Part 4

135 7 0
                                    

"Sorry ye Cik Nathasha Anuar. Saya pun tak boleh tolong cik." Dia perli aku pulak dah. "Abang dah cakap kat Mama abang setuju. Kalau abang cakap tak setuju pulak, sampai bila bila Mama takkan maafkan abang. Lagipun abang dah janji dengan Uncle Anuar." Hancur harapan aku nak dia cancelkan lepas dengar sepatah sepatah alasan dia.

"What ? Abah saya cakap apa dengan awa- err... Encik Adam ?" Tersasul pulak dah. Eh pening lah aku macam ni. Kan dah kata either Encik Adam or kau je. Yang awak ni datang celah mana. Awak takpe lagi Thash. Kalau kau tersasul abang, kau tahu lah apa jadi kat mulut kau ni.

"Adalah hal orang lelaki. Thasha tak perlu tahu." Adam mengelak.

"So Encik Adam memang takkan tolong saya ?" Thasha nak confirm betul.

"Ye. Tapi apa masalahnya kalau Thasha kena kahwin dengan abang pun ? Thasha ada boyfriend ke ?" Adam cuba mengorek.

"Eh gila kau ! Apahal aku kena kahwin dengan kau ? Sekalipun aku takde boyfriend, aku still tak nak kau." Thasha naik suara. Pelayan cafe yang tengah lepak belakang kaunter semua terjongol kepala masing masing nak tengok drama hampir Maghrib customer berdua ni.

"Dah tu ? Thasha cakap lah tak nak dekat parents Thasha." Adam make the same point.

"I... I can't." Suara Thasha nak tak nak keluar. "Your mom... she's so kind and gentle. I tak sampai hati nak say no. And my mom too... She wishes for me to marry you. I tak sanggup nak lukakan hati diorang." Thasha telan liur.

Uih boleh tahan hati tisu Thasha ni. Adam mengangguk faham. "Okay. Kalau macam tu awak takde pilihan. Either awak lukakan hati ibubapa saya dan ibubapa awak atau awak terima je jodoh ni." Dia bersuara. "Saya takkan paksa awak buat apa apa. I'll be good to you. I promise."

Thasha rasa lemah. Macam takde tenaga langsung nak bergerak. Matanya terpaku pada lantai. Apalah nasib badan. Kena kahwin dengan buaya ni. Hati Thasha remuk. Hati yang susah payah dia cantum semula over the years. Hati yang this very exact guy broke.

"Saya nak balik. Thanks for your time." Churros yang baru sebatang dua bersentuh diminta ditapaukan. Thasha was about to pay their bills tapi tiba tiba ada tangan yang lebih pantas hulur not pada cashier. "Awak jangan lah buat saya ni lelaki tak gentleman. Pantang bagi saya perempuan bayarkan. I can pay for us."

Lepas diorang part ways, Thasha pulang dengan heavy hearts. And even heavier mouth. Bai, Jiji and Aina takkan ada peluang nak dengar update cerita pasal AZ hari itu. Sesampainya dirumah, Thasha menunaikan solat Asar dan mandi. Selepas makan malam dan solat Maghrib, Thasha menelaah sehingga lewat malam tanpa mengucapkan sepatah kata kepada teman serumahnya.

Bai, Jiji dan Aina yang sudah terbiasa dengan hiatus Thasha hanya membiarkan gadis itu bersendirian. Kalau dia stress memang dia belajar macam nak gila. Kejap lagi okay lah tu. Thasha memang macam tu. Dia akan okay. Malam itu sebelum tidur, Thasha membaca surah Al Mulk dan berdoa supaya esok lebih cerah.

"Korang." Thasha memecah kesunyian perjalanan. "Aku takde choice. Dia nak ikut plan parents kitorang. Sebab dia pun dah serabut mak dia bising suruh kahwin."

Thasha tiba tiba bersuara sewaktu mereka dalam perjalanan ke hospital. Ketiga tiga penumpang yang mendengar menghela keluhan. Bai dengan Aina kat belakang berwajah sugul tanda turut bersimpati. Jiji yang duduk di sebelah Thasha tiba tiba menukar lagu yang dimainkan radio.

Lagu Oh Mom nyanyian TOP Bigbang berkumandang. Serentak mereka menyanyikan bahagian chorus.

"Baby, dont cry.
Neon udukeoni hollo seoitjiman
Geokjeonghajima sseulsseulhajiman nuguna geureochanha yeopeul bwabwa neon honjaga anya."

Trans:
Baby don't cry, You stand vacantly alone
Don't worry, It may be lonely but look around you're not alone.

Buat seketika mereka berempat terlupa akan perihal AZ dan kahwin. Lirik lagu berkenaan dirasakan begitu tepat menggambarkan situasi Thasha sekarang. Perjalanan 20km menuju hospital tempat mereka menjalani praktikal terasa singkat dan menyeronokkan. Manakan tidak, ke empat empat mereka menyanyi bagaikan di konsert.

Pagi itu, mereka hanya melakukan wardwork kerana tiada BST. Thasha kembali kepada dirinya yang ceria dan straight to the point. Kalau dia sibuk, mula lah dia on mode strictly purely business only. Alhamdulillah atas kesibukan ini. Dia terlupa akan kejadian semalam. Dia terlupa akan Adam Zulfikri.

"Penaaaat." Aina terus terbaring sebaik sahaja sampai di rumah. Petang itu mereka mempunyai kelas sehingga jam 5 petang namun disebabkan pensyarah mereka yang berkobar kobar ingin mengajar, kelas petang itu berterusan sampai 6.30pm.

Yang lain bergegas menunaikan solat Asar. Selepas solat mereka berehat dan makan sambil main Monopoly. Card game yang wajib sekiranya hari berkenaan dirasakan terlalu memenatkan. Selepas mandi dan solat Maghrib ke empat empatnya belajar seketika.

Tak sampai 1 jam menelaah, Jiji mencadangkan mereka menonton Running Man yang baru ditayangkan. Disebabkan terlalu penat dan tidak mampu fokus lagi, akhirnya mereka menonton Running Man sambil makan popcorn dan tersadai bagaikan ikan paus terdampar di pantai.

Lewat malam itu, Thasha menerima whatsapp daripada Adam. Mengingatkan hujung minggu ini mereka perlu pulang ke Terengganu untuk majlis pertunangan mereka. Hanya perjumpaan dua family untuk mengikat tali pertunangan. Tiada pelamin atau jemputan besar besaran. Hanya keluarga.

Kedua dua keluarga setuju supaya pertunangan itu dirahsiakan. Syariah-compliance katanya. Hal itu telah pun dibincangkan sewaktu keluarga Adam datang merisik minggu yang lalu.

Aku Tak RelaWhere stories live. Discover now