Part 15

124 9 0
                                    

"Thasha."

Eh haram nya dia ni boleh jangan kacau aku tak. Aku nak study pun tak senang. Punya laa banyak library kat dunia ni perlu ke kau nak datang bawak perempuan datang kat library ni at this exact hour. Aku tak nak jumpa kau laa.

Penat tadi aku lari gi beli air. Ingatkan dah takde. Tadi aku intai jugak keliling tak nampak pun diorang ni. Tup tup dari celah mana macam jin Aladin kau muncul out of nowhere.

"Thasha sorang je ? Mana kawan Thasha ?" Dia menjongket kening kanan nya.

"Kawan ? Kawan mana ?" Kau kenal pulak kawan aku. Kawan aku ramai tau. Kawan Facebook dah seribu orang. Kawan Twitter 300 orang. Kawan Instagram 800 orang. Kawan mana kau tanya ni. Spesifik sikit.

"Kawan yang kat Starbucks dulu. Diorang tak study group dengan Thasha ke ?" Oh kawan yang tu.

"Bai dengan Jiji ada kat dalam isolation room. Diorang nak baca apa ntah. Thasha tak suka duduk kat dalam tu. Sejuk." Sebenarnya aku tak suka duduk dalam tu sebab mengantuk dia ya tuhaaan boleh pengsan terus kat situ. Campur sejuk lagi. Dah berapa kali aku try study kat situ. End up kena cuit dengan Bai. Aku tertidur.

"Okay. Thasha posting apa ? This year final kan ?"

"Haah. Sekarang Surgery." Aku hanya mengangguk. Banyak soalan pulak dia ni. Dah dah lah tu. Go away boleh tak. Seketika kami berpandangan tanpa sepatah kata. Okay dah boleh slow slow pergi kot. Go. Sila haa pergi sana. Dengan hormat aku menunjukkan jalan pergi di dalam imaginasi aku sendiri.

"Eh tu Afifah panggil." Aku segera memberitahu. Kat situ rupanya diorang duduk. Takdelah jauh tapi terselindung dek tiang. Afifah yang berkerut dahi membaca buku memandang aku. Ni ada tanda tanda tak faham something ni. Tolonglah kau ada tak faham. Ambik balik laki ni. Kau bawak dia, kau laa layan dia!

"Nanti Thasha free tak ? Teman abang lunch boleh? Abang nak discuss sikit pasal hal kahwin apa semua."

Tersedak aku dibuatnya. Nak discuss mende gila kau cancelkan jelah habis cerita. Bala apa ni tuhan. Kau jangan nak buat gila nak discuss warna tema ke apa. Aku sepak pakai Bailey and Love ni biar kembali sikit kewarasan kau. Aku tak nak discuss pape. Kalau kau nak cancelkan, roger aku. Kalau tak, kau duduk sana diam diam jangan kacau aku.

"Boleh tak?" Dia tunduk cuba merenung mata aku. Ish ni aku tak gemar ni. Aku pantang benar orang yang suka tengok mata orang lain. Aku rasa insecure. Mata tu tingkap ke jiwa tau. Kang kau nampak pulak jiwa bergelora aku ni. Bukan setakat gelora Monsun Barat Daya, ni sikit lagi nak jadi tsunami.

"Emm Thasha tak boleh lah harini. Thasha ada study group. Haa yes Thasha ada study group." Aku buat alasan. Study group mende tadi dah berapa topik cover. Ni tengah refresh apa yang dah cover tadi. Ah bantai je lah apa apa.

Ah mampus kau lah. Yang aku tahu aku nak cabut. Segera aku mengemas buku yang bergelimpangan di atas meja.

"Thasha nak gi mana ni ?" Lari dari kau! Oh betapa geli hujung gigi aku nak jawab macam tu kat kau. Sikit lagi nak terlepas jawapan aku.

"Err Thasha nak pergi bilik discussion. Time for group study." Selamatkan diri Thasha! Cepaaat blah! Evacuate immediately!

"Okay takpe. Abang tunggu sampai Thasha habis. 2 hours to 3 hours je kan until lunch break ?"

Fak. Dia ni. Internally mata aku dah uprolling 360 degree repeatedly. Sawan dalaman kejap. Lagi 3 jam meaning pukul 2.

