Part 3

148 6 0
                                    

"Mat ! Kau hantar Jiji Bai ngan Aina balik boleh ? Aku ada hal lah." Mat yang tengah kemas kemas buku masuk dalam beg, mengangguk. Macam pakai je dia bukak buku masa seminar tadi. Pakai buat cover tidur. Time seminar ni memang mengantuk dia macam tak tidur 2 hari.

Kalau setakat Dr Umar punya kelas, kau memang boleh tidur baik punya. Dr Umar yang bersuara lirih seolah menyanyikan lullaby pada petang yang redup ini. Aku menoleh pada Bai dan Aina yang duduk di barisan belakang kami.

"Bai, Aina aku gerak lu tau."

"Kau nak gi mane ?" Aina buat gaya manje. "Aku nak ikuuut." Sambil dijuihkan bibir, dia melaga lagakan kedua jari telunjuk nya.

"Dia kan nak gi jumpa AZ Marketing. Jangan laa kacau daun." Bai nudge Aina in the ribs. Mengada sangat.

"Oh haah lah. Nanti cerita tu Thash apa jadi." Nak buat gosip lah tu.

"Haa." Aku mengiyakan lalu berlalu pergi. Dalam perjalanan ke kereta, aku singgah ke tandas. Double check rupa aku. Bukannya ada something wrong pun tapi nak jumpa orang kan kenalah proper sikit pakaian. Jeans dengan baju kemeja boyfriend and plain mint coloured shawl.

Clothing wise okay lah. Aku sapukan liptint Tony Moly warna kegemaran aku, Cherry Pink. Baru nampak ceria sikit. Fuh, nervous pulak nak jumpa dia. Nak cakap apa eh nanti. Awkwardnyaa dah berapa tahun tak jumpa tetiba jadi macam ni.

Aku drive menuju The Sumbs dalam kereta mini yang dihadiahkan Abah sewaktu aku mula mula dapat lesen. Walaupun kereta kecil ni bukan berwarna merah, tapi aku bawa kereta ni ke sekolah. Dah banyak jasa kereta ni kat aku. Merata rata pergi naik kereta ni.

Selepas 10 minit, aku tiba di The Sumbs. Dari dalam kereta di tempat parking, aku meninjau customer di dalamnya. Tak ramai orang. In case aku kena cakap kuat kuat supaya dia faham yang aku tak nak kahwin dengan dia. Emm nak tegur camne eh. Aku nampak dia duduk sorang sorang cari aku yang tak sampai sampai.

Kelakar. All this while, and aku still boleh cam dia just from his back. Nampak berisi sikit. And mungkin dah hensem. Ah jangan merepek. Aku tak nak kahwin dengan sengal ni. Perlahan lahan aku mendekati Adam. Di setiap langkah aku dapat merasakan jantung aku bakal meletup kaboom !

"Hi." Ujar aku pendek sebelum mengambil tempat berhadapan dengan tubuh sador beliau.

"Waalaikumussalam." Dia perli aku pulak dah. Hish. "Haa assalamualaikum." Aku membetulkan semula greetings aku. Aku menyelesakan duduk ku agar tak nampak kekok.

"Waiter !" Aku kuis jari di udara. Pelayan lelaki berkenaan mendekati aku dengan menu. "It's okay. Just Sprite and Churros." Aku menolak menu yang dihulurkan. Aku dah selalu datang. Aku tahu menu kedai ni in and out. "Thank you." Aku balas dengan senyuman sewaktu pelayan itu berlalu.

Adam yang dari tadi hanya memerhatikan aku memandang terus ke wajah aku membuatkan aku sedikit cuak. Aku angkat kening tanda bertanya kenapa. Dia menggeleng. Takde pape.

"Oh aku ajak kau jumpa harini pasal haritu. Aku nak kau cakap kat parents kau yang kau-"

"Aku kau ? Sejak bila kita guna aku kau ?" Adam mencelah mematikan tutur kata yang penat aku susun dalam kereta tadi.

