PIPI Fellex memerah.Telinganya juga.Dia benar-benar berang.Syawal,Zinnt dan Syah yang pengsan dipandang dengan perasaan tak puas hati.Dia bercekak pinggang.Adakah hari ini hari pengsan sedunia? Kenapa ramai yang nak pengsan hari ni?
Arghh! Ni tak boleh jadi!
Dengan rasa sakit hati,Fellex lantas mengatur langkah ke bilik air.Dia mahu lakukan sesuatu!
Saga pula hanya memerhati langkah Fellex sambil tangannya membelai lembut Affin a.k.a ayahnya di dalam pelukan kasih sayang.Dia hairan juga.Kenapa ramai yang pengsan ni? Dan...apa yang Fellex mahu lakukan? Satria yang lain juga begitu.Terpingga-pingga.
Tak lama kemudian,Fellex muncul semula di ruang tamu.Dia sedang memegang sebaldi air ketika ini.Nafasnya naik turun.Sememangnya nampak marah.
"Hei Elf.Apa yang kau nak buat tu?" Soal Saga tanpa perasaan.Ada rasa tak sedap hati yang menyelinap di mindanya.
Diam.Fellex langsung tak membalas.Malah..dia sedang mengukir senyum ketika ini.Senyuman jahat yang tersembunyi disebalik rambut panjangnya.Memang menakutkan.
"Aku dah tak boleh sabar lagi dengan korang bertiga ni! Sekarang.. Rasailah kemarahan aku!"
Splashhhhh!
Lantas segala isi di dalam baldi itu disimbah ke atas tubuh Syah,Syawal dan Zinnt yang terbaring kaku itu.Mereka bertiga menjerit serentak.
"Bondaaa! Sejukkk!"
"Warghhh! Banjir kilat! Tolong! Tolong!"
"Arghhh!"
Kini mereka bertiga sudahpun terduduk dalam keadaan basah lencun.Masing-masing terpingga-pingga menilik tubuh sendiri.Hairan.Dari manakah air ini datang?
Fellex yang sedari tadi berang tiba-tiba ketawa lucu.Terlepas sudah baldi yang berada ditangannya tadi.
"Hahahaha! Sejuk? Banjir kilat? Korang ni buat lawak ke apa? Aduh...tak boleh blah betul! Hahaha!" Seronok benar dia mentertawakan mereka.Jatuh terduduk dia dibuatnya kerana terlalu banyak gelak.
Kini giliran wajah Syawal dan Zinnt pula untuk menyinga.Berwajah merah bak tomato.
"Tak guna betul Fellex! Awak rupa-rupanya yang simbah air dekat kami?!" Jerit Syawal,geram.Tubuh Fellex diraih lalu dibelasah.Mereka bergulingan diatas lantai,berselang-seli dengan gelak ketawa Fellex.
"Bencinya! Adik ni jahatlah! Habis basah baju yang abang pakai ni! Arghhh! Geramnya!" Bebel Zinnt sambil meronta-ronta di situ bagaikan anak kecil tak dapat coklat.
Manakala Syah pula,hanya terduduk diam di situ.Menguakkan rambutnya yang basah ke belakang.Baju yang basah diperhati dengan penuh tanda tanya.Mata kelabu asap miliknya kemudiannya meliar mengamati sekeliling.
"Err...kenapa saya basah ni? Dan.. saya dekat mana? Syawal.Fellex. Kenapa gaduh-gaduh ni?" Soal Syah,kehairanan.Nampaknya dia sudah kembali pulih.
Mendengarkan soalan Syah itu,Syawal dan Fellex serta-merta berhenti bergaduh.Mata mereka langsung tak berkelip memandang dirinya.
"Syah? Awak dah okey? Wah! Baguslah!" Zinnt lantas menjerit keriangan.Tubuh Syah dipeluknya.
Syah hanya terpingga-pingga tak faham.
Saga juga begitu.Pelik betul.Apahal yang si Zinnt ni happy sangat? Ada benda yang menarikkah? Namun begitu soalan tersebut dibiarkan bermain di minda.Malas nak bertanya.Anggap sajalah si Syah ni ada penyakit Amnesia dan dah okey sekarang ni.
"Saya dah okey? Maksud awak?" Soal Syah,hairan.Tubuh Zinnt ditolak agar menjauhinya.
