Part 20

103 7 2
                                    

"Korang, aku tak dapat datang lah study group hari ni. I feel feverish." Thasha memaklumkan Zoey, ketua kumpulan study groupnya. Segera tangan Zoey meluru ke dahi Thasha.

"Makan PCM, drink plenty water and get enough rest."

Tangan Zoey ditepis. Aku betul demam laa. Tak percaya pulak. Membebel mak nenek pulak tu.

Thasha salah anggap tingkah Zoey yang sebenarnya memang concern akan kesihatan dirinya. Dah namanya bakal doktor, memang jadi kelaziman untuk prihatin soal kesihatan masyarakat sekeliling.

"Kirim salam yang lain. Whatsapp je lah tajuk apa discuss hari ni. Aku cover sendiri nanti." Laju Thasha menuturkan bicara. Mahu segera berlalu kerana kelasnya akan bermula dalam 15 minit.

Zoey yang masih flipping pages hanya mengiyakan.

"K gerak lu. Assalamualaikum." Dia bingkas bangun meninggalkan Zoey melihatkan Jiji Aina dan Bai sudah keluar dari library.

Walaupun badannya masih terasa hangat, Thasha tidak mahu ponteng kelas. Selagi kudrat masih ada, selagi itu dia mahu menghadirkan diri. Namun Thasha sedar, dalam keadaan dirinya sekarang, dia pasti tidak boleh memberikan tumpuan seratus peratus di dalam kelas.

"Hi, Nina." Thasha menyapa rakan sekelas yang tekun menelaah sambil menanti waktu kelas bermula.

"Hi..." Nina tidak mengangkat muka. Masih tekun menghadap nota Idiopathic Thrombocytopenic Purpura.

"Eh asal baca ni ? Ni bukan Paeds ke ?" Nota itu diselak selak. Keningnya diangkat sewaktu pandangan mereka bersua.

"Oh aku baca untuk Pro. Dah lama tinggal Paeds takut lupa." Nina senyum kecil.

Fak. Budak ni kalau tak buat aku insecure tak sah. Exam lama lagi kot. Ada emm...

Thasha mengira ngira.

Fak ! Lagi 3 bulan je nak PRO ! Matilanak. Dalam hati Thasha mula menangis. Segera buku dibuka. Okay takpe takpe. Aku baca apa yang ada dulu.

Dia kembali meneruskan bacaan di tajuk stoma. Tajuk kecil kecil macam ni senang nak cover. Kalau facts pasal stoma di hujung jari, dia akan rasa harinya produktif dan berhasil. Yang penting adalah the outcome. Tak perlu long hours kalau efisien. Tapi kalau efisien and put in long hours, insyaAllah kejayaan milik dia.

"Gais sorry I'm late." Kedengaran suara Dr Khoo mengiringi tapak kasutnya yang pantas melangkah.

Thasha mengerling jam di dinding. Baru 11.05 am. 5 minit je lambat. It's okay doctor.

Selari dengan Dr Khoo yang sibuk menyediakan lecturenya di depan, semua pelajar turut sibuk mengemas meja masing masing dan bersedia dengan pen dan buku nota.

Sesetengah pelajar seperti Nina disebelah Thasha hanya mengeluarkan sekeping kertas A4 kosong dan sebatang pen. Thasha positif dipenghujung lecture kertas A4 Nina itu akan masih kekal bersih suci dan murni. Nina tidak gemar mengambil nota kerana dirasakan mengganggu konsentrasinya.

Bagi Thasha pula, dia perlu menulis supaya flow of information dapat divisualize. Dan supaya senang jika perlu rujukan kemudian hari.

"Okay so our lecture today is Genitourinary Surgery. There will be some topic which will be dry but I'll speed through those and concentrates on things you really need to know. Okay ?"

Aku Tak RelaWhere stories live. Discover now