Dari semalam aku decide yang nanti jumpa dia aku nak guna aku kau je. Biar dia tahu yang aku takde niat langsung nak menggedik dengan dia. And aku sememang memangnya tak nak kahwin dengan dia.

"Dah tu ? I you ? Apa salahnya aku kau ?" Aku memulangkan soalan.

"Dulu kan kita bahasakan diri Abang and Thasha." Dia mengimbau kenangan silam pulak dah. Dia lupa ke dulu dia senior sekolah aku. Dah 7-8 tahun wei. Move on beb.

"Eh sorry memang tak lah aku nak panggil kau Abang. Kita bukan kat sekolah lagi. Aku tak perlu panggil kau Abang. Bukan nya kena sound pun sekarang." Nada aku sedikit tegas. Adam harus tahu. Aku bukan Thasha yang dulu. Dan aku yang sekarang lagi rela berguling atas jalan tar pukul 2 petang dari panggil dia Abang.

"I'm still older than you. You should show me some respect." Eh eh demand respect pulak.

"Okay macam ni lah Encik Adam. Saya tak nak panjang cerita. Saya cuma datang nak bagitahu yang Encik Adam tolong bagitahu parent Encik Adam yang kita tak boleh teruskan." Aku solve dengan being formal. Formality is the best behaviour.

"Kenapa pulak tak boleh ?" Adam bertanya.

"Sebab saya tak nak kahwin dengan Encik Adam." Aku berterus terang.

"So ? Awak cakaplah dekat parents awak." Amboi amboi senangnya dia cakap. Dalam kepala aku flashback wajah Mama masa last week. Lepas family dia balik. Mama pegang tangan aku dan tanya aku 'Thasha setuju kan dengan pilihan Mama ?'.

Aku tak sampai hati nak menggeleng dan aku biarkan saja Mama dengan pengertiannya tersendiri.

"Saya... Saya tak boleh Encik Adam. Saya pasti Encik Adam pun tak bersetuju kan so apa kata Encik Adam yang menolak dulu." Aku rasa tewas.

Adam menghirup minuman koko dalam cawannya. "Siapa kata saya tak setuju ?" Dia mempersoalkan statement aku.

Aku tak faham. So maksudnya dia setuju dengan rancangan parents kitorang ? Dia nak kahwin dengan aku ?

"Takkan lah Encik Adam setuju kot. Menangis gerombolan girlfriend Encik Adam nanti." Aku memerli buaya darat yang sador itu. Aku matikan perlian dengan ketawa fake pitch tinggi yang dibuat buat supaya semakin annoying.

"Kenapa pulak saya tak setuju ? Abang setuju nak kahwin dengan Thasha. Kalau Thasha yang tak setuju, Thasha cakap sendiri dengan Uncle Anuar, dengan auntie and dengan parents abang. And tell us why ?" Dia tenang menuturkan.

Dalam hati aku separuh keturunan dia aku dah maki. Separuh sebab aku exclude parents dia yang baik namati and aku tak ada masalah dengan diorang. "Encik Adam. Saya tak nak kahwin dengan Encik Adam. Tu je."

"Thasha ada someone ?" Dia bertanya selepas menghirup minuman koko nya lagi.

"Sorry miss. Your Churros and Sprite." Selamat. You are my life saviour abang waiter.

"Thanks." Aku senyum. Dahaga pulak. Aku sedut Sprite sejuk tu. Leganya dapat basahkan tekak.

"Saya memang tak boleh Encik Adam. So saya mintak tolong Encik Adam untuk batalkan plan ibubapa kita." Real smooth Thasha. Tadi bertegas aku nak kau batalkan. Pastu tak jalan aku tukar jadi negotiate saya pasti awak tak nak so apa kata awak cakap dulu taknak. Ini last resort, mintak tolong dia cakap tak nak pulak.

Kalau dia insist tak nak, terpaksa lah aku peluk kaki dia dan tak bagi dia balik selagi dia tak cakap tak nak.

Aku Tak RelaWhere stories live. Discover now