Zinnt lantas mengukir senyum.Wajah Syah dibeleknya.Ah..! Leganya! Tiada lagi mata pentagram yang menakutkan itu.
"Nampaknya awak dah okey! Sebelum ni awak selalu cakap perkataan 'beta,kamu' dengan kami semua.Lepastu awak selalu saja bahasakan diri awak ni The Undead Devil.Dan awak jugak dah bersikap pelik.Tiba-tiba je gatal tak bertempat.Fuh.. Nasib baik awak dah okey sekarang.."
Bicara Zinnt membuatkan dahi Syah berkerut seribu.Kepala yang pening dipegang.
"Maafkan saya.. Saya lupa nak beritahu awak semua yang saya ada diri yang kedua.Dia tu perasan sikit.Suka sangat kata dia tu raja.Rasanya masa dekat istana Vine tadi,dialah yang rasuk saya dan suruh Vine gigit leher saya.Masatu saya tak perasan apa yang saya dah lakukan.Dia merasuk saya dalam keadaan separa sedar.Urghh.. Dan kepala saya dah pening sangat dibuatnya.."Syah berbicara perlahan. Belakang tengkuk disentuhnya.Entah kenapa terlalu sakit di situ.
"Yeayyy! Si miang dah pergi! Yeayy! Kita dah selamat!" Syawal bersorak riang.Fellex yang sedang menindihnya terus saja ditolak ke tepi.
Jatuh tertonggek sudah si Fellex tu.Dia kemudiannya duduk bersila dengan wajah berang.
"Tak guna! Kau tolak aku?! Berani kau tolak aku,hah?! Rasakan ni!"
Tubuh Syawal dicapai lalu dibelasah.Teknik rahsia dikeluarkan.Smack down,uppercut, rider kick dan serangan yang seangkatan dengannya dilakukan pada tubuh Syawal! Tak lupa juga cubitan maut yang baru dipelajarinya.
Terjerit-jerit sudah Syawal meminta tolong! Sakit! Pedih! Semuanya ada!
"Warghh! Tolong! Maafkan saya! Tolong hentikan! Tolongg!"
Jeritan Syawal hanya disahut dengan gelak tawa mereka semua.Tiada sesiapa yang ingin menolong.Saga juga tidak terkecuali.
Manakala Syah pula sudah mengukir senyuman tipis.Matanya ligat memerhati sekeliling.Ada sesuatu yang kurang.Kemudian baru dia sedar...
...Di manakah Iryan ketika ini?
Serentak dengan itu,pintu utama tiba-tiba terbuka luas.Di sebalik kegelapan yang menyelindung,kelihatan sesusuk tubuh sedang berdiri tegak di situ.Dalam keadaan basah kuyup.
Kilat yang kebetulan sambar-menyambar di luar,sedikit sebanyak memberikan pencahayaan kepada mereka.Semakin lama wajah lelaki itu semakin kelihatan jelas.
Pemilik tubuh itu...adalah Iryan.Tetapi yang menghairankannya,dia langsung tak mengangkat wajah.Sedari tadi hanya tunduk memandang lantai."I..Iryan? A-apa yang awak buat dekat luar tu sampaikan basah kuyup?" Soal Zinnt,agak ketakutan.Dia duduk berselindung disebalik Syah.
Diam.Iryan langsung tak membalas.Perlahan-lahan dia mengangkat wajah,memandang kearah mereka semua.Jelas kelihatan matanya yang sembab seperti telah menangis terlalu banyak.
Masing-masing sudah terkesima di tempat mereka.Ada yang tertanya-tanya dan ada juga yang terpingga-pingga.
Apa sebenarnya yang telah berlaku? Iryan dikejar orang jahatkah..? Ataupun..dia sakit?
Belum sempat Syah mendekati Iryan,tiba-tiba saja lelaki itu bersuara sedih.
"Semua....tolong maafkan saya... Saya...bukannya seorang manusia seperti yang korang sangkakan.."
Tersentak.Langkah Syah serta-merta mati.
→to be continued...
YOU ARE READING
THE ALCHEMIST (EDITING)
Fantasy"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur. Aku hampa! Aku kecewa dengan segala-galanya! Pencarian Bunga Asfloera ini benar-benar menyeksakan aku!"-Syah Vyclans _________________...