Bab 48: Salah Faham!

1.2K 96 8
                                    

KNOCK..knock..knock..

    Ketukan di pintu mengejutkan Syah dari tidurnya yang lena.Dia masih dalam keadaan mamai dengan mata yang sepet kerana baru bangun tidur.Rambutnya kelihatan agak berserabai.

    Dia terus sahaja duduk dari pembaringannya tadi bersama muka mamai.Matanya masih terpejam rapat seperti tadi.Ish.Lupa pulak dia dengan apa yang dah jadi tadi?

    "Hmm...Masuklah.Pintu tak berkunci." Pelawa Syah tanpa membuka mata.Malas! Dia kemudiannya menguap kecil.

     "Baik! Kami masuk sekarang." Sahut satu suara dari luar.Oh.Suara Zinnt.

     "Ye..ye..masuklah.." Pelawa Syah lagi,mamai.Di luar kewarasannya,dia sudah tersengih-sengih macam beruk.(🙉)

     Tiba-tiba..dia mulai teringat akan sesuatu! Matanya automatik terbuka luas.Tempat tidur disebelahnya pantas dipandang.

   Ya Allah! Seperti yang dijangkakan,ada Lady Autumn(Vine) yang sedang nyenyak tidur dekat situ! Dengan pakaian baju tidur pulak tu!

   Kini Syah memandang tubuhnya sendiri.Ya Rabbi! Dengan keadaan dia yang tak pakai baju ni,mesti diaorang akan salah faham nanti!!! Bahaya!!

    "Z..Zinnt! Janga..."

    Baru sahaja Syah ingin menegah,tiba-tiba..

     Kreekkk....

    ..pintu biliknya sudahpun terbuka luas.

    "Syah kami datang.....erk?!"

      Bicara Zinnt terhenti di saat matanya dapat menangkap sesusuk tubuh asing di sebelah Alchemist itu.Lady Autumn! Mata Zinnt sudah terbuntang luas.Mulutnya juga tak kurang juga samanya.Seksinya Lady Autumn dalam baju tidur!

     Kini,..kelihatan Syawal dan Fellex yang berdiri di situ,turut jugak ternganga luas manakala Iryan yang terlindung di belakang mereka,..tidak dapat melihat apa-apa.Lagipun,dialah yang terpendek dalam kumpulan ini.(Kesian betul😂😂)

    "Hei? Kenapa korang tak nak masuk ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Ucap Iryan,innocent.Dia mulai menyelinap di celah-celah rakannya yang kaku berdiri tu.

      Baru saja dia ingin melihat apa yang sedang terjadi,tiba-tiba Zinnt terlebih dahulu menekup matanya.

    "Iryan! Jangan tengok!" Ucap Zinnt sambil menekup mata Archer yang innocent tu.Budak-budak tak patut tengok...tuttt...tuttt!!

    "Zinnt! Kenapa tekup mata saya ni? Apa yang dah jadi?" Soal Iryan,tak mengerti.Dia cuba untuk meleraikan tangan Zinnt namun gagal.Akhirnya dia membiarkan saja matanya ditekup,bersama muka masam.

    "Er..Kawan-kawan...Sa..saya boleh jelaskan.. Semua ni cuma salah faham! Sebenarnya...er..ini.."

    Baru saja Syah ingin menjelaskan,tiba-tiba Lady Autumn(Vine) terjaga dari tidurnya.Dia mengeliat manja sambil memeluk pinggang Syah.

    "Syahhh...." Panggilnya,manja sekali.Matanya digosok-gosok perlahan.Dia masih lagi tak terperasankan kehadiran mereka yang lain di situ.

    Gulp! Syah meneguk air liurnya yang terasa pahit.Tak guna punya perempuan! Kau dah rosakkan semuanya!

    Kini Syawal,Zinnt dan Fellex sudah melemparkan pandangan tajam buat dirinya.Setajam pedang yang mampu membunuh.

     "Syah! Apa yang kau dah buat sebenarnya ni?! Kau berselingkuh?!!" Jerit Fellex,nyaring.Terkejut sebenarnya.

     Vine yang tadinya sedang enak memeluk Syah,terus sahaja tersentak.Dia terduduk diatas katil itu,memerhati satu demi satu wajah yang sedang tajam melihatnya.Tubuhnya mengigil ketakutan.Dia pantas menarik selimut hingga menutupi dadanya.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now