Hari ke-8 pengembaraan mereka,
(1 minggu 1hari.)SUDAH dua hari mereka semua terperap di dalam istana.Hari ini sudah masuk hari ketiga mereka di sini,namun hujan di luar masih tidak berhenti.
Hal ini mengundang rasa tak senang hati buat Syah.Lady Autumn kata,lepas 3 hari barulah hujan ni akan berhenti.Tapi sekarang ni dah masuk hari ketiga dah pun.Em..Kenapa hujan tu masih tak berhenti lagi?
Kata-kata wanita misteri hari itu mulai bermain semula di benak fikirannya.
"Siapa yang alpa tujuannya,nescaya sesat selamanya.."
Syah tertanya-tanya..
...adakah kata-kata wanita tu berkait rapat dengan apa yang sedang terjadi ni?
Syah terus saja membuang pandang ke arah tingkap.Hujan yang mengandungi cebisan-cebisan daging itu diperhatinya dengan pandangan musykil.
Hujan ni..memang macam ni ke dekat dunia ni? Ataupun hujan ni adalah...sihir?
Syah perlahan-lahan memeluk tubuh yang terasa sejuk.Maklumlah,dia hanya menutupi badannya dengan selimut saja.Balutan di dada kirinya jelas kelihatan kerana dia tidak memakai baju.Hanya seluar panjang saja yang dikenakan.
Lagipun,sejak peristiwa termakan racun dua hari lepas..
...termasuk hari ni..
..dah 3 hari dia tak menjamah apa-apa makanan sekalipun.
Kreeekkk..
Tiba-tiba,kedengaran pintu bilik dikuak seseorang.
Syah hanya membatu,langsung pun tidak menoleh.Suasana di luar lebih menarik minatnya kini.
"Syah.Boleh saya cakap sesuatu?" Soal satu suara yang sudah semestinya Syah kenali.
Krekkkk..
Kedengaran bunyi pintu ditutup semula.
"Hmm..Ada apa,Syawal?" Soal Syah kembali,tanpa berpaling sedikit pun ke belakang.
Ptapp! Ptapp!
Kedengaran bunyi tapak kasut perlahan-lahan datang menghampiri dirinya.
Dan Syah..masih tetap tidak menoleh.
Di luar,kelihatan ada 'sesuatu' yang lebih menarik perhatiannya.Seekor makhluk yang berupa manusia.Atau..ia sememangnya manusia? Siapa tahu bukan?
"Emm...Kalau saya cakap,awak jangan marah eh?" Soal Syawal lagi,dari belakang.
"Hmm..Bergantung.Kalau soalan awak boleh bangkitkan kemarahan saya,saya tak jamin yang saya takkan marah." Balas Syah,bersahaja.Dia masih lagi melihat ke arah luar tingkap.
Nampaknya 'sesuatu' itu,sedang bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
"Erm..Syah.Boleh tak kita tinggal untuk sebulan lagi di sini?"
Soalan secara mengejut Syawal,menyentakkan Syah.Dia pantas berpaling,melihat wajah rakannya itu.Raut wajahnya serta-merta berubah menjadi serius.
Syawal pula terus saja tunduk menikus.Takut apabila Syah menjadi marah.
"Sebulan? Kenapa?" Soal Syah semula.Dia berpeluk tubuh,meminta penjelasan.
"Urm..Sebab saya rasa,..saya dah mula sukakan tempat ni.Tolonglah Syah.. Sebulan sahaja.." Rayu Syawal,bersungguh-sungguh.
Syah perlahan-lahan menutup kelopak matanya.Dahi yang terasa pening diurut perlahan.Permintaan yang sukar.
Sunyi.Suasana hening tercipta diantara mereka berdua.
"Syah.. Boleh kan?" Pinta Syawal lagi.
Syah langsung tidak membalas.Dia kemudiannya memalingkan badannya,menghadap tingkap semula.Jelas kelihatan nafasnya berombak kencang.
"Syah.."
Baru saja Syawal ingin menyuarakan permintaannya lagi,tiba-tiba Syah memintas.
"Tak boleh!" Ucap Syah,tegas sekali.
Syawal terkedu.Dia tunduk memandang lantai semula.
"Syah.. Tolonglah.. Lagipun Tuanku Lady Autumn dah pelawa kita tinggal bersama.Takkanlah kita nak menolak?" Pinta Syawal lagi,penuh berharap.
"KAU DENGAR KE TAK HAH?! AKU,KATA TAK BOLEH MAKSUDNYA TAK BOLEHLAH!" Jerkah Syah secara tiba-tiba.Dia bertindak di luar jangkaan dengan melibas kuat ke arah pasu bunga yang berdekatan.
Prranggggg!
Pasu bunga itu serta-merta jatuh berkecaian di atas lantai.
Kelihatan Syah kini sedang berdiri menghadapnya,bersama nafas kencang.Wajahnya menyinga.Matanya pula sudah berwarna lain-lain.Sebelah berwarna unggu manakala sebelah lagi berwarna biru.
Syawal terkedu.Satu badannya mengeletar.Apa yang dilihatnya kini,bagai bukan Syah yang sebenarnya.Macam..orang lain.
"Syawal! Tak boleh ke kau fikirkan tentang orang lain?! Kalau sebulan kita tinggal di sini,bunga Asfloera akan layu dan semua yang kita lakukan selama ini akan jadi sia-sia! Kau faham ke tak,hah?!" Jerkah Syah lagi.
Syawal tunduk menikus untuk kesekian kalinya.
"Tapi...Tuanku Lady Autumn kata ..."
"SUDAH! Berhenti sebut nama perempuan jalang tu! Kau keluar sekarang! Aku tak nak tengok muka kau! Berambus!" Jerit Syah,penuh amarah.
Syawal jadi kecut perut.Oleh kerana sebak dijerkah sebegitu,dia pantas melarikan diri keluar dari bilik Syah ini.
Bammmm!
Kedengaran bunyi pintu dihempas kasar.
Syah menghela nafas, sukar sekali.Perlahan-lahan anak matanya kembali normal semula.Wajahnya diraup.
"Apa yang aku dah buat?" Soalnya,sendirian.
Dia kemudiannya membuang pandang ke luar tingkap.
Masih ada 'makhluk' tadi di situ, sedang berada dalam keadaan..
..leka membelek emas permata.
Dan kalau diperhati baik-baik,melalui susuk tubuh makhluk itu..adalah mungkin seorang manusia.
Jeriji tingkap pantas dipegang.Syah perlahan-lahan mendekatkan wajahnya ke tingkap.
"Siapa kau? Dan..kenapa aku dapat rasakan,..kau seperti ada kaitan dengan aku?" Soal Syah sendirian.
Tiba-tiba,
Serentak dengan itu,'makhluk' itu berkalih memandang ke arahnya.Makhluk itu tersengih-sengih sebelum ia menghaibkan diri dari situ.
Darah Syah terasa berderau meluru ke otak.Kalau dia tak salah tengok... Tadi tu adalah...
→To be continued..
YOU ARE READING
THE ALCHEMIST (EDITING)
Fantasía"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur. Aku hampa! Aku kecewa dengan segala-galanya! Pencarian Bunga Asfloera ini benar-benar menyeksakan aku!"-Syah Vyclans _________________...