Bab 18: Shasha

1.4K 132 3
                                    

"ERR..Apa kau buat dekat sini?" Soal Fellex sambil mengaru-garu kepala.Habis berserabai sedikit rambut panjang dia tu.

Shasha cuma tersenyum manakala Zinnt pulak sudah melarikan diri entah ke mana.

"Alah..Aku datang sini pun sebab cuma terbau darah manusia.Lagipun,aku sedang memantau sekeliling dengan kumpulan aku.Tengok-tengok,kau ada dekat sini.Err..kau kawan dengan manusia ke?" Soal Shasha sambil bercekak pinggang.Sempat lagi Night Elf itu asyik mencuri pandang sahaja kearah Syah.Sedikit sebanyak,dia agak tergoda dengan ketampanan Syah itu.

'Wuah! Kacak betul lelaki tu.. Lebih kacak dari Fellex.. Kalau aku dapat tarik perhatian dia kan bagus? Bolehlah aku jadikan dia stock boyfriend aku.' Gumam Shasha dalam hati.Dia tersenyum memandang Syah dari jauh.

"Hmm.." Manaka Fellex pula hanya mampu mencebik geram.Dia tak suka betul bila kekasih dia ni suka sangat mengerling ke arah Syah.

Night Elf betina lain yang berada di belakang Shasha juga turut mencuri pandang kearah Syah.Sekali sekala mereka berbisik-bisik dan ketawa kecil.

Syah yang sedang membasuh daging arnab pula,terasa seperti diperhatikan.Semakin lama,basuhannya semakin perlahan.Hatinya berasa tidak senang.

Saat Syah menoleh ke belakang,pandangan matanya dan Shasha bertembung menjadi satu.

Ya Rabbi..! Syah mengucap panjang.Seksi giler Night Elf tu! Terusik iman dia dibuatnya!😜

Shasha yang sedang memandang dirinya,tiba-tiba sahaja mengenyitkan sebelah mata kepada Syah.

Syah agak tersentak.Kini dia membuang pandang pula kearah Fellex untuk menutup rasa malu.

Namun,malang pulak nasib dia bila dia dapat jelingan maut dari Fellex.Pandangan Fellex seekan-ekan berkata,"Aku akan bunuh kau kalau kau cuba-cuba nak usyar makwe aku!!".

Gulp!! Bulu tengkuk Syah sudah meremang 90 darjah.

"Syah..cepatlah basuh daging tu.Awak tengok apa lagi tu,hmm?"Tegur Syawal.Dia menyiku sedikit lengan Syah.

Syah yang agak tersentak,cepat-cepat membasuh daging arnab itu kembali.

"Err..tak ada apa-apa." Ucap Syah sambil tangannya ligat menyental daging.Syawal yang berasa agak pelik,terus sahaja menoleh ke belakang.

Kelihatan Fellex sedang bercakap dengan Shasha manakala Night Elf yang lain sedang memerhatikan mereka berdua dengan wajah miang.

"Astaqfirullahala'zim.. Syah..Awak jangan cakap yang awak duk usyar Elf-elf seksi tu? Ish,ish,ish..." Sangkal Syawal sambil mengalihkan pandangannya kembali.

Dia berhenti membasuh daging arnab itu lalu di masukkan ke dalam bakul kecil.

Syah memerhati Syawal dengan mulut yang terlopong luas.Dia mempamerkan muka geli.

"Euww! Apa awak ni?! Saya ni bukan si gatal,okey? Kalau saya si gatal,dah lama saya kahwin.Hrrhh.."Marah Syah,perlahan.Dia mengetap gigi.

Syawal cuma ketawa kecil.

"Iyelah tu...Bukan ke awak ada awek ke?" Usiknya dengan senyuman penuh makna.Syawal menyental daging arnab yang lain pula.

Muka Syah pulak sudah merah.Bukan malu,tapi marah.Bab perempuan adalah bab yang paling lemah baginya.Umur dah 199 tapi masih tak kahwin-kahwin.Tak ke rasa ia sungguh memalukan?

"Saya mana ada aweklah!" Nafi Syah.Dia menyental kasar daging arnab yang dipegangnya.Hampir berkecai daging tu dibuatnya!

"Awak tahu tak,...tak ada siapa pun yang nakkan saya yang tua ni! Awak takkan faham! Saya hidup bersendirian selama ni! Hidup saya yang tak mati-mati ni,buatkan saya hidup dalam kesunyian! Saya benci diri saya! Abang saya mati sebab saya! Saya benci diri sendiri!" Ucap Syah penuh dengan perasaan marah dan sedih.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now