon Thasha bergetar menandakan ada mesej masuk.

"@Adamenyu." Segera Thasha announce.

"Adamenyu ? Amende tu weh ?" Jiji curious. Apa pelik nau nama Instagram account macam tu.

"Adam M.U. Manchester United."

Thasha ingat lagi club yang disokong Adam. Loser nya lahai support MU. Zaman sekarang mana ada orang sokong MU dah. Arsenal laa beb. Champion.

"Beres. Account tak private."

Bai dah scroll sampai 2 tahun lepas punya post.

"Hensem wei." Bai tunjuk gambar annual dinner. Adam pakai tux. Pergh boleh dapat 8 ni. Tapi Thasha senyap je. Tak nak mengaku.

"Aku kasi 7." Jiji announce.

"7." Bai angguk.

"Aina ?" Thasha tanya. Harapan dia menggunung supaya markah up sikit. Cedih nau bakal laki aku dapat 7 je.

"4."

"Woi hensem macam ni kau kasi 4 je ?" Thasha nak flip table. Yang lagi dua member geleng kepala.

"Taste dia tak valid. Dia suka yang macam Izzat je." Bai explain. "Taste Aina ada macam exotic sikit. So tak boleh apply untuk orang lain."

Aina mengangguk setuju. Lah dia tahu ke taste dia memang exotic. Adoila.

"Okay. Kau jumpa pape tak ?"

"Clean babe. Takde perempuan. Dia ni eunuch ni. Sami. Ada beberapa possible frequent commenter dekat post dia. Tapi takde yang bereply. Sombong." Bai geleng lagi. "Tapi Thasha, aku nak cakap, post dia menarik wei. Ada islamik sikit, ada medical sikit, belanja selpie dengan member dua tiga keping. Aku rasa dia ni okay."

Astaghfirullah kau cakap apa ni Bai. Thasha tarik nafas. Cari kekuatan. Aku suruh stalk nak cari fault bukan suruh kau highlight good point dia.

"Okay ke tak belakang kira. Sekarang aku tak nak kahwin dengan dia. Tu keputusan aku."

Bai hanya mengangkat bahu mendengar jawapan Thasha.

"Wei ni sapa ?" Aina tunjuk gambar Adam dengan seorang kawan. "Dia tak tag ah. Ini 8 doh."

Ketiga sahabat segera berebut nak tengok jejaka 8 scale Aina. Pengsan ketiga tiganya kecuali empunya scale. Gambar seorang lelaki berambut afro. Kulitnya hitam manis. Sekali pandang tak ubah macam Muthu, keeper dalam OlaBola.

"Hensem lah ! Macam Edward Cullen." Aina self defend.

"Aina. Hidup kau mesti senang gila en ? Takde orang nak rebut laki yang kau suka weh." Jiji komen. Thasha dan Bai dah gelak gelak.

"Takpe. Janji dia penyayang cukup."

Hmm memang senang hidup dia ni, getus hati Thasha.

Petang itu berlalu dengan mereka melepak di Starbuck. Esok kelas dengan Mr Gan lagi tapi apa pun tak study lagi. Emm mati lagi esok. Siap sedia je lah jadi kambing golek untuk dilapah Mr Gan.

***

"So how ? Do you think we should pass her or fail her ?" Mr Gan bertanya. Thasha kelip kelip mata. Alamak dia tanya aku ke. Pandang kiri kanan. Emm okay dia tanya aku. Dia takde squint. Memang mata monolid dia tu pandang aku. Emm okay. Aku nak start panik ni.

Nak jawab pass kang kena maki berangan nak jadi doktor tapi mende senang tak tahu. Nak jawab fail, kesian pulak dekat Wani. Gila apa nak failkan member sendiri. Tapi kalau jawab pass mesti dia cakap nak jadi doktor tapi bodoh macam ni. Macam mana ni. Thasha pandang kiri kanan mintak support kawan kawan. Gais... Welp !

Sebentar tadi, Wani telah membuat kesilapan dalam short case sewaktu melakukan physical examination. Case hernia lupa buat cough impulse. Fatal mistake tu. Tapi, takkan sampai fail kot. She did quite well with answering the surgery techniques. She even explained the difference of femoral and inguinal hernia quite well.

Tapi... Mr Gan ni mana pernah nak approve orang. Semua tak cukup bagus kat mata dia. Welp.. Aku nak jawab apa ni. Peluh sejuk mengalir kat dahi.

"Fail." Bai lantang bersuara dari belakang aku memecah kesunyian. "It's okay for her to fail now. Not in Pro Exam later."

Prof Gan hanya mengangguk angguk. Seluruh group terdiam. Betul jugak cakap Bai. Baik fail masa BST dari fail Pro. Gila apa woi. Kalau fail Pro Exam boleh kiamat dunia medical students. Fail BST meh carry mark dapat lew sikit tapi boleh repeat lagi next BST untuk dapat markah lagi tinggi.

"Aiyaa nevermind lah. Can pass actually. I will give good marks. Don't worry. But I hope you will remember and not to forget again." Prof bersuara lembut memujuk Wani yang berwajah sugul. "Hernia cases, I tell you easiest to pass but easiest to fail. Bla bla bla..." Thasha dah tak dengar bebelan Prof.

Thasha mengerling Bai. Ni rupanya permainan dia. Reverse psychology. Kalau kau kejam tahap dewa depan Prof, mesti dia tak jadi nak jadi kejam jugak. Mesti dia soft sikit nak neutral kan keadaan. Genius budak Bai ni.

Tapi gila kalau dia setuju fail kan Wani tadi mesti meraung budak tu. Bapak down gila babi. Exam dah tak lama. Masa BST ni lah kau nak practice bina confidence untuk jawab masa exam. Kalau masa ni kau kena bambu kaw kaw terus putus harapan wei.

Thasha sengih bila dapat eye contact dengan Bai. Oh well, kalau semua orang tak berani cakap, biar aku je yang cakap. Takpe aku nampak kejam sekejap. Mesej itu yang Thasha dapat dari eye contact dengan Bai. As expected, only besties can talk with only their eyes. Bai sengih jugak.

Thasha faham. Bai group leader. Dan dia mahu semua ahli kumpulannya berjaya. Pressure sikit takpe. Pressure creates diamonds. And to be a good doctor, they have to be the best.

Aku Tak RelaWhere stories live. Discover now