CAHAYA yang menyinar semakin pudar.Syah masih sibuk bermain melukis ditanah bersama Archer tadi.Archer yang dikenali sebagai Iryan itu semakin mesra setelah Syah berjaya memujuknya bercakap.
Sifat Syah yang peramah membuatkan dia mudah menyesuaikan diri.
Fellex masih memerhati sekeliling, meninjau dari atas pokok.Takut kalau-kalau ada bahaya yang mendatang dan juga..takut digigit Syah lagi!
"Nak tak nak,kita kena berkhemah jugak dekat sini." Ucap Fellex.Dia melompat turun dari pokok yang setinggi 3 meter itu.
"Hah? Dekat sini? Ala..takutlah..Sini gelap..Kenapa tak cari gua aje? Boleh kita tidur dalam tu." Keluh Iryan,si Archer tadi.Dia meletakkan dagu dilututnya.
Fellex buat muka menyampah.Dasar Archer pengecut.
"Ohh..begitu? Kalau kita tinggal dalam gua,kemungkinan untuk dimakan Night Troll lebih tinggi.Kau nak kena rebus dalam periuk mendidih?" Duga Fellex dengan sebelah kening yang diangkat tinggi.
Sengaja nak buatkan Iryan takut.Tapi,kalau difikirkan balik,kata-kata Fellex tadi sememangnya betul! Memang Night Troll tinggal dalam gua.
"Err..tak nak.Tak nak." Ucap Iryan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya berulang kali.
Fellex tersenyum.Dia mencuit bahu Syah pula.
"Syah.Kau hidupkan api." Arah Fellex.Dia sengaja nak tengok,Syah pandai tak hidupkan api.
Mulut Syah terlopong sambil memandang Fellex.Matanya tak berkelip langsung!
"Awak dah gila ke? Saya mana pandai buat api! Pandai sedut nyawa orang,bolehlah.Awak nak rasa kena sedut nyawa?" Jawab Syah.Dia sudah berura-ura nak bukak sarung tangan dia.
"Eh,eh! Jangan! Aku tak nak.Kau sedutlah nyawa Iryan ni.Apasal aku pulak?" Ucap Fellex sambil berpeluk tubuh.Dia menjauhi Syah beberapa inci.
Syah tersengih-sengih.Dia lantas bangun lalu mencari-cari sesuatu.Aha! Dia mengambil dua biji batu sungai yang berdekatan.
Batu sungai itu dilagakan berulang kali.Bunyi yang keluar dari batu itu memang menyakitkan hati Fellex.Dia menekup telinga panjangnya.
Hari semakin gelap dan beberapa minit kemudian,mereka diselubungi kegelapan.Syah masih lagi tekad melagakan batu itu.
"Sudah-sudahlah tu! Sebenarnya..." Baru saja Fellex ingin menyuruh Syah berhenti, tiba-tiba telinganya menangkap bunyi yang aneh.
"Syhhh! Kamu semua dengar tak?" Soal Fellex,bersama jari di bibir. Dia mengangkat tapak tangan kanannya.Syah serta-merta berhenti mengetuk batu itu.
"Kenapa?" Soal semua orang,serentak.
"Tadi tu bunyi...Goblin?" Ucap Fellex separuh berbisik.Dia mengundurkan langkahnya ke belakang.
Semua orang di situ kehairanan.Goblin? Apa? Mereka semua blur.
"Tuanku Fellex..Ada sekumpulan Goblin..kedudukan mereka dekat..mereka inginkan Syah..Hati-hati..Hati-hati.." Satu bisikan lembut menyapa gegendang telinga Fellex.
Ianya suara pokok-pokok disitu.Hanya Fellex sahaja yang mampu mendengarnya.
"Ada Goblin dekat sini! Semua orang,buat bulatan! Lindungi Syah dekat dalam! Goblin tu mahukan dia!" Jerit Fellex,cemas.
Syah terkaku.Apa? Goblin tu nakkan dia? Biar betik?! Batu tadi serta-merta terlepas dari tangannya.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
YOU ARE READING
THE ALCHEMIST (EDITING)
Fantasy"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur. Aku hampa! Aku kecewa dengan segala-galanya! Pencarian Bunga Asfloera ini benar-benar menyeksakan aku!"-Syah Vyclans _________________...