Weh aku ni dah nak balik dah ni sebenarnya. Tunggu pukul 12 je then aku dah boleh cau dah. Nak gi makan dengan girls iolls. Lagi berapa page je lagi nak baca then dah boleh balik. Kejadah aku nak tunggu sampai pukul 2 pulak.

"Emm Encik Adam nak cakap apa eh? Kalau tak lama, boleh je kot kita cakap sekarang."

"Sekarang tak boleh. Tu abang ada Afifah nak kena ajar." Aku dah nak tepuk dahi. Eh serabut betul lah. Ni semua salah kau tahu budak. Aku memarahi Afifah.

"Emm nanti Aba- Encik Adam dah habis boleh whatsapp saya. Saya nak discuss kejap then hantar kawan kawan saya balik dulu. Pastu saya free boleh lunch dengan Encik Adam."

"Thasha!"

Alhamdulillah syukur nikmat. Jiji, Bai dan Aina datang menyelamatkan keadaan. Sayang korang muah muah.

"Siapa ni?" Bai seakan berbisik di sebelah aku.

"Oh ni Adam. Tunang aku. Ni Bai, Jiji and Aina." Aku kenalkan. Haa ni lah orangnya depan depan. Tengok lah puas puas. Aku harap Bai, Jiji dan Aina boleh dengar suara hati aku sekarang.

"Hi. Saya nak bawak Thasha keluar lunch nanti boleh?" Eh setan kau tanya diorang buat apa. Aku tak nak gi. Aku nak balik dengan diorang.

"Eh pergi sekarang pun takpe." Bai menolak aku ke arah Adam. Siku kiri aku berlaga dengan badan Adam.

Woi budak ni ! Satgi aku sekeh kepala hang. Pala hotak kau. Aku cerlung Bai sebulat mata yang boleh. Sekarang aku nampak kau besar kecik besar kecik je Bai oi.

"Kunci kereta mana ? Aku bawak balik kereta." Bai selongkar beg aku. "Nanti boleh hantar Thasha balik kan? Kitorang balik dulu."

Eh setan kau pun nak tinggalkan aku. Eh baaa..bi. Kau nak mampus setan. Aku membuntangkan mata memandang Bai. Kau nak mampus cepat kau try. Baik kau selamatkan aku sekarang. Kau blah tinggalkan aku memang naya kau nanti.

Kau nak aku tikam kau tanpa anaesthesia kau try. Aku cucuk lumbar puncture kau sampai tembus karang. Siap kau aku branula mata kau. Aku patahkan clavicle kau japgi. Kau try Bai. Kau try. Tak lama hidup kau lepas ni.

Threat aku berlalu bagaikan angin sepoi bahasa, dan ombak terus menghempas pantai. Burung pun berkicauan. Kalau lah aku boleh telepathically marah Bai ni alangkah indahnya.

Dan sepuluh saat kemudian, tiga gadis itu sudah pun lenyap dari pandangan. Meninggalkan aku dan Adam. Awkward silence. Aku kena abandon by my squad. Sedih dia ya Allah. Siap lah diorang aku balik nanti. Tanpa sepatah kata, Adam berlalu ke meja Afifah.

Aku mengambil tempat disebelah Adam. Earphone, notes. Dah jangan nak kacau aku. Aku nak study ni. Somehow walaupun aku pakai earphone, aku still dapat dengar discussion Adam dan Afifah. Kebanyakan penjelasan yang diberikan Adam mudah difahami.

Aku sendiri turut bertanya soalan mengenai management patient stroke. Kerana guideline yang digunapakai dihospital sedikit berbeza dari buku buku rujukan. Aku menunggu hingga jam 1 apabila Afifah meminta diri meninggalkan aku dan Adam. Well at least aku dapat cover Medicine sikit hari ni. Masa aku tak terbuang begitu sahaja.

Author's note:

Hello my dear readers !

Okay macam biasa I'm having exams again. This time for Paediatrics and ObGyn. I'm going on a hiatus for a while. Won't be updating until the first week of May I guess.

Or maybe I will. Who knows what kind thing I will do out of stress. So yeah. Do pray for my success so that I can comeback and write properly for our beloved Adam and Thasha.

Your in-despair writer,
Aina.

Aku Tak RelaWhere stories live. Discover now